Kanak-kanak Mengalami Drop Out Terlalu Awal? Cara Atasi

Kita tidak bolah menafikan bahawa kanak-kanak dan remaja itu menjadikan aktiviti bermain dan bersukan sebagai salah satu cara hiburan terhadap diri mereka sendiri. Konsep "seronok" dalam kalangan kanak-kanak adalah sebagai daya penarik dalam sukan DAN sekiranya nilai itu tiada dalam sesebuah aktiviti yang dirancang maka hal itu akan membantutkan penglibatan mereka dalam aktiviti sukan dewasa..

Kenapa Kanak-kanak Bersukan?

Sumber: https://buzymummy.com/2018/05/17/10-reasons-every-kid-play-outside/


1. Mengurangkan stres / tekanan 

2. Mencari banyak kawan 

3. Cabar kebolehan diri

4. Membangunkan kemahiran asas

5. Belajar kemahiran yang baru

6. Mencapai kejayaan

7. Berseronok

8. Latihan

9. Semangat berpasukan


Kenapa Kanak-kanak Menjauhi Sukan?

1. Aktitivi sudah tidak mempunyai nilai "seronok"

2. Tekanan untuk beraksi dalam pertandingan

3. Tidak mempunyai banyak masa untuk bermain (terikat dengan latihan spesifik)

4. Aktiviti terlalu menekankan pertandingan

5. Terlalu banyak harapan yang diletakan ke atas mereka untuk mengejar kemenangan

6. Takut membuat kesilapan / respon luaran terlalu menekan (jurulatih, ibu bapa & masyarakat)

7. Tidak lagi berminat dalam sukan

8. Mengalami kekangan untuk bersaing dengan rakan atau yang lebih menyerlah


Bagaimana "DROP OUT" atau "KETERCICIRAN" boleh dicegah dalam sukan remaja?

Apa yang ibu bapa dan jurulatih perlu lakukan adalah:..

1. Hormat atlet anda 

- layanan dan penglibatan haruslah sesuai dengan usia atlet.
- atlit muda bukanlah seperti atlet dewasa
- atlet muda mempunyai emosi dan ego yang lebih tinggi / perlu dikawal dengan baik

2. Jadikan aktiviti itu menyeronokan

- tekankan deliberate play (permainan yang tidak dirancang dengan spesifik)
- utamakan keseronokan atlet berbanding mengejar kejayaan
- aktiviti menyeronokan cukup sekadar melatih kemahiran asas yang merangkumi aktiviti membaling, berlari, melompat dan sebagainya.

3. Bantu atlet dalam mengatasi kegagalan

- kanak-kanak dan remaja masih melakukan kesilapan
- motivasi perlu diberikan / jangan terus memarahi kesilpanan mereka
- dicadangkan berhadapan dengan atlet secara individu untuk kesilapan pribadi supaya tidak memalukannya hadapan rakan-rakan lain
- setiap kali sebelum dan selepas aktiviti, digalakan untuk bertanyakan repson atlet terhadap aktiviti
(cth; adakah aktiviti menyeronokan? adakah mereka terlalu penat? Macam mana perasaan hari tersebut?)

4. Berikan inspirasi kepada atlet

- atlet muda memerlukan sebuah inspirasi untuk meningkatkan lagi penglibatan mereka
- bertahu mereka kepentingan setiap aktiviti yang dilakukan
- bagi peluang untuk mereka mencadangan aktiviti yang mereka inginkan
- beri galakan dengan menunjukkan sikap-sikap sebagai jurulatih yang baik

5. Beri atlet anda masa bermain yang sama-rata

- jangan bandingkan atlet-atlet anda
- dalam usia sebelum mencapai kematangan penuh, kanak-kanak dan dewasa perlu diberikan peluang untuk bermain secara sekata.
- digalakan untuk memanfaatkan ruang yang ada sepenuhnya
- elakan merehatkan mereka terlalu lama dengan menunggu di tepi padang sementara yang lain bermain.

6. Membantu tingkatkan usaha mereka

- memberikan aktiviti yang mudah peringkat awal lebih baik
- progresif aktiviti perlahan-lahan ditingkatkan tetapi tidak membebankan dan masih menekankan keseronokan
- kurangkan tahap aktiviti sekiranya atlet gagal melakukannya
- jangan terlalu memaksa mereka untuk melakukan sesuatu aktiviti
Kanak-kanak Mengalami Drop Out Terlalu Awal? Cara Atasi Kanak-kanak Mengalami Drop Out Terlalu Awal? Cara Atasi Reviewed by Coach Mal on March 15, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.