Ingatan lemah salah satu tanda kekurangan Vitamin B12


Vitamin B12 nama bagi kumpulan besar bagi vitamin cyanocobalamin, cobalamin, methylcobalamin, 5-deoxyadenosylcobalamin, adenosylcobalamin, cobamamide, dibencozide, hydroxocobalamin) yang mana kesemua ini adalah vitamin larut air.

Memandangkan kumpulan ini merupakan vitamin yang larut air, maka hal ini bermakna ia larut dalam air dan bergerak melalui aliran darah.

Tubuh manusia tidak mempunyai keupayaan untuk menyimpan cobalamin. Sebarang jumlah yang berlebihan atau yang tidak diperlukan oleh tubuh akan dikeluarkan melalui air kencing.

Secara strukturnya, vitamin B12 ini adalah vitamin yang paling rumit berbanding vitamin-vitaman lain yang terdapat dalam tubuh manusia. Ia juga merupakan struktur vitamin yang terbesar. Vitamin B12 umumnya dihasilkan daripada bakteria.

Vitamin B12 ditemui di semua sel manusia di mana fungsinya utamanya adalah terdiri daripada mensintesis dan mengaturan DNA untuk membentuk darah serta terlibat dalam proses penghasilan tenaga. Tetapi fungsi yang paling pentingnya ialah untuk membantu fungsi dalam sistem saraf yang normal termasuk otak.

Vitamin B12 boleh dijumpai dalam produk haiwan. Namun ia juga terdapat dalam tumbuh-tumbuhan tetapi cuma dalam jumlah yang sedikit.

Makanan yang merupakan sumber vitamin B12 yang baik adalah:


  • Daging merah, telur dan ayam
  • Ikan, terutama ikan kod dan tuna
  • Produk tenusu
  • Sesetengah produk yis
  • Bijirin


Jumlah vitamin B-12 yang perlu diambil daripada makanan harian dan makanan tambahan.

i) Dietary Reference Intakes (DRI)

Dewasa         : 2.4  µg/ hari
Wanita hamil : 2.6 µg/ hari
Wanita menyusu : 2.8 µg/ hari

ii) Recommended Nutrient Intakes (RNI) For Malaysia 2017 *populasi normal 

Dewasa         : 4.0 µg/hari
Wanita Hamil : 4.5 µg/hari


Kekurangan Vitamin B12

Kekurangan vitamin B12 berpotensi menyebabkan kerosakan teruk dan sukar untuk dipulihkan terutamanya kepada otak dan sistem saraf.

Kekurangan vitamin ini yang lebih rendah daripada kadar normal akan menimbulkan pelbagai gejala seperti keletihan, kelesuan, kemurungan, memori yang lemah, sesak nafas, sakit kepala dan kulit pucat. Gejala-gejala ini berlaku terutamanya pada orang tua atas 60 tahun.

Jika anda merasakan terdapat masalah dengan tahap ingatan anda, anda mungkin mengalami masalah kekurangan vitamin B12. Kesan kekurangan vitamin B12 ini paling ketara dapat dilihat di kalangan orang tua.

Salah satu gambaran utama kekurangan vitamin ini ialah penurunan kognitif. Tanda jelas penurunan kognitif pada usia tua adalah hilangan ingatan dan kekeliruan ketika melakukan tugas-tugas harian yang sederhana.

Sumber-sumber daripada vitamin ini diperlukan untuk meningkatkan daya ingatan terutama pada orang tua yang mempunyai kekurangan vitamin B12. Ia menunjukkan hasil yang terbaik dengan penambahan asid folik. Vitamin B juga boleh membantu mengubati anemia serta melindungi sistem saraf.
Ingatan lemah salah satu tanda kekurangan Vitamin B12 Ingatan lemah salah satu tanda kekurangan Vitamin B12 Reviewed by Coach M on May 19, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.