Manfaat Berpuasa Kepada Tubuh Badan

Dalam tempoh kita mengerjakan puasa dalam lebih kurang 13 jam sehari tanpa makan dan minum, penjelasan saintifik mengatakan dalam tempoh itu akan berlaku suatu proses yang dikenali sebagai glycolysis. Glycolysis secara mudahnya adalah sebuah proses yang mana molekul glukosa dipecahkan kepada beberapa molekul asid pyruvic. Umumnya, selepas kita makan, makanan tersebut akan ditukar kedalam bentuk glukosa didalam tubuh. Sekiranya glukosa tersebut tidak digunakan maka akan ditukarkan kepada lemak.

Maka ketika kita berpuasa, tubuh akan menggunakan simpanan karbohidrat yang tersimpan dalam hati dan otot serta lemak tersebut untuk menghasilkan tenaga yang asalnya ia adalah nilai kalori yang kita konsumsi pada waktu makan malam atau sahur. Sekiranya anda mengamalkan pemakanan yang sihat sepanjang berpuasa, anda mampu menurunkan berat badan dengan mudah tenpa perlu melakukan senaman berat.

Tubuh tidak dapat menyimpan kandungan air, maka ginjal berfungsi untuk mengawal penyimpanan cecair seberapa banyak yang boleh dengan menggurangkan jumlah penghasilan air kencing. Walaupun begitu, tubuh tidak dapat mengawal kehilangan cecair apabila kita ke tandas, peluh melalui kulit, bahkan bila anda tarik nafas juga.

Pada umunya, tahap hidrasi tubuh kita bergantung kepada keadaan cuaca dan tempoh berpuasa. Pada bulan puasa kita normalnya kita akan mengalami keadaan yang sedikit dehidrasi. Keadaan ini membuatkan kita mengalami sakit kepala, kepenatan dan sukar untuk fokus dengan sesuatu perkara. Namun, berdasarkan kajian keadaan ini tidaklah mempunyai kesan buruk terhadap tubuh. Oleh itu, kita dicadangkan supaya meningkatkan jumlah pengambilan cecair setelah berbuka puasa bagi menggantikan kelihangan cecair tubuh setalah sepanjang hari berpuasa.

Sekiranya anda tidak dapat mengawal rasa pening dan ingin segera menamatkan jam berpuasa lebih awal, anda perlu segera minum air putih dengan jumlah yang sederhana dan mencukupi. Sebaiknya dicampur sedikit gula atau garam.  

Manakala bagi anda yang kebiasaanya minum kopi atau minuman yang mengandungi caffeine seperti teh, nescafe, minuman tenaga dan lain-lain, anda mungkin akan mengalami keadaan kekurangan caffeine sepanjang tempoh berpuasa. Hal ini akan membuatkan anda berasa pening kepala dan cepat penat. Namun begitu, kesan ini akan hilang setelah anda berpuasa dalam sepanjang bulan kerana tubuh telah mampu untuk berfungsi seperti biasa tanpa memerlukan kesan daripada caffeine.

Apabila tiba waktu berbukan, tubuh akan kembali rehidrasi dan bertenaga kerana memperoleh bahan bakar baru daripada makanan dan minuman yang dikonsumsi.  


Manfaat Berpuasa Kepada Tubuh Badan Manfaat Berpuasa Kepada Tubuh Badan Reviewed by Coach M on May 08, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.