Oat merupakan makanan yang lazimnya dikonsumsi pada waktu sarapan pagi. Ia dihasilkan daripada bijian gandum yang telah dihancurkan daripada bentuk asalnya. Bentuk oat dating daripada pelbagai bentuk, ada yang masih dalam bentuk gandum (steel-cut), ada yang leper (rolled oat) dan ada yang halus (instant). Biasanya kita akan mengkonsumisnya dengan air hangat atau susu untuk menjadikannya teksturnya lebih lembut dan enak untuk dimakan.
Namun, tahukah anda bahawa mengkonsumsi oat ini sebenarnya sesuai bagi anda yang ingin menurunkan berat badan, low carb diet, pengganti nasi putih dan bahkan bagi mereka yang mempunyai masalah tinggi gula darah dengan saranan doctor juga.
Hal ini demikian kerana, jenis oat yang berbeza mempunyai kadar karbohidrat dan gula yang berbeza. Hal ini juga bermaksud, jenis oat juga mempunyai kelebihannya yang tersendiri namun kandungan nutrisinya hampir sama.
Apa yang biasanya menjadi kebimbangan dan persoalan anda pastinya jumlah Indeks Glisemik (GI) yang boleh mempengaruhi kadar peningkatan insulin. Semakin tinggi kadar GI, maka semakin tinggi kadar peningkatan insulin. Dan semakin rendah GI, maka semakin rendah dan stabil kadar insulin. Sekiranya kadar insulin tinggi, maka semakin cepat pertukaran glukosa menjadi glikogen yang kemudiannya akan ditukar kepada lemak tubuh sekiranya tidak digunakan.
1. steel cut oat
- Indeks Glisemik = <55
- Mempunyai GI yang rendah kerana ia dicerna dan diserap oleh tubuh dengan perlahan. Ia kurang meningkatkan kadar kecepatan gula darah.
- Ia sesuai untuk anda yang mempunyai masalah tinggi gula dalam darah, keto diet, ingin kurus dan mana-mana program diet.
2. Rolled oat
- Indeks Glisemik = <55
- Mempunyai GI seperti steel cut oat iaitu rendah. Ia membantu menstabilkan kadar gula darah .
- Ia juga sesuai untuk anda yang mempunyai masalah tinggi gula dalam darah, keto diet, ingin kurus dan mana-mana program diet.
3. Instant oat
- Indeks Glisemik = 79
- Mempunyai Gi yang agak tinggi berbanding kedua-dua oat sebelumnya. Hal ini kerana ia mengalami pemprosesan dalam keadaan darjah yang tinggi bagi menghaluskan teksturnya. Tubuh mencerna dan menyerap dengan lebih cepat kemudian menyebabkan kadar gula darah meningkat.
- Walaupun begitu, ia sesuai bagi mereka yang ingin meingkatkan berat badan, diet bulking atau mereka yang menjalani senaman / latihan berintensiti tinggi.
Cara Pilih Jenis Oat Yang Sesuai Untuk Diet
Reviewed by Coach M
on
May 01, 2020
Rating:
No comments: