Sebelum kita membahas tentang 5 jenis makanan penurun berat badan. Perlu kita fahami bahawa kita tidak seharusnya memakan 5 jenis makanan ini sahaja setiap hari kerana ia bukan lah makanan magic atau super. Kita juga perlu memakan makanan lain untuk memenuhi keperluan nutrisi tubuh kita secara menyeluruh.
Alasan mengapa kita perlu memakan 5 jenis makanan ini adalah untuk menyokong keperluan tenaga harian dan melengkapkan jumlah nutrisi yang tubuh kita perlukan disamping ia juga sangat mudah untuk disiapkan dan hidang serta enak tentunya.
Artikel ini disediakan agar anda dapat membuka minda serta membantu anda yang ingin atau sedang dalam program diet. Ia juga dapat dijadikan motivasi dan inspirasi untuk anda agar dapat menjalani program diet dengan lebih teratur dalam jangka masa panjang dan kemudiannya menjadikan ia sebagai gaya hidup harian.
Namun begitu, sekali lagi kita diingatkan bahawa 5 jenis makanan ini bukan makanan super atau magic. Maka dengan itu bukan berarti dengan anda memakan 5 jenis makanan itu sahaja anda akan dapat menurunkan berat badan dengan cepat atau lebih banyak.
Kalau anda makan makanan ini tapi masih juga makan melebihi jumlah keperluan kalori harian anda maka sama sahaja akibatnya iaitu tidak akan ada perubahan terhadap berat badan anda. Sila catat !
5 MAKANAN PENURUN BERAT BADAN
1. Produk Susu
Dua produk susu yang paling popular dalam kalangan mereka yang sedang menjalani program diet adalah susu rendah lemak dan whey protein. Ini adalah produk yang hampir setiap kali mereka ambil. Kedua-dua produk susu ini penting bagi membekalkan nutrisi seperti protein terhadap tubuh badan anda dan membantu menahan rasa lapar yang lebih lama serta ia merupakan sumber makanan yang rendah kalori dan gulanya.
Kedua-dua produk ini sangat berguna untuk melengkapi makronutrient karbohidrat, lemak dan protein (utama). Produk susu umum kita ketahui ia sangat tinggi dengan sumber protein. Ia juga sangat mudah untuk didapati dan disediakan dalam masa yang singkat. Skimmed milk merupakan pilihan terbaik untuk anda sekiranya menjalani program diet kerana ia sangat rendah lemak bahkan sama sekali tiada lemak.
Manakala bagi whey protein pula, semua jenis jenama adalah bagus namun bagi anda yang fokusnya ingin menurunkan berat badan maka jenis whey yang anda perlu pilih adalah yang mengandungi jumlah gula yang rendah. Seandainya anda berasa lapar pada waktu malam maka ia menjadi sumber yang baik yang mengenyangkan jika dibandingkan anda makan makanan yang mengandungi tinggi karbohidrat.
2. Daging Ayam
Ini juga sumber protein paling popular dalam kalangan mereka yang menjalani program diet. Bahagian daging yang paling banyak diambil adalah bahagian dada yang mengadungi tinggi protein serta sangat rendah lemak. Sekiranya anda kurang gemar dengan dada ayam, maka pilihan kedua anda adalah bahagian paha yang juga memiliki rendah lemak. Ayam merupakan antara sumber protein yang sering kali kita temui setiap hari bahkan harganya yang murah. Bayangkan dalam 100g dada ayam sahaja mengandungi 30g protein dan 7g lemak. Lebih tinggi jika dibandingkan dengan whey protein yang mengandungi 24g -26g protein per sajian.
Jika dibandingkan dengan daging lembu atau sapi, jumlah protein setiap 100g adalah 26g sahaja dan 12g-15g lemak lebih tinggi. Walaupun perbezaan lemak sekitar 9g-10g sahaja namun ia tetap mengandungi 90 -95 kalori. Nampak sahaja jumlah kalori lemaknya yang sedikit namun jika jumlah kalori dikumpul per minggu sudah tentunya jumlahnya akan menjadi lebih tinggi.
Nota: Sumber protein akan berkurang jika dipanaskan pada suhu 50-60 darjah, maka penyajiannya jangan digoreng. Pilihan cara penyajian terbaik adalah dengan merebus, kukus, panggang atau sup dengan sedikit atau tanpa minyak.
3. Nasi Putih
Kenapa perlu nasi putih? Kenapa bukan nasi merah? Sebabnya dirumah kita yang paling mudah dijumpai dan hari-hari dihidangkan memang nasi putih. Betul? Nasi putih dengan kehidupan kita seharian memang tidak boleh dipisahkan dan itu faktanya. Lagi pula andaikan anda cuma makan nasi merah setiap hari tetapi jumlahnya banyak melebihi jumlah kalori harian anda apa bezanya? Sama sahaja tidak akan menurunkan berat badan anda.
Jika ada yang mengatakan nasi putih tinggi Indek Glisemik (GI), meningkatkan gula darah, menggemukan, gula 100% atau ada yang kata tiada khasiat langsung, iya kenyataan itu semuanya betul cuma kurang tepat. Kenapa kurang tepat? Banyak atlet yang mempunyai tubuh yang baik sejak dulu hingga ke hari ini yang memasukan nasi putih dalam diet harian mereka. Yang menjadi masalahnya adalah pengambilan nasi putih yang melebihi keperluan tubuh kita. Itu adalah punca yang membuatkan orang memandang nasi putih itu buruk. Anda masih boleh makan nasi putih dengan syarat:
i. Sederhana
ii. Melakukan aktiviti fizikal harian konsisten,
iii. Tidak dimakan pada waktu malam,
iv. Tidak dimakan bersama mee segera
v. Tidak dimakan sambil minum apa-apa jenis air manis bergula
vi. JANGAN DIGORENG!
Nota: Cara terbaik makan nasi putih untuk menstabilkan GI nya, makanlah dengan sederhana dan perbanyak jumlah protein dan sayur-sayuran dalam pinggan anda.
4. Sayur Dan Buah
Jika anda menolak dua jenis makanan ini dalam makanan harian anda, harapan anda untuk mendapatkan tubuh impian tidak akan dapat dicapai. Dalam banyak-banyak sumber makanan, dua ini adalah sangat penting, mudah kata ia adalah kehidupan anda.
Bagi anda yang ingin mengurangkan jumlah asupaan karbohidrat daripada makanan lain, maka sayur dan buah adalah pilihan terbaik. Sayur merupakan sumber karbohidrat yang langkap kerana ia mengandungi tinggi serat bahkan boleh dikatakan hampir sifar kalori. Manakala buah-buahan pula antara sumber gula yang baik untuk tubuh berbanding gula pasir yang langsung tiada khasiat dan buah juga seratnya lebih tinggi.
Bayangkan saja tanpa anda perlu membeli supplemen atau vitamin yang mahal harganya, anda sudah dapat memenuhi keperluan mikronutrien anda hanya dengan makan sayur dan buah. Contohnya vitamin C, mineral, zink, besi, dan sebaginya. Ia membantu sistem pencernaan, sistem kekebalan tubuh dan fungsi tubuh yang lainnya dengan lebih baik.
5. Minyak Masak
Ramai mereka yang sedang menjalani program diet langsung menjauhkan yang namanya minyak atau lemak. Sedangkan tubuh sangat memerlukan lemak untuk fungsi organ, enzim dan sel-sel supaya dapat berfungsi dengan lancar. Selain itu, lemak juga akan tukarkan kedalam bentuk asid lemak bebas (FFA) sebagai sumber tenaga cadangan sekiranya ketiadaan glukosa.
Namun apa yang menjadi kesalahfahaman orang sebenrnya adalah pemilihan jenis sumber minyak atau lemak yang baik. Minyak yang boleh diambil adalah minyak yang tidak diproses terlalu banyak seperti minyak zaitu, canola oil, minyak bijan, minyak kelapa, pure butter, pure cheese, buah avokado dan sebagainya.
Cara penyajian minyak pula jika boleh jangan dibuat ‘deep fried’. Paling baik adalah dijadikan ‘topping’ diatas salad, sayur-sayuran, dada ayam, menggoreng telur dengan api rendah, menumis sayur-sayuran atau rempah dapur dan sebagainya.
Bagaimana jika sumber tersebut semuanya tiada? Bagaimana yang ada cuma minyak sawit atau minyak goreg biasa? Iya anda masih boleh menggunakannya untuk menggoreng telur, dada ayam atau menumis DENGAN SYARAT tidak melebihi 1-2 sudu kecil.
Program diet cuma sebuah peraturan yang menghadkan anda daripada makan melebihi jumlah kalori harian. Diet yang paling baik untuk jangka masa panjang adalah makan apa yang ada dihadapan anda dengan syarat tidak melebih jumlah kalori harian anda. Anda tidak perlu terlalu mengikuti program diet tersebut 100% secara terpaksa kerana ia hanya boleh bertahan sebulan dua dan kemudian ada akan kembali ke tabiat asal jika anda tidak menyukainya.
Maka dengan itu, lalui saja dengan tenang dan jangan terlampau membebankan fikiran anda dengan makanan. Andai kata pada hari itu anda sukar membuat keputusan untuk memilih makanan, puasakan saja diri anda itu lebih baik.
Ini hanyalah sebuah perkongsian. Anda tidak semestinya mengikuti semuanya. Namun ia dapat membantu anda untuk lebih menikmati proses diet dengan tenang.
PROSES PENURUNAN BERAT BADAN ITU SEBUAH PERJALANAN BUKAN LARIAN. SANTAI !
5 Makanan Penurun Berat Badan
Reviewed by Coach M
on
July 23, 2020
Rating:
No comments: