Pengurusan risiko merupakan sebuah kaedah yang digunakan untuk mengenalpasti
risko dan pengurusan serta memastikan sesebuah program yang dijalankan itu
Berjaya disamping menghalang sesebuah organisasi pengelola itu daripada
mengalami kerugian dalam pelbagai aspek.
Pengurusan risko yang efektif itu terdiri daripada empat langkah asas yang
mana kesemuanya adalah dalam sebuah proses yang berterusan. Sekiranya anda
diamanahkan untuk menjalankan sebuah aktiviti atau rancangan acara sukan
terutamanya, anda boleh manfaatkan empat langkah ini bagi menghalang atau
mengurangkan sebarang kesan risiko yang dapat berlaku semasa acara
berlangsung.
1. Lapangan Aktiviti
- Lapangan aktiviti haruslah diperiksa dan disemak terlebih dahulu sebelum sebarang acara dijalankan bagi memastikan tiada hal-hal yang boleh mencederakan / halangan.
- Kesemua lapangan aktiviti yang dijalankan dikawasan luar / ruangan terbuka haruslah dibersihkan daripada sebarang objek atau gangguan yang terdapat di persekitarannya.
- Permukaan kawasan atau lapangan aktiviti / permainan yang sebenar haruslah bersih, selamat dan kering
- Semua garisan haruslah jelas kelihatan
- Semua fasiliti ruangan dalaman mestilah tersusun, mempunyai ruang udara yang sepatutnya teruatamnya Ketika cuaca panas.
- Fasiliti lapangan luar haruslah diperiksa sebelum acara berlangsung terutamnya Kawasan permainan seperti lubang, permukaan tidak rata dan lantai yang licin atau pecah.
- Kawasan lain yang perlu diperiksa juga adalah kawasan yang digunakan oleh peserta seperti bilik locker, tempat mandi, tandas dan tempat berehat selamat serta mudah dicapai.
2. Peralatan
- Tentukan jumlah peralatan yang perlu digunakan
- Peralatan haruslah mencukupi dan tersedia digunakan untuk sesi pemanasan badan dan penyertaan
- Peralatan perlulah diselenggara dengan baik dan diperiksa terlebih dahulu daripada sebarang karat, pecah, tajam atau patah.
- Sentiasa periksa peralatan sebelum mana-mana acara berlangsung atau sebelum digunakan oleh peserta
- Peralatan yang digunakan semasa acara haruslah peralatan yang sememangnya peralatan yang khusus untuk acara tersebut dan diperbuat daripada bahan mengikut standard kesesuaian rasmi. Acara sukan kreatif seperti sukaneka yang tidak mempunyai peralatan khusus boleh menggunakan peralatan yang sesuai dengan syarat ianya selamat dan diuji dahulu dalam beberapa tempoh sebelum digunakan ketika acara rasmi.
- Saiz peralatan haruslah bertepatan dengan kesesuaian sebenar mengikut standard spesifikasi yang telah direka khas untuk sesebuah acara atau sukan itu.
- Peralatan yang baru haruslah mempunyai warranty atau jaminan keselamatan yang mempunyai kriteria keselamatan serta manual penggunaan yang lengkap.
3. Pergerakan
- Barisan Pegawai Pengiring (jurulatih, guru-guru atau pegawai) bertanggungjawab terhadap kesemua peserta bawah tanggungan mereka
- Mereka haruslah menilai dan mendapatkan sebarang informasi daripada ibu bapa atau penjaga peserta tentang masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka
- Mereka juga diwajibkan supaya membawa kotak atau kelengkapan bantuan kecemasan (first aid kit) serta mencatat beberapa petunjuk / manual tentang penggunaan mana-mana ubat-ubatan tersebut
- Pengangkutan perlu mencukupi untuk semua peserta yang dibawa dan tahap keselamatan serta keselesaan pengangkutan adalah harus dijamin dalam keadaan baik.
- Keadaan cuaca juga perlu diperhatikan sebelum pergi ke sesebuah pertandingan lebih-lebih lagi di lokasi yang jauh.
- Pegawai pengiring harus menghubungi penganjur acara sebelum melakukan perjalanan. Hal ini penting bagi memastikan keperluan air minum, rancangan pengurusan keselamatan dan keperluan lain yang diperlukan adalah tersedia. Sekiranya tidak tersedia, pegawai mempunyai masa untuk menyediakannya terlebih awal sebelum pergerakan
- Pastikan pegawai ada menyimpan nombor agensi lain yang dikira perlu seperti Polis dan Hospital yang berada di kawasan acara pertandingan atau kawasan yang bakal dilalui daripada lokasi asal.
4. Wujudkan Plan Rancangan Kecemasan
- Wujudkan pasukan kecemasan yang terdiri daripada mereka yang berpengetahuan dalam bidang tersebut. Cth, jurulatih sukan, fisioterapi, pegawai perubatan, doktor dan lain-lain.
- Pegawai pengiring terutama jurulatih perlu menyediakan dan mengedar borang rekod kesihatan dan perubatan kepada peserta sebelum pergi ke sesebuah acara (cth; Borang PAR-Q)
- Sekiranya sesebuah acara tersebut diorganisasikan oleh pihak anda sendiri, maka perlulah disediakan barisan teknikal kecemasan seperti Ambulan, Jabatan Pertahanan Awam, dsb.
- Barisan pengiring terutamnya jurulatih perlu mempelajari kemahiran mengendali kecederaan dan kemahiran asas pengendalian kecemasan seperti kaedah CPR, RICE dsb.
Amalan Pengurusan Risiko Sukan dan Rekreasi
Reviewed by Coach M
on
May 06, 2020
Rating:
No comments: