Apa Itu Trauma?


Dari sudut psikologi, trauma boleh didefinisikan sebagai tindak balas emosi terhadap pengalaman yang mengerikan atau menakutkan seperti kemalangan, diperkosa mahupun bencana alam dan dengan serta-merta setelah kejadian tersebut berlaku kejutan dan penafian adalah tipikal.

Tindak balas jangka masa panjang termasuklah emosi yang tidak menentu, proses mengingat kembali kejadian yang mengerikan dan termasuklah simptom fizikal seperti sakit kepala atau loya akan berlaku. Sesetengah orang mempunyai kesukaran untuk meneruskan kehidupan seharian mereka walaupun perasaan ini dianggap sebagai perasaan yang biasa dirasai oleh sesetengah pihak. 

Menurut Saakvitne, K et al, (2000), beliau menyatakan bahawa trauma merupakan pengalaman individu yang unik terhadap sesuatu acara atau keadaan yang tidak akan berubah di mana kebolehan individu tersebut untuk menggabungkan pengalaman emosi mereka akan tenggelam dan pengalaman individu ini akan menjadi ancaman kepada diri mereka sendiri mahupun keluarga mereka. 

Fizikal trauma pula merujuk kepada kecederaan fizikal yang di alami oleh seseorang akibat daripada pengalaman yang telah berlaku. Di dalam perubatan, trauma merujuk kepada seseorang yang menderita teruk akibat daripada kecederaan fizikal yang mengancam kehidupan mempunyai potensi yang tinggi untuk mendapatkan komplikasi yang kedua seperti kejutan, kegagalan pernafasan dan kematian.

Terdapat 2 jenis trauma iaitu:

a) Post-Traumatic Stress Disorder (PTSD)

PTSD merupakan trauma yang berkait rapat dengan peristiwa yang dapat menyebabkan trauma seperti kemalangan, penderaan dan bencana alam.

b) Complex Trauma

Complex Trauma juga dikenali sebagai Developmental Trauma Disorder menerangkan bagaimana kanak-kanak terdedah kepada pelbagai peristiwa yang menyebabkan trauma yang berpanjangan memberi kesan kepada perkembangan mereka. 

Complex Trauma adalah :

Kronik
Bermula pada umur awal kanak-kanak
Berlaku pada penjagaan awal kanak-kanak atau persekitaran social

Apakah Simptom Utama Bagi Trauma?

Terdapat beberapa simptom utama trauma iaitu:

Mimpi buruk yang berulang
Tindak balas fizikal (Insomnia, keletihan, peningkatan denyutan nadi)
Imbasan kembali peristiwa
Kehilangan minat terhadap aktiviti yang diminati

Apakah Rawatan Terbaik? 

Terdapat beberapa langkah yang dapat diambil untuk mengatasi masalah trauma iaitu:

Tidak lari daripada masalah trauma yang dihadapi
Mempelajari teknik atau cara untuk mengawal emosi
Membina semula keupayaan untuk mempercayai orang lain
Melibatkan diri dalam aktiviti sosial
Jumpa dengan kaunselor

Apa Itu Trauma? Apa Itu Trauma? Reviewed by Coach M on August 21, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.