Bermain atau bersukan membantu tubuh anda kekal dalam keadaan yang sihat, mengajar anda bagaimana untuk mengatur masa, mewujudkan nilai persahabatan dan membina hubungan dengan rakan sebaya dan orang dewasa. Melalui penglibatan dalam sukan juga, anda boleh meningkatkan kemahiran yang terbaik yang mana boleh diperolehi di dalam gelanggang, trek, atau padang. Terdapat beberapa kelebihan terlibat dalam sukan iaitu:
1. Persahabatan
Bermain dan bersukan membolehkan anda mempunyai nilai persahabatan yang anda tidak mungkin dapat terbentuk melalui cara lain. Sukan menyatukan dan membawa remaja terutamanya bersama-sama dari sekolah yang berbeza, latar belakang dan kelompok masyarakat. Sering kali, persahabatan yang anda wujudkan di atas padang akan tetap utuh walaupun anda tidak bermain atau melibatkan diri dalam sukan prestasi tinggi.
2. Keluarga
Peminat atau penyokong di luar adalah salah satu aspek yang paling penting dalam meningkatkan prestasi permainan. Sokongan berterusan daripada ibu bapa anda membantu anda merasakan kelebihan yang ada pada diri anda dan memperkukuhkan hubungan dengan mereka.
Sebagai remaja, anda tidak selalunya mudah untuk mencari masa yang sesuai untuk meluangkan masa bersama dengan ibu bapa anda. Sukan membolehkan dan memberikan peluang untuk anda dan ibu bapa untuk menghargai satu sama lain melalui aktiviti sukan itu sendiri atau aktiviti rekreasi (hiking, berkayak dan sebagainya).
3. Jurulatih
Dengan memberikan ilmu pengtahuan dan galakan, jurulatih boleh menjadi contoh yang sangat baik untuk remaja khusunya. Hubungan yang anda buat dengan jurulatih sangat penting untuk kejayaan pasukan.
Bimbingan positif dan motivasi yang mantap membantu untuk membawa pasukan bersama-sama dan menyediakan pemain dengan peralatan yang betul untuk menolak diri mereka cemerlang dalam bidang akademik dan fizikal.
4. Kesihatan
Mengambil bahagian dalam sukan dapat meningkatkan kesihatan anda dengan banyak cara. Untuk menjadi atlet yang baik, anda mesti mempunyai pengetahuan untuk menjaga diri sendiri. Hal ini akan membuatkan anda berfikir tentang apa yang hendak dimakan dan dengan apa cara untuk merawat tubuh anda untuk mencapai tahap prestasi puncak.
5. Pemakanan Sukan
Apabila terlibat dalam sukan untuk kali pertama, anda mungkin berasa lapar daripada biasa. Ini adalah perkara biasa yang akan anda alami dalam fasa awal penglibatan, kerana badan anda membelanjakan lebih banyak tenaga untuk digunakan dalam melakukan aktiviti. Berikut adalah beberapa cadangan pemakanan untuk membantu anda lebih selesa semasa menyertai sukan.
Makan makanan yang mengandung lemak dengan kadar yang betul. Sekitar 20% hingga 25% tenaga berasal dari lemak, jadi untuk menjaga tahap penghasilan tenaga yang tinggi, tubuh memerlukan anda untuk mengambil lemak.
Pastikan anda makan sebelum, semasa dan selepas bersukan. Ini dapat membantu mengekalkan tahap glukosa darah yang seterusnya akan membantu meningkatkan prestasi sukan anda.
Teruskan terhidrasi kerana apabila bersukan, tubuh anda akan kehilangan banyak cecair yang boleh menyebabkan anda dehidrasi. Ini merupakan satu keadaan yang berbahaya kerana akan menyababkan suhu tubuh anda tinggi dan berpotensi membawa maut sekiranya suhu tubuh mencapai 40 darjah celcius. Jadi minumlah banyak air.
Makan makanan yang seimbang. Diet seorang atlet harus memastikan banyak karbohidrat kompleks (sumber tenaga utama tubuh), protein, vitamin, mineral dan lemak.
Hadkan garam dan gula mudah.
Jangan sesekali berpuasa atau tidak makan jika ingin bersukan
Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat salah faham umum dalam sebilangan kalangan guru atau mereka yang kurang memahami kepentingan bersukan. Mereka beranggapan bahawa menjadi seorang pelajar dan atlet adalah suatu perkara sukar. Namun kita perlu fikir satu perkara, dengan mengambil bahagian dalam sukan sebenarnya boleh memberi kesan positif ke sekolah dan pelajar itu sendiri. Banyak kajian dan penemuan yang dijalankan oleh para pengkaji dalam bidang Pendidikan dan Sukan mendapati pelajar yang melibatkan diri dalam sukan sebenarnya mempunyai nilai gred yang cemerlang dan lebih ceria dan tahap kepuasan yang tinggi di sekolah berbanding pelajar yang kurang melibatkan diri dalam sukan
Sukan juga memaksa anda untuk belajar mengatur masa supaya kedua-duanya dapat dilakukan iaitu berlatih dan menyelesaikan kerja rumah. Kuncinya di sini adalah bagaimana pelajar itu belajar mencari keseimbangan dalam dua atau lebih keutamaan. Jika anda boleh belajar untuk mengatur masa, maka anda boleh berjaya dalam kedua-duanya.
7. Kemahiran Kepimpinan
Mengambil bahagian dalam sukan membantu anda untuk membina kemahiran kepimpinan. Sukan berpasukan khusunya memberikan anda peluang untuk mengelilingi diri anda dengan orang yang berdaya saing dan model peranan serta belajar daripada kedua-duanya. Anda boleh menunjukkan kepimpinan anda sendiri melalui ketua pasukan dan tindakan individu untuk meningkatkan kejayaan bagi pasukan anda.
Penting Sangat Kah Bersukan? Sila Baca
Reviewed by Coach Mal
on
March 15, 2019
Rating:
No comments: