Kenali Jenis-Jenis Tulang Yang Terdapat Pada Tubuh Anda



Tulang-tulang pada sistem rangka diklasifikasikan mengikut bentuk dan pembentukannya. Terdapat enam jenis tulang iaitu:

1. Tulang Panjang

  • Panjangnya melebihi kelebaran atau ketebalannya
  • Mempunyai dua hujung (epifisis) dan badan atau syaf (diafisis)
  • Badan atau syaf dibentuk oleh tulang padat dan dilapisi tulang spongiosa dan terdapat rongga di tengahnya. Di dalam rongga ini terdapat sumsum
  • Bahagian hujungnya lebih besar daripada bahagian syaf
  • Contoh bagi tulang panjang pada anggota di antaranya adalah klavikel, ulna, metakarpus tibia, fibula dan femur
  • Tulang panjang biasanya terbentuk daripada tulang rawan.

2. Tulang Pendek

  • Mempunyai dimensi yang lebih kurang sama
  • Komponen tulang pendek adalah tulang spongiosa, sumsum dan diliputi oleh lapisan tulang padat yang nipis
  • Berkembang daripada tisu rawan
  • Contoh bagi tulang pendek ialah tulang karpus tangan dan tulang karsus kaki.


3. Tulang Pipih / Rata

  • Terdiri daripada dua lapisan tulang padat iaitu tulang spongiosa dan sumsum
  • Berkembang daripada tisu mesenkima
  • Contoh tulang pipih adalah sternum, skapula dan kebanyakan tulang tengkorak
4. Tulang Tidak Teratur (Tidak simetri)

  • Bentuk tulang ini tidak teratur atau campuran
  • Dibentuk oleh tulang spongiosa dan sumsum serta diliputi lapisan nipis tulang padat
  • Sebahagian daripada tulang ini amat nipis dan terdiri keseluruhannya daripada tulang padat
  • Berkembang daripada rawan
  • Contoh tulang tidak teratur adalah tulang vertebra, tulang pinggul dan beberapa tulang tengkorak yang mempunyai bentuk tidak teratur seperti sfenoid dan maksila.


5. Tulang Pneumatik

  • Dibentuk oleh tulang spongiosa dan dilitupi oleh tulang padat
  • Terdapat kaviti berongga atau sel-sel udara pada tulang spongiosa
  • Ringan kerana terdapat udara dalam kavitinya
  • Contoh bagi tulang pneumatik termasuklah tulang frontal, etmoid dan temporal.

6. Tulang Sesamoid

  • Sesamoid membawa maksud biji
  • Tulang sesamoid terbentuk dalam beberapa tendon
  • Contoh tulang sesamoid adalah tulang patela di hadapan lutut yang terletak dalam tendon kuadriseps femoris.


Kenali Jenis-Jenis Tulang Yang Terdapat Pada Tubuh Anda Kenali Jenis-Jenis Tulang Yang Terdapat Pada Tubuh Anda Reviewed by Coach M on August 01, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.