Alkohol merupakan bahan yang menjadi kebiasaan bagi golongan atlet yang umumnya dikonsumsi oleh bukan muslim. Alkohol dikonsumsi secara global bukan sahaja atlet dalam negara tetapi juga banyak dilakukan oleh atlet profesional di luar negara. Jumlah pengambilan alkohol dalam kalangan atlet biasanya agak tinggi sekiranya tidak dipantau .
Walaupun begitu, pengambilan alkohol dalam kalangan atlet bukanlah menjadi rutin seperti kebiasaannya yang diamalkan oleh masyarakat atau mereka yang bukan golongan atlet. Cuma terdapat sesetengah atlet yang mengakonsumsinya agak lebih tinggi lebih-lebih lagi bagi mereka yang terlibat dalam sukan berdurasi panjang dan latihan yang berat seperti bola sepak, ragbi dan sebagainya.
Walaupun begitu, atlet dicadangkan agar tidak mengkonsumsi alkohol melebihi jumlah keperluan yang sepatutnya kerana dipercayai ia dapat membawa kepada kesan negatif terhadap pemulihan selepas Latihan dan prestasi sukan.
Cadangan jumlah pengambilan alkohol adalah bergantung kepada kadar kesesuaian individu itu sendiri. Hal ini kerana, dampak alkohol sangat mempengaruhi kesan pemulihan selepas latihan dan prestasi sukan dan ia sangat subjektif dan bergantung kepada banyak factor seperti masa pengambilan alkohol selepas latihan, jumlah masa pemulihan sebelum memulakan latihan yang seterusnya atau pertandingan selanjutnya, keadaan kecederaan semasa dan dos alkohol yang dikonsumsi.
Secara umumnya, pengambilan aklohol akut pada tahap luar biasa yang dikonsumsi oleh atlet boleh menyebabkan kesan negatif terhadap tahap kenormalan fungsi immunoendocrine, aliran darah tubuh dan sintesis protien yang mana keadaan-keadaan ini akan melembabkan kadar pemulihan kecederaan otot rangka.
1. Setiap dewasa (>15 thn) mengkonsumsi 4.3 L alkohol tulin per tahun.
2. Alkohol memperlahankan fungsi sistem imun tubuh , mudah mendapat cedera dan peningkatan terhadap kesan infeksi.
3. Alkohol mempunyai kesan diuretic jika anda mengkonsumsi >4%
4. Alkohol mempu menurunkan sintesis protien ketika pemulihan & adaptasi terhadap latihan berat
5. Alkohol memberi kesan negatif terhadap kualiti dan kuantiti tidur
6. Alkohol menurunkan prestasi kognitif dan masa reaksi
7. Pengambilan alkohol bersama diet tinggi karbohidrat tidak mempunyai kesan terhadap simpanan glikogen selepas latihan
8. Pengambilan alkohol memberi kesan terhadap ketumpatan tulang dan penghasilan testosterone
9. Alkohol meningkatkan pelbagai kecederaan dan kesan negatif pada kadar dan pemulihan kecederaan
Kesan lain yang berhubungan dengan pemulihan adalah seperti penghidratan dan resynthesis glikogen boleh berada pada tahap yang lebih rendah. Kedua-dua kesan tersebut adalah penting bagi kesihatan atlet termasuklah keadaan fisiologi atlet itu sendiri. Mereka perlu memastikan kawalan atau tabiat pengambilan alkohol tidak melebihi jumlah yang dicadangkan supaya tiada kesan negatif yang dihadapi oleh tubuh dengan cara menggurangkan pengambilan dos alkohol yang terlalu tinggi.
Seperti yang dicadangkan oleh pakar, sekiranya atlet ingin mengkonsumsi alkohol selepas bersukan atau latihan, jumlah dos yang digalakkan adalah 0.5 g/kg per berat badan. Jumlah dos ini dijelasakan kurang memberikan impak terhadap kadar pemulihan dan ia dicadangkan sekiranya atlet ingin mengkonsumsi alkohol pada waktu itu.
Pakar menjelasakan bahawa alkohol dikonsumsi oleh atlet yang biasanya diambil setelah pertandingan pada kadar yang amat membimbangkan dalam jumlah populasi umum. Tabiat seperti itu akan membawa kepada peningkitan risiko yang disebabkan oleh dos alkohol yang berlebihan dan ia juga akan menyebabkan ketidaknormalan endokrin dan fungsi imun tubuh. Sekiranya ia terjejas, maka kadar pemulihan setelah latihan akan semakin menurun dan dalam pada masa yang sama masa yang diambil untuk tubuh pulih seperti keadaan biasanya akan menjadi agak perlahan.
Bukan itu sahaja, bagi atlet lelaki ataupun orang biasa pula dikatakan impak alkohol yang melebihi dos yang dicadangkan, ia mampu mengurangkan penghasilan hormon testosterone dan kesan sampingan lain terhadap komposisi tubuh, sintesis protien dan adaptasi serta pembentukan otot. Sekali lagi ia akan membawa kepada kesan perlahan dalam tempoh pemulihan dan adaptasi terhadap latihan.
Sumber : DOI: 10.1007/s40279-014-0192-8
Kesan Pengambilan Alkohol Terhadap Prestasi dan Pemulihan Selepas Bersukan
Reviewed by Coach M
on
April 30, 2020
Rating:
No comments: