Memancing Aktiviti Membuang Masa? Fikirkan Semula

sumber: kakipancing_malaysia
Memancing sebenarnya mampu untuk merawat masalah dalaman seperti kebahagiaan dan kedukaan selain untuk kesihatan tubuh. Kajian yang dibuat menunjukkan kesan yang positif terhadap aktiviti memancing kerana dikatakan dapat menjana imej positif ke atas mood dan tingkah laku anda. Bolehkah kita mengaitkan imaginasi dan tumpuan untuk mendapatkan minda yang lebih positif?

Bukti terkini yang mana penggunaan isyarat gambaran telah menunjukkan bahawa pergerakan mental dapat menghasilkan kesan yang lebih baik terhadap emosi berbanding menggunakan bahasa lisan seperti kata-kata, monolog dan sebagainya. Salah satu cara meningkatkan imaginasi dan tumpuan menggunakan gambaran adalah memancing kerana anda lebih banyak melihat keadaan sekeliling dan memberi fokus terhadap persekitaran berbanding anda mendengar kata-kata nasihat daripada orang lain.

Sebenarnya, memancing adalah satu sukan yang menarik dan dalam pada masa yang sama dapat dijadikan aktiviti santai dikala punya masa terluang. Ia juga merupakan cara yang sesuai dan sering diabaikan bagi kesihatan tubuh. Anda jangan silap, memancing juga sama seperti sukan intensiti rendah dan sederhana yang mana dapat membakar kalori sambil anda berseronok. Bahkan juga, ia amat sesuai bagi anda yang mengamalkan gaya rehat aktif ketika menjalani program latihan. Ramai orang menganggap aktiviti memancing ini bermaksud hanya duduk di dalam bot sementara menunggu ikan memakan umpan. Sebaliknya, ia boleh menjadi lebih daripada itu jika anda mengikuti cara para pemancing sebenar.

Pada hakikatnya, terdapat banyak jenis aktiviti memancing yang mencabar secara fizikal dan mental. Bermula daripada menerjah hutan, paya, pinggir pantai dan lubuk-lubuk ikan semakin meningkatkan keupayaan fizikal dan mental. Contohnya apabila memasuki hutan yang baru diterjah, mendayung sampan atau berkayak di sungai-sungai terbuka dan sebagainya. Sekiranya anda mencari jalan untuk mengatasi tekanan, kesihatan dan beraktiviti di luar, maka aktiviti memancing sesuai untuk anda.

Manfaat Memancing

Salah satu faedah memancing adalah ia merupakan cara terbaik untuk aktviti fizikal anda. Perlu ingat juga, anda tidak akan membakar banyak kalori sekiranya anda hanya duduk sambil minum atau makan makanan yang tidak sihat. Tetapi gaya hidup aktif  dengan menerjah semak-semak, kawasan sungai atau mendaki di kawasan tasik adalah cara yang tidak langsung untuk anda bersenaman tanpa perlu pergi ke gym atau kelas senaman. Dianggarkan bahawa rata-rata seseorang dengan jisim badan dan tahap kesihatan yang sederhana akan membakar kira-kira 250 kalori dalam sejam berjalan kaki di atas treadmill atau di trek.

Cuba anda fikirkan bagaimana pula dengan aktviiti memancing secara aktif yang melibatkan beberapa aktiviti seperti mendayung melawan arus dalam aliran air, mendaki, berulang kali menghayun joran, mendaki atau melompat di kawasan tertentu dan menarik tarikan ikan yang lumayan besar. Dianggarkan bahawa walaupun memancing secara santai dapat membakar dua kali lebih banyak kalori dalam tempoh satu jam. Masa yang diperlukan di gym sangat sangat apabila untuk latihan jangka pendek dengan intensiti tinggi. Akan tetapi, ia menjadi sukar untuk orang yang tidak biasa mengangkat berat. Untuk aktif maka tidak perlu melakukan tugas yang spesifik. Hal ini kerana, semasa anda memancing pagi atau petang, anda masih boleh membakar 500 - 1.500 kalori tanpa anda sedar.


sumber: www.fix.com

Walaupun memancing dikatakan dapat membakar sejumlah kalori, tetapi perlu anda ingat juga, ia bukanlah satu cara yang terbaik untuk membakar kalori sepertimana anda melakukan latihan dan senaman yang teratur kerana pembakaran kalori yang efisyen sangat bergantung kepada jenis, kekerapan, intensiti dan masa yang anda gunakan semasa bersenam. Walaupun begitu, antara manfaat lainnya juga ia secara tidak langsung dapat memperbaiki tahap kecergasan kardiovaskular anda serta menguatkan kumpulan otot-otot kecil yang biasanya kita tidak gunakan dan sukar dilatih ketika dalam gym. Ia juga membantu kita meningkatkan kemahiran motor halus.

Disamping itu, meredah kawasan bersemak dan berbatu atau laluan yang sempit dan licin sambil menentang arus di sungai akan membantu meningkatkan tahap keseimbangan anda, membina kekuatan pada otot-otot dan tendon kecil pada kaki, buku lali, betis dan lutut. Mendaki lereng curam atau tebing sungai dapat membina kekuatan pada otot besar kaki, seperti quadriceps dan hamstring. Para pemancing terbaik belajar untuk meningkatkan tahap ketepatan balingan (casting) adalah melalui praktis yang berulang. Hal ini membantu membina koordinasi mata dan menguatkan otot-otot kecil di tangan, pergelangan tangan, lengan seperti biceps dan triceps serta bahu.

Memancing juga adalah satu aktiviti yang boleh dikatkan sebagai teknik pemulihan emosi yang berdampak rendah. Ia telah digunakan secara meluas sebagai terapi pemulihan oleh ahli psikologi, kaunselor dan terapi fizikal. Aktiviti memancing ini mampu menjadi salah satu terapi kecederaan atau rawatan kerana ia menenangkan, dilakukan berulang, kesan impak rendah dan membantu anda mendapatkan semula kekuatan dan penggunaan otot yang lemah.

Kesimpulannya, memancing bukan hanya satu cara yang terbaik untuk anda terus aktif dan sihat tetapi juga merupakan aktiviti yang sempurna untuk membantu menenangkan minda anda, berehat dan melepaskan tekanan kerja.

Memancing Aktiviti Membuang Masa? Fikirkan Semula Memancing Aktiviti Membuang Masa? Fikirkan Semula Reviewed by Coach M on July 25, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.