Wajah yang cantik dan licin tanpa masalah kulit merupakan impian semua bukan? Semua kita sebagai manusia dikurniakan dengan wajah yang cantik dan bersih sejak lahir lagi. Namun apabila meningkat dewasa ada suatu masalah yang paling umum yang akan dihadapi oleh kita iaitu jerawat. Jerawat yang teruk sangat ditakuti oleh siapapun lebih-lebih lagi golongan wanita khususnya. Jerawat yang berlaku sangat mengganggu penampilan wajah serta membuat kita menjadi kurang percaya diri dan berbelanja lebih untuk serum, alat solek, terapi wajah dan sebagainya. Asal kita tahu, jerawat berlaku adalah disebabkan oleh faktor hormon yang masih tidak stabil pada saat kita meningkat dewasa atau dalam fasa akli baligh dan dipengaruhi kebersihan kita sendiri.
Pakar perubatan dalam bidang kesihatan menjelaskan, jerawat yang dikenali dengan Acne Vulgaris boleh timbul disebabkan oleh kelenjar minyak yang berlebihan pada folikel bulu. Apabila folikel itu mengalami sekatan maka berlakulah masalah jerawat ke permukaan wajah kita. Sememangnya masalah jerawat adalah sangat menyusahkan dan menganggu emosi diri ketika jerawat tersebut muncul. Sekiranya jerawat ini jadi semakin serius, maka ia akan memberi impak terhadap kesihatan kulit malah saluran darah pada bahagian wajah kita. Oleh itu adalah seelok-eloknya kita segera diatasi dengan cara merawat dan mencegah. Hal ini demikian kerana, jerawat akan semakin teruk apabila folikel bulu yang tersumbat tadi terdedah dengan bakteria. Maka apa yang akan berlaku adalah wujudnya banyak penyakit kulit yang teruk dan memerlukan kos rawatan yang boleh mencapai ratusan malah ribuan ringgit. Adakah anda tidak merasakan itu adalah perkara yang merugikan? Sungguh menakutkan bukan? Oleh sebab itu adalah sangat penting untuk kita selalu menjaga kebersihan wajah.
Coach ingin berkongsi satu tips kesihatan bukan sukan yee.. hihihihi. Ini adalah cara yang paling mudah dan murah serta merupakan petua orang tua dulu-dulu. Kenapa Coach sarankan perlu guna cara tradisonal terlebih dahulu? Jika anda mengalami jerawat, sebaiknya anda atasi dahulu dengan bahan-bahan semulajadi yang mudah diperoleh disekeliling kita. Sebab ia adalah lebih selamat, murah dan natural. Anda jangan terus berfikir untuk ke Pusat Kecantikan. Asal anda tahu, kemungkinan tidak semua proses tersebut berjalan dengan baik atau memberikan kesan yang baik untuk jangka masa panjang. Bahkan, sekiranya jika tidak sesuai dengan kulit anda, maka jerawat pada wajah anda malah jadi semakin teruk. Petuanya sila baca di bawah !
Sumber: https://commons.wikimedia.org/
Bahan-bahan:
1.Belimbing Buluh Muda - 2-3 ulas (Sekali pakai)
2.Parut
3.Piring
4.Air putih
Cara-cara:
1.Ambilkan buah belimbing buluh
2.Parutkan buah tersebut ke dalam piring
3.Campur sedikit air
4.Siap!
Cara Guna:
1.Ambilkan hasil parutan tersebut dan sapukan pada wajah anda.
2.Kenakan pada seluruh kawasan wajah anda / kawasan jerawat
3.Bilas bila anda rasa wajah sudah kering
4.Seelok-eloknya pakai 2-3 kali sehari samada sebelum tidur,waktu pagi dan bila-bila masa anda mahu
Kesan sampingan?
Kesannya cuma anda akan merasa gatal dan pedis sedikit pada awal-awal pemakaian dan kulit wajah kemerah-merahan. Hal ini berlaku kerana kandungan asid dalam buah belimbing buluh tadi akan bekerja untuk membunuh bakteria dan kuman dalam jerawat anda. InsyaAllah seawal seminggu anda akan melihat keajaibannya. PERINGATAN: Sekiranya anda merasa kulit wajah tidak sesuai untuk pakai, sila jangan amalkan ( cth: jika terdapat kesan lain pada tubuh atau anggota selain wajah.
Apa-apa komen atau feedback sila sampaikan dalam ruang komen di bawah. Sekadar berkongsi ilmu yang ada 👇👇👇
Cara Ampuh Hilangkan Jerawat Dan Seminggu Dah Nampak Kesan
Reviewed by Coach Mal
on
March 15, 2019
Rating:
No comments: