Apa Itu Otot Hamstring?


Kecederaan Hamstring? Anda sering kali mendengar, membacanya dan adakala menonton berita-berita sukan tentang kecederaan hamstring dalam kalangan atlet. Kecederaan hamstring bukan sahaja berlaku kepada atlet amatur atau remaja malah berlaku juga terhadap atlet professional. Kenapa boleh begitu sedangkan atlet professional sememangnya well trained?? Itulah persoalannya. Tetapi jawapan yang paling boleh diterima adalah ia berlaku disebabkan oleh faktor tertentu seperti impak, bebanan, kontak, kesilapan teknik dan lain-lain. Kecederaan hamstring ini sering sahaja menghantui pemain-pemain bola sepak biasanya. Tapi adakah anda benar-benar mengetahui hal berkaitan hamstring ini? Berikut ini adalah beberapa fakta menarik tentang hamstring:

1. Hamstring sebenarnya merupakan 3 otot utama iaitu bicep femoris, semitendinosus dan semimembranosus. Otot-otot ini mengunjur dari bahagian pelvis (pinggang) manusia yang merentasi sendi lutut sehingga berakhir sama ada di tulang fibula (tulang keting) mahupun tulang tibia (belakang keting) bergantung kepada jenis otot yang tiga itu. 


2. Otot hamstring berfungsi untuk menahan kaki yang memijak tanah ketika seseorang pemain itu sedang memecut dan dalam masa yang sama menganjalkan pergerakan pinggang supaya kaki yang satu lagi dapat maju ke hadapan.

3. Kecederaan pada otot hamstring selalunya berlaku apabila pemain memaksimumkan penggunaan otot hamstring dan mencapai kepanjangan otot pada tahap yang melebihi daripada batasan kerjanya.
4. Peningkatan umur mampu mempengaruhi kekuatan otot hamstring. Semakin tua seseorang pemain itu, maka semakin mudah dia mendapat kecederaan hamstring.

5. Selain itu, sekiranya pemain yang pernah mengalami kecederaan jenis pada sebelumnya, maka mereka amat berisiko tinggi untuk mengalami kecederaan yang sama pada masa akan datang.

6. Dinilai sebagai tahap yang serius, koyakan pada otot hamstring juga boleh berlaku. Ini boleh terjadi kerana daya otot pemain ke suatu arah ditentang oleh daya yang lebih kuat seperti permukaan padang atau daya dari pemain lawan ketika terjahan. Tentangan ini boleh menyebabkan koyakan pada tisu otot oleh kerana otot mengalami ketegangan yang melebihi kemampuannya.

7. Seorang atlet gimnastik lebih berisiko rendah untuk mengalami kecederaan jenis ini berbanding pemain bola sepak kerana atlet ini mempunyai daya regangan otot semulajadi yang amat tinggi dan mereka mempunyai otot yang lebih fleksibel.




8. Kecederaan ini kadang kala akan merangkumi lebih daripada satu otot hamstring. Jadi, jika satu otot hamstring ini mengalami kecederaan, 2 otot lagi berisiko mengalami kecederaan yang sama. Hal ini berlaku kerana ketiga-tiga otot tersebut bekerja sebagai satu unit. Sekiranya salah satu daripada otot ini cedera, maka bebanan dan impak berlebihan akan ditampung oleh kedua-dua otot tersebut. Sudah semestinya dua otot yang masih berfungsi akan kurang mampu untuk menampung bebanan dan impak tubuh berbanding gabungan tiga otot dalam satu unit yang lebih kukuh.  

9. Pemain yang masih keletihan dan belum mempunyai tahap kecergasan yang baik berkemungkinan besar untuk mendapat kecederaan hamstring kerana keletihan sering mengundang kepada kesilapan otak untuk menentukan daya otot yang harus diambil kira ketika berlari ataupun melakukan apa-apa lakuan.

Sumber: http://orthopedics.about.com
              http://www.sportsinjuryclinic.net

Apa Itu Otot Hamstring? Apa Itu Otot Hamstring? Reviewed by Coach M on July 31, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.