Adakah Gaya Pemakanan Mempengaruhi Kesihatan Otak? – Jawapan


Dalam beberapa kajian yang dijalankan, pemakanan yang sihat seperti memakan buah-buahan, sayur-sayuran, lemak sihat dan bijirin penuh sebenarnya mempunyai kaitan dengan risiko kemurungan yang rendah dan bahkan mampu mengawal tekanan yang terlampau.

Walaupun penentu kepada kesihatan mental begitu kompleks, namun terdapat bukti baru yang muncul dan menarik untuk diketahui berkaitan dengan gaya pemakanan sebagai salah satu faktor penting dalam pengawalan berat badan dan masalah gangguan mental. Terdapat beberapa pengkaji menulis dalam kajian tentang hubungan antara gaya pemakanan terhadap kesihatan mental. Salah satunya adalah diterbitkan dalam Jurnal Perubatan Lancet, yang menunjukkan bahawa diet adalah penting dalam rawatan kerana ia melibatkan kardiologi, endokrinologi dan gastroenterologi.


Dalam satu kajian terbaru, Dietary Approaches to Stop Hypertension (DASH) yang mencadangkan diet rendah lemak tepu dan gula dalam makanan. Dapatan kajian tersebut mendapati bahawa amalan pemakanan sebegitu mampu mengurangkan risiko kemurungan di kemudian hari.

Selain itu, risiko untuk mengalami masalah tekanan dari masa ke masa adalah 11% lebih rendah di kalangan orang dewasa yang mengikuti diet DASH ini. Dalam diet pemakanan ini begitu mengutamakan makanan yang kaya dengan sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin dan produk tenusu rendah lemak. 

Dalam kajian yang sama juga, melalui soal selidik mengenai pemilihan makanan dengan gejala kemurungan, responden yang mengamalkan diet gaya Barat seperti pengambilan lemak tepu yang tinggi, daging merah dan buah-buahan serta sayur-sayuran yang rendah menunjukan keadaan yang lebih cenderung untuk mengalami kemurungan.

Jadi apakah hubungan antara diet dan kesihatan otak?


Kebanyakan orang pasti akan mengalami kemurungan dan tekanan atau apa yang disebut sebagai gangguan penyesuaian diri terhadap sesuatu keadaan yang sukar. Contohnya apabila anda kehilangan pekerjaan atau putus cinta.

Kemurungan disifatkan sebagai kehilangan keseronokan yang berterusan dalam perkara-perkara yang anda suka sebelumnya, cepat merasa keletihan dan putus asa, mengalami masalah tidur dan tidak tertarik dengan sesuatu yang anda minat sebelumnya.

Oleh kerana apa yang orang makan akan membekalkan nutrien yang diperlukan oleh tubuh, maka apabila nutrient tersebut tidak cukup itu akan mempengaruhi pelbagai fungsi tubuh. Melalui hal ini anda tahu bahawasanya ia logik untuk menyatkan diet pemakanan akan mempengaruhi proses kimia tubuh dan juga mood. Kelengkapan diet yang diambil seterusnya akan memperbaiki seluruh tubuh dan dalam pada masa yang sama akan meningkatkan fungsi otak secara keseluruhannya.

Apabila anda berasa lebih baik dengan pengurangan diet untuk menurunkan berat badan atau menyelesaikan masalah yang anda alami, hal itu boleh memberi kesan kepada mood anda juga. Hal ini demikian kerana, apabila anda melakukan perubahan dalam gaya hidup sihat dengan cara yang kurang tepat atau terlalu drastik, maka peningkatan kemurungan akan berlaku. Anda juga perlu tahu, pemakanan juga mempengaruhi sistem imun yang telah dibuktikan dapat mempengaruhi risiko kemurungan.

Diet DASH dan Diet Mediterranean 

Diet ini merupakan diet pemakanan yang memberikan tahap kesihatan otak yang baik iaitu dengan fokus pada makanan seperti minyak zaitun, ikan dan sayur-sayuran dan maknan yang kaya dengan anti keradangan.

Tomato, minyak zaitun, sayur-sayuran berdaun hijau, kacang, ikan seperti salmon dan sardin serta buah-buahan seperti jeruk dan strawberi adalah makanan yang diyakini dapat mengatasi masalah keradangan berdasarkan kajian.

Makanan seperti roti putih, marjerin, daging merah, daging yang diproses dan makanan bergoreng boleh menyebabkan keradangan di dalam badan. Maka ia harus dimakan secara minimum atau dielakkan.




sumber: abcNEWS
Adakah Gaya Pemakanan Mempengaruhi Kesihatan Otak? – Jawapan Adakah Gaya Pemakanan Mempengaruhi Kesihatan Otak? – Jawapan Reviewed by Coach M on July 24, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.