Kadang-kadang anda lupa betapa pentingnya membuat warm up atau pemanasan tubuh ini hanya kerana ia bukan sebahagian daripada bentuk latihan utama anda dan sering juga menganggap ia tidak membantu dalam membakar kalori.
Melangkau sesi pemanasan tubuh sememangnya kita rasa tubuh akan kurang penat untuk bersenam atau bersukan, tetapi hakikatnya anda akan merasakan keadaan tubuh yang lebih bersedia dan lebih tahan apabila melakukan senaman dengan kadar masa yang lebih lama. Sebaliknya, jika anda merasakan dengan melakukan pemanasan tubuh menjejaskan prestasi ketika bersenam atau bersukan, maka kemungkinan besar anda telah melakukannya pemanasan dengan cara yang salah atau terlalu keras.
Sesi pemanasan tubuh sangat ditekankan sebelum anda melakukan senaman atau bersukan kerana ia sangat penting untuk memastikan tahap darah dalam keadaan yang besedia dan mengelak ia daripada dipam keseluruh tubuh secara mengejut atau tergesa-gesa sebelum anda melakukan senaman pada tahap yang maksimum. Terdapat pelbagai sebab mengapa atlet profesional pun tetap berpegang teguh kepada rutin pemanasan sebelum memulakan latihan atau perlawanan. Berikut adalah alasannya:
1. Pemanasan yang betul dapat menyediakan jantung, paru-paru dan otot anda untuk bersenam atau latihan. Hal ini adalah bagi memastikan saluran darah dan jantung anda dalam keadaan yang betul-betul bersedia dan boleh berfungsi dengan baik apabila anda meningkatkan intensiti senaman ke tahap yang maksimum kelak. Maka dengan itu, badan anda akan bersedia untuk menyesuaikan keadaan dengan keperluan darah dan oksigen yang mencukupi serta menjadikan otot anda supaya lebih lentur dan meningkatkan fungsinya.
2. Pemanasan tubuh juga penting supaya darah dapat mengalir dengan baik dan lancar ke seluruh tubuh. Hal ini akan mendorong tubuh anda untuk menjana tenaga yang mencukupi bagi menghadapi sesi senaman atau latihan yang baik.
3. Pemanasan tubuh dapat meningkatkan suhu tubuh yang mana ia akan membantu mengurangkan risiko pada otot anda daripada masalah overstretching. Jika keadaan itu berlaku pada anda, makai a mampu menyebabkan kecederaan pada tisu lembut, otot dan sendi / tendon anda. Tambahan, jika anda mengalami kecederaan yang serius semasa sesi senaman atau latihan, ia akan melambatkan anda untuk pulih. Kesannya, anda terpaksa mengambil lebih banyak kalori bagi proses pemulihan. Hal ini akan menaikan semula berat tubuh anda kerana terpaksa mengambil beberapa waktu untuk berehat dari rutin latihan.
4. Ia juga memastikan bahawa sendi anda dalam keadaan yang lebih bersedia untuk senaman dan meningkatkan julat pergerakannya. Salah satu faedah utama pemanasan tubuh ini sebenarnya adalah ia sengat membantu sendi dan otot anda lebih berdaya tahan dalam melakukan senaman dan juga meningkatkan julat pergerakan.
5. Rutin pemanasan tubuh yang baik juga dapat membantu meningkatkan prestasi anda samada di dalam gym atau dalam prestasi sukan. Ia sangat membantu anda dalam mencapai tahap potensi maksimum.
6. Pemanasan tubuh juga dikatakan dapat menyegarkan minda anda. Ia dapat memastikan anda memberi tumpuan yang lebih banyak dan menyediakan anda secara psikologi sebelum melakukan senaman yang berat. Sekiranya anda langsung melakukan senaman yang berat atau intensiti tinggi tanpa melakukan pemanasan, ia mampu membuat anda menyesal kemudia apabila otot atau sendi anda mengalami kecederaan atau kekoyakan yang teruk. Maka dengan itu, pemanasan tubuh sebenarnya sangat membantu anda untuk lebih berfokus, menjalani sesi senaman dan latihan dengan lebih baik serta secara tidak langsung dapat membakar lebih banyak kalori.
6 Sebab Mengapa Anda Perlu Warm Up Sebelum Bersukan
Reviewed by Coach M
on
July 30, 2019
Rating:
No comments: