TIPS KURUS 15KG SELEPAS RAYA - LELAKI DAN WANITA


Pengaturan diet pemakanan merupakan kunci utama dalam menurunkan berat badan. Bila membahas soal penurunan berat badan, sudah pastinya kita sudah faham dengan yang namanya ‘calorie in calorie out’ atau ‘deficit calorie’. Maka artikel kali ini dibuat khas untuk anda yang ingin turunkan berat badan dengan cepat lebih-lebih lagi selepas menyambut Bulan Syawal walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kesan Pandemik COVID-19. Apa-apa pun kita perlu sahut saranan pihak kerajaan demi kesejahteraan kita bersama. #kitajagakita #stayathome #dirumahsaja

Baiklah, berbalik semula kepada topik perbincangan sebenar...

Tidak ada masalah untuk anda makan pelbagai juadah raya pada hari raya kerana kita sememangnya digalakan untuk makan pada hari raya. Namun apa yang menjadi permasalahannya adalah bagaimana cara kita untuk mengatasi masalah berat badan yang naik selepas hari raya.

sumber: rileklah.com

Pada hari raya bermacam-macam juadah akan membuat kita sangat berselera untuk makan berbanding hari-hari lain. Contohnya, ada ketupat, lemang, dodol, sate, kari, rendang dan sebagainya. Rata-rata makanan yang disebuatkan ini mempunyai jumlah kalori yang sangat tinggi bahkan ada yang mencapai atas 300 kalori per sekali makan. Itu baru sebut tentang jumlah kalori untuk sekali makan satu hidangan, belum lagi melihat jumlah keseluruhannya. 

Umunya, lelaki dewasa biasa memerlukan sekitar 2500 kalori dan wanita sekitar 2000 kalori. Jadi sekiranya anda melihat tubuh anda sekarang agak besar maka percayalah bahawa anda telah melampaui jumlah keperluan kalori harian anda. Itu penjelasan secara umunya sahaja.  


Oleh itu, kali ini saya akan berikan sedikit tips diet dari segi pola makanan untuk anda. Tips ini sangat efektif untuk anda yang tergolong sebagai seorang pemula yang ingin menurunkan berat badan dan mereka yang memiliki perut yang buncit atau overweight / obese. Saya yakin, jika anda ikuti dengan disiplin, dalam masa kurang dari 3 bulan, saya yakin anda akan dapat lihat lemak tubuh anda akan berkurang  dan otot anda akan semakin kelihatan! 

TIPS DIET PEMAKANAN CEPAT TURUN BERAT BADAN

Sarapan Pagi ( 6 - 9 Pagi )

  • Makanan tinggi protein - Telur rebus / dadar / scramble / separuh masak (tanpa minyak / kicap manis)
  • 1 Gelas Kopi Hitam Tanpa Gula / 1 Gelas Teh Tawar / 1 Gelas Teh Hijau Tawar / 1 Gelas Teh Chamomile / Whey Protien
  • 2 Biji Telur Utuh
  • 3 Biji Putih Telur
  • 1 sudu kecil butter (bukan margerin / planta)
  • Tambah garam & lada hitam ikut selera
  • Jumlah kalori 300
  • Jumlah protein 27g

Makan Tengah Hari ( 12 - 2 Petang ) 

Pilih 1 Antara Menu Makan Dibawah:

1. Jika anda masak sendiri (ini cadangannya)
  • 100 Gram Nasi Putih / Merah (berat yang sudah dimasak, bukan berat beras)
  • 1 Sajian (150 gram) Dada Ayam Panggang / Sup Ayam / Ayam Bakar 
  • 1 Sajian Sayur Hijau (Pilihan Ideal = Brokoli / Kangkung / Buncis)
  • Sayuran boleh ditumis dengan sedikit minyak (zaitun/ butter/ ghee/), bawang putih, garam, dan lada hitam sesuai selera
  • Jumlah kalori sekitar 320-350
  • Jumlah protein sekitar 50-52g
#ganti ayam dengan ikan tenggiri / tongkol / tuna / udang / ketam / apa-apa jenis ikan / jika muak dengan ayam.
#elak makanan laut seperti sotong.

2. Jika anda makan diluar (ini cadangannya)
  • Nasi Putih hanya dimakan SETENGAH dari jumlah yang disajikan
  • Perbanyak sayur-sayuran (daun ubi / sayur nangka tanpa kuah atau santan  / kangkung belacan / peria masak telur 
  • 2 Sajian Dada Ayam Panggang / Bakar / Rebus – JANGAN BERGORENG! JANGAN MAKAN KULIT!
  • ATAU 2 sajian ikan rebus / kari tanpa kuah / masakan tanpa santan / ikan masak tempoyak TANPA SANTAN, SUSU dan GULA yang banyak.
  • JANGAN AMBIL makanan yang menggunakan kicap manis / sos / santan

Snacks 1 ( 3 - 5 petang ) 
  • 1 Biji Pisang / 1 Biji Apel / 2 Kiwi / 1 Avokado
  • Idealnya makan Pisang besar seperti sunpride / pisang raja

Makan Malam ( 6 - 9 Malam )

  • menu sama seperti makan tengan hari

Snacks 2 ( Sebelum Tidur )
  • Makan 150 Gram Tempeh (Rebus/ Bakar) / 2 Biji Telur Utuh /  Whey Protein
  • #JANGAN MAKAN MAKANANGORENG!

Jika hari ini anda LATIHAN... (Untuk Mereka Yang Ada Latihan / Workout SAHAJA)
  • Ambil whey protein pada waktu makan siang dan selepas latihan (bagi anda yang menggunakan whey protein)
  • Minum 1 Sajian Susu Rendah Lemak Tinggi Kalsium (250 ml) / Almond Milk 
  • Pilih Perisa Susu Asli - Jangan pilih yang berperisa / harus low fat / harus rendah gula

Nota: Plan Diet Pemakanan Ini sangat efektif untuk anda yang:
  • Tinggi Badan 150-180cm
  • Berat Badan 65 - 90kg

#Jika berat anda lebih dari 90kg, kemungkinan besar anda akan merasa sangat lapar mengikuti plan diet ini. Jangan risau, anda boleh tambah makan 2 hidangan Buah, bagusnya adalah Pisang / Apel / Kiwi / Avokado. 

SAYA HANYA INGIN MEMBANTU ANDA YANG MENGALAMI KESULITAN UNTUK MENURUNKAN BERAT BADAN SECARA PERCUMA DAN HANYA BERMODALKAN USAHA ANDA SENDIRI.

SAYA SARANKAN ANDA UNTUK MENGIKUT PLAN DIET INI HANYA DALAM MASA 3 BULAN SAHAJA.

ANDA USAHA, ANDA DAPAT.
TIADA JALAN PINTAS UNTUK MENURUNKAN BERAT BADAN.

JIKA ANDA MENGALAMI SEBARANG KESULITAN ATAU PERTANYAAN, SILA NYATAKAN DALAM RUANG KOMEN DIBAWAH. 


SELAMAT MENCUBA DAN SEMOGA BERJAYA ! 



sumber: Brodibalo Fitness
TIPS KURUS 15KG SELEPAS RAYA - LELAKI DAN WANITA TIPS KURUS 15KG SELEPAS RAYA - LELAKI DAN WANITA Reviewed by Coach M on May 30, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.