Adakah makanan yang tinggi serat mengurangkan risiko kanser?


Jika anda tanya adakah makanan yang kaya dengan serat dapat membantu mengurangkan risko kanser maka jawapannya adalah YA. Hal ini demikian kerana, apabila anda makan makanan yang tinggi serat, contohnya seperti sumber makanan daripada gandum seperti roti gandum (wholemeal) atau beras perang, ia dapat mengurangkan risiko kanser usus.

" Menurut Perunding Klinikal Onkologi, Institut Kanser Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Mastura Md Yusof, berkata secara amnya, ada pelbagai jenis kanser yang boleh membawa maut, tetapi paling lazim dalam kalangan wanita adalah kanser payudara dan serviks. Katanya, bagi lelaki pula adalah kanser paru-paru dan usus." - bharian.com

Berikut adalah kenyataan tentang kanser utama yang menyerang orang masyarakat di Malaysia dimana seperti yang dinyatakan kanser usus antara kanser yang kerap juga berlaku.  

Maka dengan itu, hanya dengan membuat beberapa pertukaran mudah dalam diet pemakanan anda dengan meningkatkan pengambilan makanan berserat.

Apa itu serat?

Serat adalah istilah umum yang digunakan untuk sekumpulan karbohidrat yang tidak dapat dipecahkan dengan mudah dan ia bergerak melalui usus. Berdasarkan apa yang kita tahu setakat ini, serat keseluruhan gandum adalah yang terbaik untuk mengurangkan risiko kanser anda. Walaupun begitu, buah-buahan dan sayur-sayuran juga antara makanan yang tinggi dengan serat yang baik untuk sistem dalaman tubuh anda. Maka anda masih mempunyai banyak pilihan sekiranya anda kurang gemar dengan mana-mana jenis makanan tinggi serat yang telah dinyatakan. 

Bagaimana kanser usus bolah dicegah dengan makanan yang tinggi serat?

Sebenarnya ada beberapa cara serat dapat mengurangkan risiko kanser usus.
Antaranya ialah serat membantu anda untuk membuang tinja (najis) dengan lebih kerap, meningkatkan saiz tinja dan mencairkan kandungannya. Maka dengan itu, bahan kimia yang berbahaya dalam tubuh akan dikandung dalam usus dengan lebih singkat dan cepat disingkirkan dari tubuh anda.

Apabila serat bertembung dengan bakteria di dalam usus, maka bakteria ini akan membentuk suatu sifat kimia yang dipanggil sebagai Butyrate. 

Butyrate ialah rantaian pendek asid lemak utama yang dihasilkan semasa tindak balas penapaian flora-mediated serat makanan di dalam usus. Kekacang (kacang, kacang, dan kacang soya), buah-buahan, kacang-kacangan, bijirin dan biji-bijian adalah sumber makanan berserat yang baik. Butyrate juga terdapat dalam mentega dan keju. 

Pentingnya Butyrate ini adalah ia membantu sel-sel dalam usus anda untuk kekal sihat, supaya kanser mempunyai keupayaan yang kurang untuk terbentuk. 

Bagaimana cara meningkatkan pengambilan serat?

Banyak makanan yang tinggi dengan serat termasuklah buah-buahan, sayur-sayuran dan gandum. Semua makanan ini mempunyai serat yang tinggi, namun makanan yang mempunyai bukti terkuat untuk mengurangkan risiko kanser adalah gandum (wholegrains). Gandum merupakan makanan seperti beras perang, pasta gandum, oat dan roti gandum.



Cara meningkatkan pengambilan serat anda:
  1. Menukar beberapa makanan harian seperti roti, pasta atau beras kepada jenis yang wholegrains atau perang
  2. Memasukan buah-buahan dan sayuran-sayuran dalam setiap hidangan. Ulam-ulaman dan sayur-sayuran segar adalah yang terbaik dan lebih murah.
  3. Mencampurkan kekacang dalam masakan atau setiap hidangan makanan berdaging. 


Perlukah anda mengambil suplemen serat?

Bukti kajian yang dijalankan setakat ini telah menunjukan bahawa makanan tinggi serat yang mempunyai manfaat mengurangkan risiko kanser dan bukannya makanan tambahan. Walau bagaimanapun suplemen serat mungkin sesuai untuk sesetengah orang dalam keadaan perubatan tertentu. 

Untuk anda yang sihat, cara terbaik untuk meningkatkan pengambilan serat adalah dengan membuat perubahan dalam diet pemakanan anda dengan mengambil lebih banyak makanan yang tinggi serat terutama gandum.




sumber : Cancer Research UK
                Bharian.com

Adakah makanan yang tinggi serat mengurangkan risiko kanser? Adakah makanan yang tinggi serat mengurangkan risiko kanser? Reviewed by Coach M on July 27, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.