5 Cabang Utama Dalam Sains Sukan


Secara umumnya sains sukan mempunyai 5 cabang yang wajib iaitu:
1. Fisiologi
2. Psikologi
3. Biomekanik
4. Nutrisi
5. Sport Medicine

1. Fisiologi

Fisiologi merupakan cabang yang mendapat perhatian besar dalam sains sukan dimana cabang ini melihat bagaimana tubuh atlet beradaptasi, bereaksi dan berespon dalam latihan dan kegiatan sukan yang efektif dan selamat.

Memahami Ilmu Fisiologi dapat membantu Atlet:

  • Mengesan kelemahan dan kekuatan melalui ujian kecergasan.
  • Membuat evaluasi apakah bentuk latihan yang diberikan berhasil atau tidak.
  • Membuat struktur dan mengembangkan teknik latihan untuk adaptasi yang optimal.


2. Psikologi

Psikologi merupakan cabang dari sains sukan yang berhubungan dengan fikiran, perasaan dan emosi atlet yang biasanya disebut dengan mental. Cabang ini berhubungan dengan motivasi, kepercayaan diri, emosi yang dapat mempengaruhi prestasi dan tingkah laku atlet baik dalam latihan mahupun ketika pertandingan. Perkembangan cabang ini dalam sukan, prestasi berkembang dengan sangat pesat kerana dikatakan dapat meningkatkan prestasi atlet. Bahkan dalam kebanyakan kajian psikologi sukan dikatakan 80% kemenangan atlet ditentukan oleh faktor mental. Artinya faktor mental memegang peranan yang sangat penting dalam menentukan prestasi seorang atlet.
Ilmu Psikologi dapat membantu atlet dalam:
  • Mampu tampil dengan baik / lebih baik dan konsisten
  • Meningkatkan kualiti pengalaman dalam pertandingan.
  • Mengembangkan dan meningkatkan kemampuan mental yang baik dalam latihan mahupun pertandingan

3. Biomekanik

Biomekanik merupakan kajian yang mempelajari tentang mekanisme sistem biologi dalam hal pergerakan. Biomekanik merupakan cabang yang berhubungan dengan analisa dari pergerakan manusia. Area ini menjelaskan tentang bagaimana dan mengapa tubuh manusia bergerak dengan cara demikian. Bagi atlet, hal ini sangat diperlukan agar memahami dengan baik bagaimana pergerakan yang baik dan berguna serta efisien. Juga berguna dalam mempelajari interaksi antara peralatan yang digunakan dalam sukan tertentu serta persekitaran yang dihadapinya. 


Implementasi biomekanik sukan di negara-negara yang prestasi sukannya baik sudah diterapkan dengan baik dan merupakan bahagian dari sistem kejurulatihan.

Biomekanik dapat membantu atlet dalam:

  • Mengidentifikasi teknik terbaik untuk meningkatkan prestasi atlit
  • Menjelaskan cara-cara yang sesuai dalam melakukan pergerakan yang efektif untuk menghindari resiko kecederaan pada atlet.
  • Menyediakan / memberikan analisa yang mendalam pada peralatan sukan yang digunakan oleh para atlet

4. Nutrisi

Sangatlah penting untuk mengkonsumsi makanan yang cukup dan seimbang setiap hari untuk penjagaan agar tubuh tetap sihat. Asupan nutrisi yang seimbang dan tepat merupakan kunci kejayaan prestasi atlet. Kombinasi kalori yang tepat antara asupan karbohidrat, protein dan lemak akan menghasilkan tenaga yang menunjang prestasi maksima seorang atlet. Nutrisi yang tidak sesuai akan menyebabkan kecederaan dan melambatkan proses pemulihan pada atlet setelah melakukan aktiviti latihan atau pertandingan. 


Asupan glycogen (karbohidarat seperti roti, pasta, nasi) yang kurang pada saat latihan dapat menyebabkan kekurangan glycogen yang diperlukan. Jika hal ini terjadi selama beberapa tempoh maka ia dapat menimbulkan kecederaan pada tubuh. Hasil kajian menunjukkan, tubuh sangat bergantung pada lemak dan protein, dimana lemak dan protein merupakan sumber tenaga alternatif yang dapat meningkatkan protein dalam otot. Atlet wanita yang melakukan latihan secara rutin tetapi mempunyai lemak tubuh yang rendah cenderung mengalami kitar haid yang berubah-ubah dan hal ini kelihatan pada golongan wanita yang mudah mengalami gangguan stres. Hal serupa terjadi pada orang yang mengalami gangguan pemakanan seperti anoreksia, bulimia, mereka juga berisiko terhadapa kecederaan tulang.

5. Sport Medicine

Sport Medicine menjadi cabang yang penting dalam aktiviti sukan terutama sukan yang dituntut prestasi. Dalam cabang ini ia meliputi beberapa cabang penting lainnya iaitu diantaranya ialah:

1. Pemeliharaan kesihatan atlet
2. Pencegahan kecederaan
3. Pemulihan kecederaan
4. Doping
5. Terapi
6. Massage
7. Nutrisi

Pencegahan Kecederan dalam Sukan

Semua atlet ingin menghabiskan waktunya dalam latihan dan pertandingan, jika dibandingkan harus berehat sahaja dalam ruangan rehabilitasi atau ditepi padang melihat rakan-rakan yang lainnya sedang bertanding atau berlatih. Kecederaan dapat dikurangi apabila atlet mampu berlatih dan bertanding dengan efektif, bahkan kemungkinan kecederaan akan berkurang 25% apabila atlet melakukan langkah-langkah awal pencegahan.

Pada saat berlaku kecederaan, sangat dicadangkan untuk mendapatkan rawatan secepat mungkin daripada seorang yang berkemahiran menanganinya. Semakin cepat kecederaan dapat didiagnosis dan dilakukan rawatan maka kesan kecederaan akan minima atau tidak teruk dan dapat diatasi dengan cepat. Penyataan popular “no pain no gain” sebenarnya kurang sesuai dalam sukan. Kesakitan merupakan petunjuk adanya sesuatu yang salah dan latihan mungkin harus segera dihentikan untuk mengetahui penyebab sakit tersebut. 

Adalah sangatlah penting untuk memahami perbezaan antara rasa tidak nyaman pada saat latihan berat dengan latihan pada saat mengalami kecederaan. Pemahaman kecederaan umum adalah menjadi sangat penting untuk dikatahui.

Pencegahan kecederaan merupakan cabang yang luas dan bermacam-macam penyebabnya, misalnya kerana kecederaan, latihan yang melampau, pemanasan yang kurang cukup, peralatan yang tidak sesuai dan tahap keadaan fizikal yang kurang. Dengan memperhatikan petunjuk praktis latihan yang benar akan meningkatkan keefektifan dan keamanan keadaan.

5 Cabang Utama Dalam Sains Sukan 5 Cabang Utama Dalam Sains Sukan Reviewed by Coach M on August 08, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.