Rutin Makan Tauhu Untuk 5 Manfaat Ini


Tauhu terbuat daripada kacang soya. Ia secara semula jadi bebas gluten dan rendah kalori. Ia tidak mengandungi kolesterol dan merupakan sumber besi dan kalsium yang sangat baik. Ia juga mengandungi isoflavones seperti fitoestrogen. Isoflavon dalam tauhu mungkin mempunyai sifat estrogen-agonis atau estrogen-antagonis. Ini boleh membantu mencegah sesetengah kanser, penyakit jantung dan osteoporosis. Ia juga mengandungi sejumlah kecil thiamin, riboflavin, niacin, vitamin B-6, kolin, mangan, dan selenium.

Satu blok tauhu keras, berat 122 gram (g) mengandungi:

177 kalori
5.36 g karbohidrat
12.19 g lemak
15.57 g protein
421 mg kalsium
65 magnesium
3.35 mg besi
282 mg fosforus
178 mg kalium
2 mg zink
27 mikrogram (mcg) folat, DFE

1. Mencegah Penuaan Awal
Manfaat yang ada pada tauhu ini bagi kesihatan kulit adalah ia dapat mengencangkan otot muka dan membuat kulit jadi kekal tegang. Apabila kulit muka sentiasa tegang maka ia dapat memperlambatkan proses penuaan. Selain itu, vitamin dan protein yang ada pada tauhu ini sangat diperlukan untuk mengekalkan keanjalan kulit disamping mengencangkan otot-otot muka.

2. Mengurangi Risiko Kanser
Tauhu mengandungi isoflovan yang dapat mencegah menopause terlalu awal dan membantu mengurangi risiko kanser payudara dan prostat. Selain itu juga, dengan adanya kandungan selenium dalam tauhu bermanfaat sebagai antioksidan.

3. Mencegah Osteoprosis
Kandungan kalsium dalam tauhu merupakan bahan utama dalam pembentukan tulang serta memperlambat pengeroposan tulang. Oleh itu, kanak-kanak dan orang dewasa sangat dianjurkan untuk memakan tauhu bagi proses pertumbuhan.

4. Mengawal Berat Badan
Bagi mereka yang sedang menjalani program diet, maka tahu merupakan makanan yang sangat disyorkan untuk diambil secara rutin. Hal ini kerana, ia mampu menurunkan kadar kolesterol jahat yang ada di dalam tubuh selain fungsinya sebagai sumber tenaga. 

Rutin Makan Tauhu Untuk 5 Manfaat Ini Rutin Makan Tauhu Untuk 5 Manfaat Ini Reviewed by Coach M on July 23, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.