Sistem aerobik membekalkan tenaga secara berpanjangan. Tenaga aerobik membekalkan Adenosina Trifosfat (ATP). Untuk membekalkan ATP bekalan oksigen adalah diperlukan.
Melalui metabolisme aerobik, ATP dihasilkan dengan banyak. Akan tetapi tiada bahan kumuh yang melesukan terbentuk. Karbon dioksida diserap secara bebas daripada sel-sel otot ke dalam darah. Ia kemudiannya dibawa ke paru-paru dan dihembuskan keluar. Sel akan mengunakan air yang terbentuk.
Selain daripada glikogen, sistem aerobik juga boleh memecahkan lemak dan protein menjadi karbon dioksida dan air. Karbon dioksida dan air ini dibebaskan untuk tujuan sintesis ATP. Contoh; 256gm lemak yang dipecahkan akan menghasilkan 130 mol ATP. Glikogen dan lemak menjadi sumber penting untuk penghasilan ATP semasa melakukan aktiviti gerakan.
Kita memerlukan kira-kira 3.5 liter oksigen untuk menghasilkan satu mol ATP. 2.0 3.0 liter oksigen digunakan untuk menghasilkan satu mol ATP pada keadaan rehat. Dalam keadaan rehat yang normal, kita menghasilkan satu mol ATP secara aerobik bagi setiap 12 20 minit.
Secara keseluruhan, boleh dikatakan lemak dan glikogen digunakan dalam sistem aerobik untuk mensintesis semula ATP dalam jumlah yang banyak tanpa bahan buangan sampingan yang melesukan. Ketika aktiviti jangka panjang dan daya tahan, sistem aerobik sesuai digunakan untuk menghasilkan ATP.
Ciri-ciri sistem aerobik
(a) Glikogen dan lemak adalah penyumbang kepada penghasilan ATP
(b) Prestasi ditentukan dengan keupayaan memberi dan menggunakan oksigen
(c) Tiada asid laktik dihasilkan atau sangat lambat terhasil.
Mekanisme Sistem Aerobik
Sistem aerobik berlaku di dalam sel-sel tubuh. Untuk melakukan sistem aerobik, oksigen adalah diperlukan. Berlaku pengoksidaan glukosa lengkap di mana ianya akan menghasilkan tenaga, air dan karbon dioksida.
Apabila tenaga dihasilkan, tenaga yang terbebas adalah 2,880kJ per molekul glukosa. Penghasilan ATP juga banyak berlaku dalam sistem aerobik iaitu kira-kira 32 - 38 ATP. Sistem aerobik berlaku dalam sel mitokondria.
Fungsi Sistem Aerobik dalam Aktiviti Sukan
Sistem aerobik memberikan faedah yang banyak kepada aktiviti sukan. Jurulatih sukan boleh menggunakan latihan aerobik untuk melatih atlet-atlet. Latihan aerobik adalah:
(a) Latihan di mana tubuh berupaya membekalkan oksigen secukupnya untuk menampung keperluan tubuh dalam melaksanakan aktiviti pada jangka masa panjang
(b) Latihan secara progresif berterusan dan dijalankan pada jangka masa yang panjang dan melibatkan sebahagian besar otot rangka
(c) Menyebabkan berlakunya adaptasi terhadap sistem kardiorespiratori dan sistem penggunaan oksigen pada otot berkenaan
Terdapat beberapa jenis aktiviti bercorak aerobik seperti berikut:
(a) Joging
(b) Lari ulang alik berterusan
(c) Berbasikal
(d) Berenang
(e) Berjalan pantas
Fungsi sistem aerobik dalam aktiviti sukan adalah:
(a) Otot mitokondria mempunyai kapasiti yang tinggi untuk menghasilkan ATP
(b) Penambahan mitokondria dan saiznya
(c) Peningkatan kandungan mioglobin dalam darah.
- Mioglobin ialah pewarna pengikat oksigen dan bertindak sebagai stor oksigen.
- Fungsi utamanya membantu dalam penyerapan oksigen dari selaput sel ke mitokondria (rumah penghasil tenaga)
(d) Peningkatan dalam oksidasi karbohidrat (glikogen)
(e) Peningkatan kapasiti otot untuk memecahkan dan oksida lemak.
- Lemak akan diurai kepada karbon dioksida dan air dengan penghasilan ATP.
- Lemak bertindak sebagai bahan api utama bagi otot semasa senaman daya tahan.
- Lebih banyak dioksidasi lemak, semakin kurang pengumpulan asid laktik.
Konsep Sistem Tenaga Aerobik
Reviewed by Coach M
on
August 09, 2019
Rating:
No comments: