Bulan Ramadan pada tahun ini kembali menjalang dan menemui kita. Maka kita
harus bersyukur dengan nikmat yang terbesar ini kerana kita masih diberi
kesempatan oleh Allah SWT untuk menggerjakannya pada tahun ini. Seluruh umat
Islam seluruh dunia sedang meggerjakannya pada siang hari selama 30
hari.
Mengikut kalendar Islam, bulan Ramadan pada setiap tahun tampaknya menjelang
semakin awal daripada tahun-tahun yang lalu. Tujuan sebenar kita berpuasa
pada bulan Ramadan bukan sahaja untuk menahan diri daripada rasa lapar dan
dahaga semata-mata, malah ia juga merupakan bulan untuk kita menggandakan
ibadah berbanding 11 bulan yang lain.
Dalam menjalankan ibadah puasa bulan Ramadan, kita tidak makan dan minum
apa-apa pada waktu siang sebelum waktu imsak hinggalah terbenamnya matahari
pada sebelah senja. Kita mungkin menganggap agama mewajibkan kita untuk
berpuasa sebulan hanya kerana ia sebuah tuntutan wajib semata-mata.
Kita diwajibkan berpuasa mungkin sebenarnya adalah merupakan salah satu
tanda kebijaksanaan, ehsan atau kasih sayang Allah SWT kepada kita
umat Islam. Mengapa? Allah SWT yang mewajibkan kita untuk menjalani ibadah
puasa kerana Dia Maha Tahu yang mana hambanya sangat suka mengkonsumsi
bermacam-macam makanan dalam kehidupan harian tanpa memikirkan beban yang
ditampung oleh tubuh.
Oleh demikian, kewajiban berpuasa selama sebulan juga dikatakan bertujuan
untuk “setting” semula tubuh, pembaharuan sel hormon dan fungsi organ serta
perut kita daripada sebarang beban. Selama 11 bulan kita telah mengkonsumsi
bermacam-macam makanan telah membuatkan tubuh kita rasa terbeban.
Maka dengan itu, kita seharusnya mengamalkan amalan pemakanan yang sihat
sepanjang bulan Ramadan. Sekiranya kita berjaya mengamalkan tuntutan ini,
percayalah anda akan merasakan sesuatu kelainan pada tubuh anda berbanding
bulan-bulan biasa. Perkara pertama yang anda kena betulkan untuk mencapai
perubahan tubuh adalah dengan mengawal dan menentukan pola pemakanan ketika
berbuka puasa dan sahur.
Tujuan Berpuasa Ramadan Bagi Kesihatan Tubuh Manusia
Reviewed by Coach M
on
May 08, 2020
Rating:
No comments: