Konsep Sains Sukan


Apa yang dimaksudkan dengan sains sukan?

Sains Sukan merupakan aplikasi ilmiah dari prinsip pengetahuan untuk membantu atlet dalam meningkatkan prestasinya. Selama 20 tahun kebelakangan ini, bidang ini berkembang dengan pesat dan menghasilkan pemahaman yang sangat komprehensif bagi atlit elit dalam menampilkan prestasi terbaiknya. Beberapa informasi dihasilkan dari kajian yang sistematik termasuk didalamnya terdapat bahan-bahan bagi kejurulatihan dan kelayakan jurulatih. 


Namun demikian, banyak atlet dan jurulatih mempunyai masalah yang masing-masing. Para pengkaji yang berkualiti dan pakar telah menjadi rujukan yang sangat berpotensi bagi atlet dan jurulatih untuk membantu mengatasi masalah yang muncul dalam sukan. Hal ini memerlukan perbincangan dan analisis yang mendalam dengan para pakar sukan.

Kenapa Ilmu pengetahuan & teknologi diperlukan dalam pembangunan sukan?

Ilmu pengetahuan merupakan landasan penguasaan dari penalaran manusia. Pemahaman- pemahaman baru diperoleh dari suatu proses pemikiran, penalaran dan penelitian sehingga menghasilkan suatu data empirik yang dapat digunakan secara akademik.

Penguasaan teknologi merupakan suatu keharusan yang harus dimiliki jika kita ingin memperlihatkan kedudukan terbaik kita di era persaingan global ini. Penguasaan teknologi menjadi suatu indikator kejayaan dalam semua bidang, baik industri, pertanian, kesihatan, bahkan juga sukan.

Bagaimana Sains sukan dapat membantu?

Perkara spesifik yang menjadi dasar pemikiran dari sains sukan adalah perbincangan yang mendalam tentang keperluan atlet secara individual. Proses ini merupakan pemangkin terhadap prestasi atlet dan pelatih serta prestasi atlet. Untuk kebanyakan atlet, maklumat yang diperolehi dari adanya pengukuran yang dilakukan secara berkala mengikuti program latihan yang telah dibuat. 

Jika keadaan memerlukan pengukuran terhadap atlet, seorang pakar akan melakukan pengukuran dengan acuan dari literatur terbaru, dimana alat pengukuran tersebut telah digunakan oleh organisasi sukan yang berkaitan.

Seorang pakar sukan harus dapat memastikan adanya pengukuran yang memenuhi unsur:

a) Maklumat yang valid
b) Pergerakan yang spesifik pada sukan tertentu.
c) Kesimpulan / hasil yang dapat dipertanggungjawabkan atau reliabel
d) Sensitif dalam mengesan perubahan kecil pada kawasan yang sedang diukur / diuji

Pada kes umum yang biasanya berlaku, data yang diperoleh dapat dibandingkan dengan respon atlet elit dengan menggunakan alat ukur yang sama, sehingga optimal dalam suatu penilaian teori dan data terbaru dapat ditemukan pada atlet tersebut.

Informasi ini dapat digunakan untuk:

a) Mengevaluasi kekuatan dan kelemahan atlet yang berhubungan dengan keperluan lainnya.
b) Mengukur keefektifan program latihan
c) Menyediakan matlamat jangka pendek
d) Mengevaluasi status kesihatan atlet
e) Mengesan tahap persediaan atlet baik dalam latihan mahupun dalam pertandingan.

Konsep Sains Sukan Konsep Sains Sukan Reviewed by Coach M on August 09, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.