Dimana-mana tempat pun, lelaki yang menjadi kegilaan para wanita adalah yang muda, kaya, ada pangkat mahupun pengusaha muda yang Berjaya. Adakah atlet itu tidak dapat membahagiakan? Tidak juga rasanya. Jadi mengapa tak mencuba untuk mendekati lelaki-lelaki yang suka bersukan atau yang mempunyai kerjaya sebagai atlet?. Atlet itu sebenarnya bukan sahaja orang yang bekerja dalam bidang sukan, tetapi saya sendiri melihat mereka sebagai individu yang teratur dan penuh dengan semangat ketika bersukan atau melakukan aktiviti fizikal. Mengikut beberapa artikel yang saya baca yang mana diterbitkan oleh pakar, memiliki pasangan seorang atlet itu bukan hanya kita dapat mengamalkan gaya hidup sehat, malah mereka yang bersukan ini nyatanya mampu menerapkan nilai kesukannannya kedalam tindakan yang baik ketika berhubungan. 6 sebab mengapa anda perlu bercinta dengan atlet ialah:
1. Berani berjuang
Cuba sahaja anda perhatikan wajah atlet atau peminat sukan ketika mereka sedang mengikuti sebuah pertandingan. Melalui pertandingan dan latihan, mereka sememangnya diajarkan untuk selalu berjuang “sampai mati”. Walaupun mereka tahu bahwa peluang untuk menang itu sangat tipis, tetapi mereka tetap berusaha untuk menyelesaikannya. Sifat seperti ini mampu menjadi kunci kebahagian dalam sebuah hubungan. Jujurnya, sesiapa sahaja pasti mahukan pasangan yang bersedia bertahan dan berjuang bersama untuk melalui fasa-fasa genting, susah senang bertahan bersama dan bukannya pasangan yang cepat menyerah dan mudah lepas tangan apabila menghadapi masalah walaupun kecil.
2. Perasaan saling memiliki
Seorang atlet tahu macam mana untuk bekerja dan berjuang bersama. Bagi mereka yang berada dalam satu pasukan, mereka ibarat keluarga. Mereka sentiasa akan bersama-sama berkongsi sukacita dan kekecewaan dalam sukan. Antara slogan yang biasa kita dengar ialah “menang sama-sama, kalah pun sama-sama”. Atlet mempunyai rasa saling memiliki dan kesetiaan terhadap pasukan mereka. Sekiranya semangat yang sama ini dimasukan ke dalam sebuah hubungan persahabatan, maka akan terbentuklah rasa kesatuan dan persahabatan yang kukuh bagi kedua pasangan.
3. Tujuan hidup seimbang
Seorang atlet memiliki tujuan hidup yang lebih nyata dan belum terlalu jauh memikirkan masa depan. Mereka mempunyai keseimbangan dalam menjalankan tujuan saat ini dengan latihan selanjutnya. Dalam hubungan, keseimbangan antara kenyataan masa kini dan rancangan masa depan dapat membantu menciptakan hubungan yang lebih seimbang bagi kedua belah pihak.
4. Berani berkorban
Para atlet sememangnya dilatih untuk melakukan apa yang harus mereka buat supaya tujuan mereka tercapai. Mereka berani berkorban untuk mencapai matlamat. Contohnya, sebelum mengharungi pertandingan, mereka rela berlatih dengan lebih tekun dan lebih masa dari kebiasaannya, melupakan seketika perkara yang diminati dan lain-lain. Sikap berani berkorban adalah hal yang penting untuk dimiliki oleh setiap orang untuk menjalankan hubungan yang lama.
5. Mempunyai pandangan yang luas
Perhatikan saat atlet bertanding. Mereka lebih mengutamakan kerjasama dan sanggup mengenepikan ego saat bermain. Kadang-kadang, mereka boleh saja pun menjaringkan gol sendiri, tetapi lebih memilih untuk menanti peluang yang lebih baik untuk mencapai kemenangan dan tidak terburu-buru. Bagi kita yang menonton, mungkin hal ini kelihatan bodoh, tapi kita kena analisiskan semula keadaan itu samada sesuai atau tidak. Hal ini kerana, mereka sejak awal lagi sudah menilai dan buat analisis singkat bagi semua sudut dan kemampuan diri untuk mengurangkan kesilapan. Mereka juga mempunyai gambaran yang lebih luas untuk menilai sesuatu. Dalam sebuah hubungan, sifat ini menunjukan yang seseorang yang tak ego serta punya pandangan yang luas dan dalam masa yang sama tetap fokus pada tujuan awalnya.
6. Memotivasi
Dalam mana-mana pertandingan pun, seseorang itu tak akan selalu berjaya terutamnya pada peringkat awal. Kadang-kadang, kegagalan itu sangat sering dihadapi. Namun begitu, seorang atlet itu tahu bagaimana cara untuk memotivasikan diri dan pasukan. Biasanya mereka akan menggunakan kenyataan positif untuk terus saling membantu menaikan semangat antara satu sama lain apalagi menghadapi saat kebimbangan. Sifat ini sangat sangat diperlukan dalam hubungan untuk kekal lama. Mereka dapat menjadi pasangan yang boleh memotivasikan dan support anda ketika mengalami kegagalan, masalah atau kebimbangan.
Sumber: Kompas.com
6 Sebab Mengapa Perlu Pilih Atlet Sebagai Pasangan
Reviewed by Coach M
on
July 13, 2019
Rating:
No comments: