1. Membantu Mengurangi Stres
Timun kaya dengan vitamin terutamnya vitamin B kompleks yang meliputi vitamin B1, B5 dan B7. Kumpulan vitamin ini bekerjasama dalam merelaksasikan sistem saraf dan membantu meredakan masalah panik dan bimbang yang disebabkan oleh stress.
2. Membantu Menurunkan Berat Badan
Timun juga telah menjadi buah yang penting bagi anda yang ingin menurunkan berat badan. Namun begitu, makan timun sahaja tidak akan membantu menurunkan berat badan tanpa senaman yang teratur dan penjagaan pengambilan kalori. Walaupun begitu, pengambilan timun dapat membantu diet anda kerana ia tidak akan mendorong kepada pertambahan berat badan. Selain itu, ia dapat membantu anda menghadkan pengambilan makanan yang tidak berkhasiat atau makanan segera secara berlebihan.
3. Membantu Meningkatkan Kesihatan Otak
Timun mengandungi flavonoid anti-inflamasi yang bagus untuk meningkatkan kesihatan otak. Flavonoid membantu meningkatkan perhubungan antara neuron hingga dapat meningkatkan fungsi kognitif anda. Selain itu, ia bukan sahaja dapat membantu dalam menjaga ingatan, tetapi juga ia dapat melindungi sel-sel saraf daripada kerosakan yang dipengaruhi oleh usia.
4. Meningkatkan Proses Pencernaan
Timun juga kaya dengan serat dan air. Menyihatkan sistem pencernaan dengan mudah hanya dengan menambah timun dalam salad dan mecampur sedikit cuka epal. Hal ini dikatakan sesuai bagi sistem pencernaan kerana dapat membantu mencegah asid berlebihan. Timun ini juga dikatakan dapat membantu mengurangi kadar pH pada perut serta membantu mengatasi masalah sembelit.
5. Meningkatkan Kesihatan Ginjal
Salah satu manfaat utama memakan timun secara rutin dapat membantu mengurangi asid dalam sistem tubuh. Hal ini akan menjadikan ginjal anda tetap dalam keadaan yang baik. Selain itu juga, timun dapat dijadikan sebagai ubat semulajadi untuk membersihkan ginjal daripada sebarang racun serta melarutkan batu ginjal yang kecil.
Manfaat Makan Timun Setiap Hari
Reviewed by Coach M
on
July 23, 2019
Rating:
No comments: