Keadaan hati para remaja kadang-kadang begitu rapuh, hingga hal ini dapat membuat mereka tertekan. Apabila tidak diatasi dengan baik, maka ia akan berkembang menjadi depresi kerana despresi tidak mengenal usia.
Namun perlu diingat bahwa depresi adalah berbeza dengan moody, kerana moody ialah keadaan yang mana dalam satu masa mereka kelihatan baik, namun tidak lama selepas itu mereka tampak sedih dan murung.
Manakala depresi adalah suatu keadaan yang lebih daripada keadaan sedih, yang dapat mempengaruhi fikiran, perasaan, tingkah laku dan juga tahap kesihatan secara keseluruhan. Perkara yang paling mengerikan kesan daripada gejala depresi ini ialah wujudnya fikiran atau keinginan untuk mengakhiri hidup dengan membunuh diri.
Faktor berlakunya depresi pada remaja ialah faktor psikologi kerana tekanan beban metal, serta permasalahan dalaman keluarga atau pendidikan.
Bagaimana anda dapat membezakan antara remaja yang sedang mengalami depresi atau hanya moody sahaja? Berikut adalah beberapa tanda mengenali remaja yang sedang mengalami depresi:
1. Murung
Tanda depresi pada remaja yang pertama ialah jika anda menjadi murung, yang biasanya banyak cakap akan menjadi sangat pendiam dan tidak mahu menjawab saat seseorang sedang bertanya. Boleh jadi anak anda mengalami depresi.
2. Hilang Minat
Tanda depresi pada remaja yang kedua ialah, pada remaja laki-laki misalnya yang biasanya suka bermain bola sepak tiba-tiba malas ingin bermain bola sepak. Lalu pada remaja perempuan, jika dia selalu berdandan rapi, tiba-tiba menjadi malas untuk keluar bilik serta dandanannya kelihatan teruk dari biasanya.
3. Perubahan Nafsu Makan
Tanda depresi pada remaja berikutnya ialah, perubahan pada nafsu makan dan mengakibatkan turunnya berat badan yang jelas saat tidak mementingkan diet, bahkan ada beberapa remaja yang bertambah berat badan secara mendadak.
4. Mengalami Insomnia Atau Hipersomnia
Insomnia adalah keadaan dimana seseorang mengalami kesulitan untuk tidur. Sedangkan hipersomnia ialah kelainan tidur yang ditandai dengan keadaan mengantuk yang berlebihan. Jika anak anda mengalami salah satu hal tersebut boleh jadi anak anda sedang depresi, kerana depresi dapat mengubah pola tidur.
5. Gelisah Dan Cemas
Selanjutnya tanda depresi yang keenam adalah mengalami kegelisahan dan cemas. Remaja yang sedang depresi cendrung mengalami kegelisahan serta cemas. Jika anak anda mengalami hal tersebut dalam waktu yang cukup lama, mungkin anak anda mengalami depresi.
6. Cepat Marah
Jika pada akhir-akhir ini anak anda cepat marah, padahal sebelumnya tidak begitu. Maka patut anda berwaspada dan segera berikan rangsangan yang sepatutnya. Hal ini kerana, meraka mungkin sememangnya mengalami depresi.
7. Hilang Semangat
Tanda depresi selanjutnya ialah hilangnya semangat pada remaja. Kerana pada saat depresi remaja akan hilang semangat untuk melakukan apa-apa pun aktiviti.
Awasi Anak Remaja Anda Jika Ada Gejala Ini - Depresi
Reviewed by Coach M
on
August 05, 2019
Rating:
No comments: