Apa Itu Intermittent Fasting?



Intermittent Fasting atau berpuasa secara berselang-seli merupakan diet yang dikawal (regime) yang mana dilakukan dalam tempoh yang singkat dengan tiada makanan atau pengurangan kalori yang ketara. Ia dilakukan untuk mengubah komposisi tubuh dengan cara turun berat badan dan jumlah lemak tubuh serta meningkatkan tahap kesihatan yang berkaitan dengan penyakit seperti tekanan darah dan tahap kolesterol. 



Puasa biasanya memaksa individu untuk menahan diri daripada makan dan minuman yang berterusan iaitu dari 12 jam selama sebulan. Ia mungkin memerlukan pantang larang atau membenarkan sejumlah makanan dan minuman yang perlu dikurangkan. Namun begitu, Intermittent Fasting dilakukan secara berselang yang umumnya tidak teratur dan tidak berterusan.


Terdapat banyak hal yang bertentangan dengan apa yang menjadi tanggapan popular masyarakat kebelakangan ini iaitu ramai yang menyatakan bahawa amalan ini adalah suatu amalan yang baru ditemui. Namun apa yang diperkatakan itu adalah tidak tepat sama sekali kerana puasa yang dilakukan secara selang-seli dan tidak berterusan ini sebenarnya telah mula digunakan pada awal 1900-an lagi oleh para doktor pada zaman tersebut dengan tujuan untuk merawat pelbagai masalah kesihatan seperti diabetes, obesiti dan epilepsi. 

Puasa yang berselang-seling ini telah menjadi kaedah yang sangat popular untuk mencapai penurunan berat badan secara alami pada zaman sekarang, terutamanya bagi mereka yang mementingkan penjagaan dan kecantikan tubuh seperti selebriti, model dan sebagainya. Contohnya artis yang terkenal seperti Chris Hemsworth (Thor), Hugh Jackman (Logan), Terry Crews dan ramai lagi. Terdapat beberapa kelebihannya:

i. Amalan ini terbukti berkesan hampir kepada kebanyakan pengamalnya.
ii. Diamalkan untuk melatih tubuh untuk memperoleh sumber tenaga dalam tempoh masa tertentu dan mengurangkan kerja sistem pencernaan tubuh. 
iii. Berat badan diyakini boleh turun sehingga 4 ke 6 kilogram dalam tempoh 1 hingga 2 minggu.
iv. Risiko penyakit darah tinggi, kolesterol dan diabetis dapat dicegah.
v. Lemak tubuh ditukar kepada tenaga menjadikan komposisi lemak tubuh rendah.
Apa Itu Intermittent Fasting? Apa Itu Intermittent Fasting? Reviewed by Coach Mal on March 15, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.