Kepentingan Perkembangan Motor Peringkat Awal Kanak-kanak


Perkembangan motor kanak-kanak peringkat awal sememangnya mempunyai hubungan dengan tahap sosio-ekonomi keluarga. Hal ini bermakna, kanak-kanak memerlukan sokongan dari aspek ruang, motivasi, galakan dan pelaburan tertentu untuk mereka menguasai tahap kemahiran motor asas semasa kecil. Walaupun begitu, ia bukanlah menjadi suatu kekangan untuk kanak-kanak mengembangkan kemahiran motor mereka kerana terdapat peranan pihak sekolah yang mampu menjadi penyelamat kepada  ketimpangan ekonomi yang dialami oleh ibu bapa.  

Perkembangan kanak-kanak peringkat awal memerlukan perhatian yang cukup besar daripada golongan yang dekat dengan mereka terutamnya keluarga dan pihak sekolah. Hal ini disebabkan oleh tempoh masa sebagai kanak-kanak berlaku dengan sangat singkat dan cepat. Hal ini merupakan satu keadaan yang kritikal yang akan menentukan perlakuan dalam kehidupan mereka selanjutnya nanti. Pada tempoh ini, kanak-kanak harus diberikan kesempatan untuk meneroka dan bergerak secara bebas agar mereka dapat berkembang secara optimal. Perkembangan motor sangat penting bagi mendorong perkembangan aspek lainnya, terutamnya perkembangan sosial anak.

Kehidupan sebagai seorang kanak-kanak sangat dekat dengan konsep bermain. Banyak permainan yang memerlukan kemampuan motor yang tinggi, sehingga mereka perlu diberikan pengalaman pergerakan yang dapat menstimulasikan perkembangan motor hingga lakuannya lancar. Kanak-kanak perlu memiliki kemampuan motor yang baik apatah lagi jika bermain dengan rakan sebaya mereka. Hal ini penting agar mereka juga dapat mengikuti jenis-jenis permainan tertentu atau tindakan yang diperlukan dalam sesebuah permainan. Hal ini juge kerana, pelbagai aktiviti fizikal atau permainan memerlukan pergerakan yang berbeza mengikut situasi tertentu. Kemampuan motor yang baik juga mampu menjadikan proses interaksi sosial antara kanak-kanak terbentuk.

Banyak penelitian telah dilakukan oleh para pakar yang mana menunjukkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan motor yang rendah dan keterampilan pergerakan yang terhad mampu memberikan pengaruh negatif ketika mereka berinteraksi sosial dengan rakan sebaya. 

Pembelajaran pergerakan asas pada usia awal memfokuskan pada kebolehan pergerakan motor. Kanak-kanak pada usia awal usia (usia 2 hingga 7 tahun) merupakan sau tempoh yang penting untuk belajar dan mengembangkan kemahiran fundamental movement skills (FMS).

Sebelum kanak-kanak ini mengalami pra akil baligh, mereka perlu memperluas corak pergerakan dan memperoleh peningkatan dalam penglibatan aktiviti fizikal yang cukup. Sekiranya mereka terlepas fasa awal perkembangan motor, maka mereka tidak akan mencapai prestasi atau kemampuan pergerakan motor yang sepenuhnya. 

Mereka perlu terbiasa dengan pergerakan persekitaran yang berlainan bagi mematangkan pergerakan. Kematangan pergerakan inilah yang akan membawa mereka kepada satu fasa kelak dimana mereka mulai terlibat dalam sukan dan permainan yang memerlukan tindakan yang lebih kompleks.

Bermain bagi kanak-kanak merupakan permulaan penting dimana mereka belajar tentang tubuh dan kemampuan motor mereka melalui aktiviti-aktivti dan permainan yang tidak dirancang. Kelebihan bermain bagi kanak-kanak mempunyai hubungan terhadap tahap kognitif, fizikal, sosial dan pengawalan tahap emosi. 


Perkembangan motor dipengaruhi oleh banyak faktor persekitaran, termasuklah faktor latar belakang sosial ekonomi keluarga yang meliputi tahap pendidikan, pendapatan orang tua. orang tua sebagai pelabur bagi menggalakan anak-anak terlibat dalam aktiviti fizikal, dan membiayai penyertaan kanak-kanak dalam sukan. Keluarga yang membelanjakan wang dan mendorong anaknya untuk terlibat dalam aktiviti fizikal dan sukan adalah lebih berjaya dalam rangka untuk mengembangkan penglibatan dan menjadikan kanak-kanak menjadi lebih bersosial. Walaupun begitu, perlu juga diingatkan bahawa, faktor kewangan bukanlah menjadi suatu kekangan untuk meningkatkan memampuan motor kanak-kanak. Hal ini kerana, apa-apa sahaja aktiviti yang melibatkan pergerakan kanak-kanak walaupun ianya sebuah aktiviti kampungan, ia juga mampu meningkatkan kemahiran motor kanak-kanak.  

Kepentingan Perkembangan Motor Peringkat Awal Kanak-kanak Kepentingan Perkembangan Motor Peringkat Awal Kanak-kanak Reviewed by Coach M on July 02, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.