Konsep Sistem Tenaga Anaerobik


Sistem anaerobik adalah berlawanan dengan sistem aerobik. Jika sistem aerobik dilakukan dengan kehadiran oksigen, maka sistem anaerobik adalah tanpa oksigen.

Tenaga anaerobik dihasilkan daripada bahan tenaga fosfat dalam otot atau daripada simpanan karbohidrat dalam otot yang membawa kepada penghasilan asid laktik.

(a) Sistem Fosfat

Kreatin fosfat atau Phosphocreatine (PC) akan bergabung dengan ATP untuk menghasilkan tenaga bagi menampung aktiviti yang dijalankan bagi tempoh jangka pendek iaitu antara 5 saat hingga 10 saat. Sistem ini dikenali juga sebagai sistem ATP-PC iaitu ia berkaitan dengan faktor genetik dan berkaitan dengan aktiviti ledak/eksplosif. Di dalam sistem ini, pembekalan tenaga segera dapat disediakan di mana ATP dan PC disimpan di dalam sel otot.

Apabila seseorang individu selesai melakukan sesuatu aktiviti, tenaga akan dapat dipulihkan semula dalam masa 30 saat sebanyak 50%. Seterusnya, dua hingga tiga minit diambil untuk memulihkan 100% tenaga yang digunakan.

Semasa kita melakukan aktiviti, ATP yang tersimpan di dalam otot akan digunakan untuk memberi tenaga pada 10 saat yang pertama. 10 saat yang seterusnya pula, ATP akan dihasilkan daripada PC untuk membekalkan tenaga. Kemudian, selepas tempoh tersebut, glikogen akan digunakan untuk menghasilkan tenaga dengan mengeluarkan asid laktik sebagai bahan sampingan.  

(b) Sistem Asid Laktik

Di dalam sistem asid laktik, oksigen tidak perlu di mana ia menyebabkan berlakunya pengumpulan asid laktik yang menjadi faktor kelesuan otot. Sistem asid laktik menggunakan hanya karbohidrat (glikogen dan glukos) dan kemampuan lakuan bergantung kepada toleransi terhadap akumulasi asid laktik.

Apabila aktiviti dilanjutkan dalam jangka masa melebihi 30 saat, glikogen yang tersimpan di dalam otot akan digunakan untuk menghasilkan tenaga. Tenaga daripada glikogen ini digunakan apabila tempoh aktiviti sudah memasuki 45 saat hingga 60 saat. Ketika ini, asid laktik mencapai penghasilan tahap maksimum.

Kita perlu berehat secara aktif bagi mengurangkan penghasilan asid laktik. Bagi menghapuskan asid laktik yang terbentuk, kita memerlukan masa 45 minit hingga 60 minit.  

Mekanisme Sistem Anaerobik

Dalam sistem anaerobik, oksigen tidak diperlukan dan pengoksidaan glukos adalah tidak lengkap. Hasil daripada sistem ini adalah tenaga dan asid laktik pada otot. Sedikit tenaga terbebas per molekul glukosa iaitu penapaian = 210k. Dalam sistem aerobik ATP yang terhasil adalah dalam jumlah yang sedikit sahaja iaitu 2 ATP. Sistem anaerobik berlaku dalam matriks sitoplasma sel.

Apabila seseorang melakukan aktiviti cergas, kadar penggunaan oksigen adalah melebihi kadar resapan oksigen. Ketika ini, glukosa akan diuraikan kepada asid laktik untuk menghasilkan sedikit tenaga. Otot akan mengalami situasi ”hutang oksigen” iaitu otot berada dalam keadaan kekurangan oksigen. 

Asid laktik akan diangkut oleh darah ke hati. Di hati, “hutang oksigen” akan dibayar balik di mana sebahagian asid laktik dioksidakan untuk menghasilkan tenaga. Sebahagian lagi asid laktik akan ditukarkan kepada glukosa. Glukosa yang berlebihan akan dibawa ke otot. Apabila glukosa berada di otot, maka glukosa tersebut akan ditukarkan kepada glikogen untuk disimpan bagi proses yang seterusnya.

Fungsi Sistem Anaerobik dalam Aktiviti Sukan

Sama juga seperti sistem aerobik, sistem anaerobik mempunyai kegunaan dalam aktiviti sukan. Latihan anaerobik adalah:
  • Latihan yang memerlukan penggunaan bahan bakar tenaga tubuh yang tinggi.
  • Hanya boleh dilakukan pada jangka masa pendek (30 40 saat) tanpa rehat dan ia tidak bergantung kepada keupayaan tubuh untuk membekalkan oksigen. 
Fungsi sistem anaerobik dalam aktiviti sukan adalah:


(a) Penambahan gentian otot
(b) Penambahan kekuatan penguncupan otot
(c) Tulang dan ligamen bertambah kuat
(d) Bertambahnya kelembutan / kelenturan
(e) Peningkatan fungsi otot saraf
(f) Peningkatan koordinasi (gerak suaian).

Keperluan Tenaga Mengikut Tempoh Aktiviti Sukan Dijalankan
Sumber: Sains Kejurulatihan, Wee Eng Hoe


Sumbangan Tenaga Aerobik dan Tenaga Anaerobik mengikut Tempoh
Latihan Maksimum
Sumber: Exercise Physiology, S.K. Powers dan E.T. Howley

Sumbangan Tenaga Aerobik dan Anaerobik Mengikut Jenis Aktiviti Sukan


Sumber : 
  1. Powers, S.K. dan Howley, E.T. (2001), Exercise Physiology (4th ed.). New York: McGraw-Hill, Jadual 3.3, hlm 43.
  2. Fox, E.L. (1984), Sport Physiology, Holt, Rinehart: CBS College, Jadual 9-2, hlm 207.
  3. Pyke, E.S. (2001), (Ed), Better Coaching (2nd ed.). Australia: Australia Sports Commission, hlm 71.





Konsep Sistem Tenaga Anaerobik Konsep Sistem Tenaga Anaerobik Reviewed by Coach M on August 09, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.