Bagaimana merokok mendatangkan kesan ke atas tubuh badan anda?
1. Mempunyai kedua-dua kesan jangka pendek dan jangka panjang
2. Bahan-bahan kimia yang dibebaskan daripada rokok boleh merosakkan beberapa organ dalam tubuh badan kita.
Apakah kesan-kesan jangka pendek?
1. Otak
- Pembebasan gas karbon monoksida dan pengurangan oksigen menyebabkan otak tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya
2. Telinga
- Mengurangkan kadar pengaliran darah boleh menyebabkan pekak
3. Mata
- Mata berair, radang mata yang boleh mengganggu daya penglihatan
4. Mulut
- Mengalami deria rasa yang tidak sedap pada bibir, lidah dan tekak
- Nafas berbau dan mendapat jangkitan mulut
- Gigi menjadi kuning
5. Hidung
- Mengurangkan deria bau
6. Kulit
- Mengurangkan suhu badan, kulit muka cepat berkedut
7. Paru-paru
- Kesukaran untuk bernafas dan mengurangkan tenaga untuk bersukan
Apakah kesan-kesan jangka panjang?
1. Barah (cth. paru-paru, payudara, mulut, tekak, dan usus)
2. Penyakit Jantung
3. Angin Ahmar / Strok
4. Penyakit paru-paru (cth. Penyakit lelah, bronkitis)
5. Penyakit mulut dan gusi
6. Ulser (perut, peptic)
7. Osteoporosis
8. Kemandulan (tidak boleh hamil)
9. Kurang bernafsu dalam perhubungan seks
10. Mati pucuk
Selain membahayakan kesihatan diri, apakah keburukan merokok yang lain?
1. Merokok juga boleh mencemarkan persekitaran
2. Puntung rokok yang dibuang merata-rata boleh mencemarkan persekitaran seperti mengakibatkan longkang tersumbat yang boleh menyebabkan pembiakan nyamuk aedes
3. Menyebabkan pencemaran udara
4. Perokok pasif (Menyedut/menghidu asap rokok dari orang lain yang merokok), juga boleh menyebabkan penyakit lelah di kalangan kanak-kanak
5. Menyumbang sebanyak 25% kepada kes kebakaran
SUMBER: MyHealth KKM
No comments: