Terdapat banyak faedah yang diterima oleh pelajar daripada kelas pendidikan jasmani di sekolah antaranya ialah menyumbang kepada pembentukan diri pelajar ke alam dewasa yang lebih bertanggungjawab akan diri sendiri dan menyedari bertapa pentingnya amalan gaya hidup yang sihat. Pelajar sekolah perlu mempunyai tahap pengetahuan yang lebih baik berkaitan dengan kesihatan keseluruhan supaya dapat membantu mereka membuat keputusan mengenai kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan diri mereka.
Kepentingan Pendidikan Jasmani
1. Aktiviti Kecergasan Dilakukan Dengan Kerap
Kecergasan fizikal adalah komponen penting dalam memimpin gaya hidup yang sihat. Melibatkan diri dalam aktiviti kecergasan membantu pelajar mengekalkan tahap kecergasan, membangunkan kekuatan otot dan meningkatkan kesihatan kardiovaskular. Aktiviti kecergasan juga meningkatkan penyerapan nutrien oleh badan, memperbaiki proses pencernaan dan meningkatkan proses fisiologi tubuh.
2. Membina Keyakinan Diri
Penyertaan dalam pendidikan jasmani di sekolah memberi pengaruh positif terhadap keperibadian, watak dan harga diri pelajar. Di samping itu, proses kerja dalam pasukan dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dan kemahiran yang diperlukan untuk bersama serta bekerjasama dengan pelajar yang berbeza latar belakang dari segi etnik, jantina dan personaliti.
3. Meningkatkan Kemahiran Motor
Pendidikan jasmani di sekolah adalah sangat penting untuk pembangunan kemahiran motor asas dan peningkatan refleks. Koordinasi mata tangan dapat diperbaiki serta pergerakan badan yang baik akan membantu dalam perkembangan tubuh badan yang sihat.
4. Kesihatan dan Nutrisi
Pendidikan jasmani juga mengajar pelajar tentang kepentingan kesihatan fizikal dan mental. Sekolah adalah platform terbaik di mana pelajar dapat belajar memahami tafsiran serta makna berat badan berlebihan, obesiti, penyakit kronik dan tentang diet pemakanan asas. Pendidikan jasmani dan kesihatan juga memberitahu pelajar tentang amalan diet pemakanan yang baik dan garis panduan penting untuk pemakanan yang seimbang.
5. Mengawal Tekanan dan Berseronok
Pelajar sekolah sememangnya mempunyai banyak tekanan disebabkan kerja rumah yang banyak, hal keluarga dan tekanan daripada rakan sebaya. Begitu juga dengan para guru yang mengalami keadaan yang sama. Oleh itu, penglibatan dalam sukan, aktiviti rekreasi atau lain-lain bentuk aktiviti kecergasan fizikal adalah salah satu kaedah untuk mengawal tekanan.
sumber: Ministry of Education, Guyana
sumber: Ministry of Education, Guyana
Kepentingan Pendidikan Jasmani Terhadap Pelajar Dan Guru
Reviewed by Coach M
on
July 28, 2019
Rating:
No comments: