Adakah anda tertanya-tanya apa perlu anda buat apabila jatuh sakit? Kebanyakan orang akan berhadapan dengan cara yang kurang tepat untuk mengatasi hal tersebut. Mereka sering tidak mengutamakan perkara paling penting untuk mencapai kadar penyembuhan yang cepat. Empat panduan mudah ini sesuai untuk anda ikuti:
1. Tingkatkan pengambilan protein
Apabila jatuh sakit, peluang untuk anda melakukan kerja-kerja rutin akan terganggu dan agak lemah. Maka sesuailah dengan meningkatkan pengambilan protein untuk membantu mengekalkan jisim otot tertutamanya bagi anda yang kaki gym. Dengan memastikan anda mengambil cukup protein daripada biasa sememangnya mampu mengurangkan masalah pengurangan jisim otot anda.
2. Tingkatkan pengambilan sayur-sayuran
Makan pelbagai jenis sayur-sayuran mampu meningkatkan kandungan nutrient yang anda perlukan untuk pemulihan yang cepat. Selain itu, tambah juga makanan yang mengandungi prebiotic dan probiotic kerana ia dapat membantu menggalakkan kerja-kerja bakteria baik.
3. Makan banyak sumber vitamin C
Makanan-makanan atau supplimen yang mengandungi kandungan vitamin C mampu mengurangkan tempoh pemulihan kecederaan dan juga mengurangkan gejala-gejala yang disebabkan oleh kesejukan.
4. Jangan mengambil jumlah kalori terlalu rendah
Alasan mengapa anda tidak digalakkan untuk menggurangkan jumlah kalori adalah kerana tubuh anda memerlukan semua jenis vitamin dan mineral penting untuk menyembuhkan sakit dengan lebih cepat. Pengambilan nutrisi yang baik membolehkan tubuh kita untuk memberi respon kepada kuman dengan lebih cepat dan efisyen. Sel-sel pada sistem imun tubuh memerlukan banyak vitamin, mineral dan makronutrien untuk berfungsi dengan baik.
5. Tidur yang cukup
Tidur merupakan kunci utama dalam fasa penyembuhan. Pastikan anda rehat dan tidur sekurang-kurangnya 7-9 jam.
Jaga Pemakanan Semasa Sakit Agar Cepat Sihat
Reviewed by Coach M
on
July 23, 2019
Rating:
No comments: