Regulasi haba bermaksud bagaimana kita menyeimbangkan haba yang berada dalam tubuh badan. Keseimbangan haba adalah apabila kita berehat atau menggunakan sedikit tenaga, suhu badan adalah pada takat 37!C. Sebagai kesimpulannya, tenaga yang kita gunakan untuk aktiviti ringan sentiasa dibebaskan ke persekitaran. Oleh itu, keseimbangan suhu dapat dikekalkan.
Bagaimana regulasi haba berlaku?
- Keseimbangan haba tercapai apabila kehilangan haba sama dengan penghasilan haba.
- Kehilangan haba berlaku melalui perolakan, pengaliran, pancaran dan penyejatan.
- Suhu badan dapat dikekalkan pada takat 37!C ketika rehat atau semasa melakukan aktiviti melalui sistem regulasi termal (thermoregulation). Pendedahan yang ekstrem kepada haba boleh mengurangkan prestasi kerja, malah mudah terkena penyakit serius berkaitan cuaca panas “Serious Heat Illnesses” dan kematian.
- “Heat Illnesses” boleh dikurangkan melalui:
- Pengambilan air yang cukup dan penggantian elektrolit
- Penyesuaian dengan iklim haba
- Kesedaran tentang had bebanan melalui aktiviti yang dilakukan, pakaian dan haba persekitaran.
(a) Kehilangan Haba
Kehilangan haba boleh berlaku pada tubuh badan melalui empat faktor iaitu:
(i) Perolakan (convection)
- Pemindahan haba dari satu tempat ke tempat yang lain melalui pergerakan sesuatu bahan panas.
- Contoh; udara yang bertiup dari kipas ke atas permukaan kulit memindahkan udara panas daripada badan dan digantikan dengan udara sejuk.
- Begitu juga jika kita menghulurkan tangan keluar dari tingkap. Boleh disimpulkan di sini, kehilangan haba akan berlaku apabila udara sejuk bertiup di atas permukaan kulit.
- Seseorang individu yang berlari akan kehilangan haba secara perolakan sama seperti individu yang berdiri di udara.
- Kadar kelajuan dan suhu udara yang bertiup ke atas permukaan kulit menentukan jumlah haba yang hilang daripada tubuh badan.
(ii) Pengaliran (conduction)
- Pemindahan haba di antara dua objek yang berbeza suhu yang bersentuhan antara satu sama lain.
- Selalunya arah pengaliran haba adalah dari objek panas ke objek sejuk.
- Contoh; apabila kita memegang ais, haba dari tapak tangan akan mengalir ke ketulan ais dan mencairkannya.
- Begitu juga apabila kita menyentuh dapur yang panas, haba dari dapur akan berpindah ke tangan kita.
(iii) Radiasi (radiation)
- Molekul dalam badan kita adalah sentiasa bergetar. Oleh itu, haba akan dikeluarkan secara berterusan dari tubuh dalam bentuk gelombang elektromagnet.
- Radiasi adalah pemindahan haba antara objek melalui gelombang elektromagnet.
- Contoh; apabila seseorang berada di dalam bilik, dia akan memancarkan haba ke dinding bilik dan pada masa yang sama perkara sebaliknya berlaku.
- Kita akan memperolehi haba apabila objek di sekeliling lebih panas daripada suhu badan, manakala kita akan kehilangan haba apabila badan lebih panas daripada objek di sekeliling kita.
- Oleh itu, kita akan kehilangan haba apabila hanya sedikit awan yang menutupi matahari dan apabila kita berada di tengah panas antara pukul 12.00 tengah hari hingga 4.00 petang.
(iv) Penyejatan (evaporation)
- Penyejatan berlaku melalui perpeluhan.
- Perpeluhan tidak nyata yang berlaku semasa berehat juga menyebabkan penyejatan.
- Penyejatan berlaku apabila air bertukar menjadi wap
- Contoh; seseorang bekerja kuat dan berpeluh, badan akan menjadi sejuk apabila penyejatan peluh berlaku iaitu bila ia bertukar kepada wap pada permukaan kulit.
- Namun, apabila peluh tidak dapat disejat dan mengalir ke bawah, penyejukan tidak berlaku.
- Pada setiap gram penyejatan peluh berlaku, kita kehilangan 0.580 kcal haba.
(b) Penghasilan Haba
Unit tenaga haba yang digunakan adalah kalori yang telah diuraikan untuk menaikkan suhu 1gm air sebanyak 1 C. Kilokalori (kcal) adalah jumlah haba yang diperlukan untuk meningkatkan suhu 1kg air sebanyak 1 C. Haba khusus yang perlu untuk mengubah suhu air 1 C adalah 1 kcal/kg/ C. Haba khusus untuk suhu tisu badan adalah 0.83kcal/kg/ C.
Oleh itu, seseorang yang seberat 70kg harus menyimpan 58kcal haba untuk meningkatkan suhu badan sebanyak 1 C. Jumlah haba atau tenaga yang dihasilkan semasa metabolisme bergantung kepada makanan yang dioksidakan. Penghasilan haba daripada metabolisme bagi individu yang sedang berehat adalah sebanyak 1.45kcal/minit atau 87kcal/jam.
Jika tiada haba yang hilang, sebanyak 1.5 C suhu badan akan meningkat dari 37 C ke 38.5 C. Tetapi pada waktu berehat, peningkatan ini tidak berlaku kerana haba dihilangkan melalui penyejatan, pengaliran, radiasi dan perolakan.
Haba juga boleh diperolehi melalui radiasi, pengaliran dan perolakan. Ini boleh berlaku apabila udara dan objek dipersekitaran adalah lebih panas daripada badan.
Regulasi haba juga berlaku melalui sistem termal. Fungsi sistem termal ialah untuk mengekalkan suhu badan secara relatif. Sistem regulasi termal terdiri daripada reseptor termal dan efektor termal.
(i) Reseptor termal
Ia adalah organ-organ yang sensitif kepada stimulasi termal. Dua kawasan reseptor termal adalah bahagian hipotalamus otak (pusat reseptor) dan kulit (reseptor periferal). Kedua-dua kawasan ini mempunyai dua jenis pengesan iaitu peka kepada bahang dan peka kepada sejuk.
Pusat reseptor peka kepada perubahan kecil suhu pada salur darah arteri yang berubah-ubah antara 0.2 0.4 C. Reseptor pada kulit pula berubah mengikut keadaan suhu sekeliling. Reseptor kulit yang mempunyai saraf yang banyak dapat mengesan kehadiran bahang. Lokasi reseptor bahang adalah di seluruh tubuh dan jumlah reseptor sejuk adalah lebih banyak daripada reseptor panas. Kedua-dua reseptor bersambung ke korteks dan pusat regulasi di hipotalamus. Tindakan dari kepekaan kepada panas dan sejuk adalah mencari tempat redup, menambah atau mengurangkan pergerakan dan lain-lain.
(ii) Efektor termal
Ia merupakan otot tulang yang merangkumi arteriol yang membekalkan darah pada kulit, kelenjar peluh dan kelenjar endokrin. Dalam keadaan sejuk atau menggigil akan meningkatkan bahang pemprosesan metabolik pada masa yang sama. Arteriol yang membekalkan darah ke kulit akan berada dalam keadaan pemvasocerutan apabila cuaca sejuk. Apabila suhu panas, ia akan menyebabkan keadaan sebaliknya.
Perpeluhan mencegah kita daripada mengalami suhu lebih had kerana peluh mengewap dari kelenjar-kelenjar peluh yang berada di semua permukaan tubuh terutamanya di tapak tangan, kaki dan leher. Kelenjar endokrin yang terlibat dalam regulasi haba adalah tiroid dan medulla adrenal.
Kelenjar tiroid akan mengeluarkan tiroksin apabila keadaan sejuk dan meningkatkan kadar metabolisme. Tahap adrenalin dan noradrenalin dan medula adrenal akan meningkatkan suhu dari pengurangan penegangan dan pengecutan.
Regulasi Haba Tubuh
Reviewed by Coach M
on
August 05, 2019
Rating:
No comments: