Punca Kebimbangan Pemain Sebelum Pertandingan dan Cara Mengatasinya


Berdasarkan kajian, terdapat dua faktor yang menjadi penyebab kebimbangan pemain dalam menghadapi pertandingan iaitu:

1. Faktor internal

Tahap pengalaman yang sedikit oleh permain dan perasaan risau dengan corak permainan sendiri menjadi punca kebimbangan pemain. Seterusnya, individu yang baru pertama kali mengikuti pertandingan cenderung memiliki rasa bimbang dan panik yang tinggi. Selain itu, takut akan kegagalan atau kekalahan juga boleh menjadi punca kebimbangan. 

2. Faktor eksternal 

Pemain berasa bimbang dengan sikap atau keadaan daripada penyokong pihak lawan. Seterusnya, ketakutan atau rasa cemas menghadapi perlawanan juga menjadi faktor kebimbangan. Kemudian, pertandingan yang berlanjutan juga menjadi punca kebaimbangan pemain. 

Ciri-ciri Tingkah Laku Kebimbangan

Dalam beberapa kajian, pengkaji merumuskan bahawa faktor-faktor kebimbangan terbahagi kepada dua iaitu faktor internal dan eksternal. Kebimbangan yang melanda para pemain memberi pengaruh yang jelas terhadap fizikal dan mental. 

1. Fizikal

Faktor internal iaitu kurang pengalaman, takut akan gagal, merasa terbebani, dan lupa. Kaki dan tangan berpeluh sejuk, otot terasa kaku, pemain sering menggerakkan anggota badan, merokok dengan cepat dan kurang fokus dengan pertandingan. Itu adalah antara tanda yang menunjukkan mereka menalami kebimbangan. Kemudian, merasa merasa mual dan ingin buang air dengan kerap.  Sekiranya hal ini tidak diatasi, maka akan membawa kesannya terhadap fizikal seperti cepat lelah dan menurunnya prestasi dan keupayaan tubuh.

2. Mental

Faktor eksternal adalah sikap penyokong lawan, ketidaktahuan terhadap informasi pertandingan. Selain itu, kesan mental juga menunjukkan kurang fokus dan sukar memahami arahan jurulatih. Pemain juga bersikap aneh semasa atau sebelum pertandingan. Sikap ragu-ragu dalam mengambil keputusan juga antara petunjuk kebimbangan yang dialami. Kesan hal ini terhadap mental adalah seperti kebimbangan yang tinggi, koordinasi otak dan otot tidak berjalan dengan baik.

Apakah cara terbaik bagi mengurangkan tahap kebimbangan?

Cara yang sesuai perlu dilakukan oleh pemain untuk mengatasi keadaan kebimbangan yang keterlaluan dapat dikawal dengan cara bertenang. Bertenang dapat mengembalinya semula otot ke dalam keadaan rehat setelah kontraksi. Bertenang juga merupakan suatu proses pembebasan diri daripada segala bentuk ketegangan otot mahupun fikiran kacau. 

Seterusnya, melakukan pengalihan kognitif kerana ia dapat mengalihkan rasa kebimbangan saat bertanding. Contohnya dengan berbincang, bermain permainan dan mengenalpasti kelemahan pemain dan meyakini kebolehan diri. Tindakan ini dilakukan agar perhatian terhadap hal-hal yang mampu membuatkan diri bimbang semasa bertanding menjadi berkurangan bahkan hilang. 

Kemudian, pemain juga sangat memerlukan sokongan social daripada pihak-pihak tertentu. Ketenangan secara fizikal dan psikologi yang diberikan oleh rakan, jurulatih, keluarga dan orang-orang sekitar sangat membantu mereka untuk lebih yakin diri ketika beraksi. Ingatlah bahawa 80% kemenangan atlet adalah bergantung terhadap keadaan psikologi semasa mereka.  

Maka dengan itu, dapat dirumuskan bahawa hal-hal yang boleh menyebabkan para pemain dalam apa-apa sukan mengalami rasa kebimbangan sebelum pertandingan dipengarauhi oleh banyak hal. Sememangnya faktor internal iaitu diri pemain itu sendiri akan menyebabkan rasa cemas itu wajud disebabkan oleh kurang keyakinan diri. Selain itu, faktor external juga jelas dapat membuatkan pemain berasa bimbang kerana keadaan itu dapat menganggu mental pemain melalui gangguan psikologi.

Punca Kebimbangan Pemain Sebelum Pertandingan dan Cara Mengatasinya Punca Kebimbangan Pemain Sebelum Pertandingan dan Cara Mengatasinya Reviewed by Coach M on August 08, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.