5 Sebab Mengapa Perlu Main Futsal Sejak Usia Kanak-Kanak


Futsal adalah sebuah sukan dan permainan yang merupakan pecahan daripada sukan bola sepak. Keistimewaan yang ada pada sukan ini dapat dilihat dengan munculnya ramai pemain futsal dan bola sepak terkenal dunia dengan kemampuan kemahiran yang menarik. Contohnya seperti Ronaldinho, Neymar, Robinho, Cristiano Ronaldo, Falcão dan ramai lagi ikon bola sepak dan futsal yang terkenal. 



Dahulunya sukan futsal agak suram dan tidak begitu dikenali lebih-lebih lagi di kawasan asia seperti kita. Namun pada masa sekarang, sukan ini kian meningkat naik kepopularitiannya dengan adanya pelbagai rancangan perlawanan dan program-program pembangunan futsal dunia. Sukan futsal juga sekarang ini dimainkan di bawah perlindungan Fédération Internationale de Football Association (FIFA) di seluruh dunia, dari Eropah hingga Amerika Tengah dan Amerika Utara serta Afrika, Asia dan Oceania. 



Jika dahulunya futsal ini tidak dipandang seperti sukan bola sepak, namun sekarang ramai pemain bola sepak professional dunia mengakui kelebihan yang ada pada sukan futsal ini dalam membentuk pelbagai kemahiran pergerakan tubuh dan mental. Berikut adalah sebab mengapa penglibatan kanak-kanak dalam sukan futsal amat digalakan:

1. Kebolehsuaian
Futsal boleh dimainkan di mana-mana permukaan yang keras dan rata samada di dalam dewan berbumbung ataupun di kawasan lapang. Anda tidak perlukan padang rumput yang harus jaga setiap masa dan sudah pasti tidak ada lagi masalah untuk bersukan sekiranya hujan kerana ia boleh dimainkan di gelanggang yang berbumbung. Apa yang anda perlukan hanyalah bola dan kasut. Hal ini dapat menjimatkan kewangan ibu bapa atau pihak sekolah untuk menyediakan peralatan-peralatan yang diperlukan asalkan tempat dan peralatan sukan seperti gelanggang, bola dan tiang gol dalam keadaan yang elok. Perlu anda tahu juga, futsal juga merupakan suatu pelengkap kepada sukan bola sepak. Hampir kebanyakan kemahiran teknikal dan taktikal bola sepak boleh disesuaikan di gelanggang futsal. Lagi satu, ia sangat sesuai dijadikan latihan pada peringkat "mikro" sebelum membawanya ke medan yang besar seperti bola sepak.

2. Meningkatkan Tahap Kecerdasan Pemain
Sifat futsal yang dimainkan secara pantas dan berterusan akan membantu meningkatkan tahap pengauasaan dalam pergerakan dalam pelbagai ruang (spatial) dan juga meningkatkan keupayaan pemain itu sendiri untuk belajar membaca permainan. Contoh, sebagai ketua pasukan, mereka perlu sentiasa bergerak, memerhati, membaca maklumat, menjangka langkah serangan yang seterusnya, membaca teknikal dan taktikal pasukan lawan serta berusaha mencari ruang dan peluang untuk mengeksploitasi kelemahan lawan dalam gelanggang.



3. Permainan Pantas
Ruang gelanggang yang kecil memerlukan pemain bukan sahaja bermain dengan lebih cepat tetapi juga akan mereka untuk membuat keputusan dengan lebih cepat. Dalam futsal, anda hanya mempunyai masa yang amat terhad untuk memutuskan keputusan ke atas apa yang anda perlu lakukan dengan bola di kaki sebelum anda berhadapan dengan tekanan daripada pihak lawan. Situasi ini sememangnya dapat menggalakkan pemain untuk sentiasa bergerak dengan bola, menghasilkan ruang dan bekerjasama dengan pasukan untuk menggabungkan pelbagai kemahiran dan taktikal untuk menekan pihak lawan seperti short pass, diamond formation, power play dan sebagainya.

4. Kemahiran dan Kawalan Bola
Menurut salah seorang pakar dari Sao Paolo University iaitu Dr. Emilio Miranda, rata-rata pemain futsal akan menghasilkan sentuhan bola lebih 600% berbanding pemain bola sepak. Maka, ini sememangnya dapat membantu para pemain untuk menguasai sentuhan mereka pada bola dan akan memberi keyakinan untuk bertahan lebih baik serta memudahkan mereka melalui situasi One on One atau 1v1.

5. Kreativiti
Salah satu sebab penting bermain futsal ialah dapat menggalakkan para pemain untuk berfikir dengan kreatif dan berfikir luar dari kotak. Hal ini kerana, gelanggang sememangnya kecil dan anda pasti akan menyetuh bola lebih banyak. Hasilnya, anda akan mencuba hal-hal yang tidak pernah anda lakukan di padang bola sepak. Kreativiti ini boleh datang dalam pelbagai bentuk samada melalui pergerakan 1v1, hantaran sukar dijangka ataupun kemahiran menggelecek individu. 



“FUTSAL IS KING”
5 Sebab Mengapa Perlu Main Futsal Sejak Usia Kanak-Kanak 5 Sebab Mengapa Perlu Main Futsal Sejak Usia Kanak-Kanak Reviewed by Coach M on July 30, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.