1.Jangan sesekali terlampau ghairah untuk menurunkan berat badan
Adalah lebih baik anda memberi fokus dahulu terhadap perkara yang paling penting untuk membantu menurunan berat badan seperti mengawal pemakanan dan amalkan pemakanan yang sihat di samping melakukan aktiviti fizikal secara teratur iaitu paling-paling kurang pun 30 minit sehari (paling kurang) secara berterusan atau setiap 10 minit (cth: pagi 10 minit, tengah hari 10 minit, petang 20 minit dan malam 10 minit). Maka penurunan berat badan akan berlaku secara beransur-ansur.
2.Makan dengan lebih sedikit kadar kalori
Ini adalah point yang jelas untuk anda ketahui yang perlu ditekankan. Sejujurnya anda tidak akan dapat menurunkan berat badan kecuali anda membuat defisit kalori. Definisi paling mudah bagi defisit kalori ialah anda membakar lebih banyak kalori melalui aktiviti fizikal daripada kalori yang anda telah ambil.
3.Kurangkan kadar pengambilan gula
Gula yang berlebih akan meningkatkan jumlah kalori yang diambil dalam makanan dan mengurangkan kadar gula akan membantu mengurangi pengambilan kalori. Banyak makanan yang mengandung gula, tetapi tujuannya adalah untuk mengurangi makanan dengan tambahan gula yang tidak mengandung nutrisi lain seperti serat, protein dan vitamin.
4.Jangan fokus kepada satu jenis aktiviti fizikal sahaja
Contohlah jika anda menginginkan six pack, jangan habiskan masa untuk setiap latihan dengan melakukan ratusan sit-up. Sebaliknya, anda juga perlu melakukan aktiviti kardio lain untuk membakar sejumlah besar kalori. Hal yang sama berlaku untuk bahagian lain tubuh. Anda tidak akan dapat menghilangkan lemak tubuh semata-mata kerana melakukan aktiviti fizikal oleh sebab semua proses fisiologi tubuh bergantung kepada tahap kecekapan tubuh pada asalnya.
5.Kawal porsi makanan yang anda makan
Perkara wajib yang menjadi keharusan untuk menurunkan berat badan dengan cara yang sihat adalah dengan mengawal porsi maknan untuk memastikan anda tidak makan berlebihan. Contohnya, porsi protein atau daging dalam makanan haruslah paling-paling setelapak tangan anda. Dalam seporsi hidangan, haruslah mempunyai pelbagai nutrien seperti sayur-sayuran, jumlah daging yang seperti telah dinyatakan dan sumber karbohidrat.
6.Gunakan pinggan yang bersaiz kecil
Kebanyakn kajian yang dibuat, hasil kajian menunjukkan bahwa orang yang membiasakan diri mereka dengan keadaan porsi makanan yang jauh lebih besar ketika menggunakan piring yang lebih besar cenderung mempunyai berat badan yang berlebihan. Hal yang sama juga berlaku untuk saiz gelas dan mangkuk.
7.Jangan sesekali kelaparan
Membuat diri lapar tidak membantu menurunkan berat badan dengan cara yang sihat. Tubuh memerlukan nutrien dan sumber tenaga daripada makanan. Sekiranya tiada sumber tenaga, hal ini akan mendorong tubuh untuk memperlambatkan kadar metabolisme. Hal ini juga menyebabkan anda makan dengan berlebihan ketika anda ingin makan. Anda disarankan untuk mementingkan sarapan pagi dengan makanan yang sihat. Hal ini kerana, enzim yang membantu dalam proses metabolisma tubuh bekerja dengan sangat cekap setelah berehat panjang pada saat kita tidur. Pada waktu tengah hari pula amalkan pemaknan yang sederhana dan manakala waktu malam usahakan untuk mengambil makanan yang ringan sebelum jam 9.
7 Cara Menurunkan Berat Badan Dengan Mudah Tanpa Mengalami Tekanan
Reviewed by Coach Mal
on
March 15, 2019
Rating:
No comments: