Ciri-ciri Dan Permasalahan Psikologi Dalam Kalangan Remaja


Masa remaja merupakan masa peralihan dari masa kanak-kanak dengan masa dewasa yang memiliki beragam perkembangan di semua aspek ataupun fungsi untuk memasuki masa dewasa. Jarak waktu usia remaja ini biasanya dibezakan kepada tiga, iaitu 12 sampai 15 tahun yang juga disebut sebagai masa awal remaja, 15-18 tahun pula disbut sebagai masa pertengahan remaja dan yang terakhir adalah masa akhir dewasa yang memiliki jarak antara 18-21 tahun.



1. Masih Segan Dan Kaku Apabila Bergaul

Permasalahan psikologi remaja yang pertama adalah kaku dalam pergaulan. Sebagian dari kanak-kanak yang beranjak ke dewasa tentu pernah merasa perasaan seperti ini. Masa remaja memiliki fasa penyesuaian diri bagi menjelaskan siapa dirinya, apa peranannya, adakah dia masih kanak-kanak atau telah menajadi orang dewasa dan sebagainya. Akhirnya hal tersebut membuat mereka merasakan rasa segan apabila bergaul semula pada kawan-kawan lain yang berusia kecil daripadanya.

2. Emosi Tidak Stabil

Perubahan-perubahan fizikal yang biasanya dialami oleh remaja juga menyebabkan adanya suatu perubahan psikologi. Hurlock (2002) menyatakan suatu tempoh heightened emotionality, iaitu suatu keadaan emosi nampak lebih tinggi atau nampak lebih besar dibanding dengan keadaan yang normal. Emosi yang biasanya tinggi tersebut pada akhirnya dapat diterjemahkan ke dalam berbagai bentuk tingkah laku seperti kebingungan, emosi berkobar-kobar ataupun mudah terkesan / sentap , bertengkar, pemalas dan juga membentuk self-defense mechanism. 

Emosi yang keterlaluan tersebut tidak berlaku terus-menerus selama pada masa remaja. Dengan meningkatnya usia para remaja, maka emosi yang keterlaluan itu pun akan mulai mereda ataupun menuju pada kondisi yang stabil. Emosi yang keterlaluan pada fasa remaja sebaiknya tidaklah dibiarkan begitu saja, akan tetapi perlu dikawal untuk mendapatkan tingkah laku yang baik agar kemudiannya tidak akan menimbulkan hal-hal yang merugikan.

3. Wujud Perasaan Kosong Disebabkan Adanya Pedoman dan Pandangan Baru Mengenai Kehidupan

Permasalahan psikologi remaja seterusnya adalah wujudnya perasaan yang kosong. Perasaan kosong tersebut wujud disebabkan seorang yang baru saja meningkat dewasa akan dituntut untuk berubah dalam bersikap mahupun meletakkan dirinya dalam masyarakat. Sehingga akhirnya hal tersebut menjadikan remaja mengalami masalah kebingungan. Contohnya, ketika seseorang anak diharapkan untuk bersikap seperti dewasa, namun di sisi lain ketika dia sedang mencoba untuk melakukan suatu hal seperti orang dewasa kebiasaannya, dia justru dilarang untuk melakukan hal itu. Mereka juga dianggap masih terlalu kecil untuk ikut campur dalam urusan orang dewasa.

4. Wujud Keadaan Pertentangan

Wujudnya sikap pertentangan pada remaja tersebut biasanya disebabkan oleh perkara yang diinginkan oleh mereka itu tidak sesuai dengan apa yang mereka sebenarnya perlukan. Pertentangan pada remaja tersebut menurut Mollenhauer ada 6 jenis seperti;
  • Pertentangan antara integrasi dan juga panyertaan kritis. Untuk memastikan sistem masyarakat mampu berfungsi dengan baik, maka warga perlulah memikul sebuah tanggungjawab bersama dan para remaja perlu dipersiapkan dalam hal tersebut. Namun sebaliknya, sering diperhatikan sebuah halangan dan juga rintangan bagi para remaja untuk menyertai secara kritis di dalam berbagai institusi seperti keluarga, masyarakat dan juga sekolah.
  • Pertentangan antara kesempatan dan juga usaha kearah peningkatan status sosial
  • Pertentangan antara sebuah perhatian mengenai faktor ekonomi dan pembentukan kepribadian
  • Pertentangan antara tuntutan rasionaliti dengan kenyataan yang irrasional


5. Pertentangan Di Dalam Diri

Masa peralihan remaja dari kanak-kanak menuju ke dewasa tersebut memiliki pelbagai tuntutan dari keluarga, masyarakat, persekitaran tempat mereka belajar hingga diri sendiri.  Pada akhirnya tuntutan tersebut menjadikan remaja mengalami kebingungan dalam mengikuti sebuah tuntutan. Kebingungan tersebut pada akhirnya mewujudkan pertentangan dalam dirinya.

6. Kegelisahan Disebabkan Banyak Hal Yang Diinginkan

Keinginannya untuk mencapai sebuah hubungan, perhatian, popular, meraih prestasi serta memiliki sebuah penghargaan akan menjadikan mereka gelisah. Kegelisahan tersebut kelihatan daripada sikap memberontak yang kadang-kadang digambarkan dari tingkah laku, kerana apa yang diinginkannya ditentang oleh persekitarannya.

7. Mudah Mencuba Sesuatu

Keinginan yang tinggi disertai rasa ingin tahu yang tinggi akan membuat para remaja sangat mudah untuk melakukan uji cuba sesuatu benda. Maka tidak hairanlah jika tidak diarahkan dengan baik, sebarang percubaan yang dilakukan para remaja ini cenderung kearah perkara negatif. Salah satunya paling biasa adalah merokok, dadah, minum minuman keras dan pergaulan bebas.
Masa remaja yang suka melakukan percubaan ini akan sangat baik jika ibu bapa atau pihak sekolah menerapkan pengarahan dengan kreatif yang boleh menuntut remaja untuk mengaplikasikannya dalam kehidupan sehari-hari. 

8. Mempunyai Banyak Angan-angan dan Khayalan

Berkhayal dan memiliki tahap angan-angan sememangnya menjadi salah satu hal yang umumnya terjadi pada remaja. Walaupun hal tersebut juga terjadi pada orang dewasa, namun angan-angan atau khayalan dalam kalangan remaja ini lebih kerap berlaku.

9. Suka Membentuk Kumpulan

Di usia remaja, membina kumpulan ini terjadi kerana pada fasa ini, keperluan untuk pengakuan, perhatian dan kasih sayang dari orang lain adalah sangat tinggi. Sehingga hal tersebut membuat remaja suka terlibat dalam beberapa kumpulan atau kelompok tertentu. Remaja memerlukan sokongan persekitaran sosial di luar dirinya untuk berkembang dan memuaskan hasratnya sebagai manusia yang sedang meningkat dewasa.

Ciri-ciri Dan Permasalahan Psikologi Dalam Kalangan Remaja Ciri-ciri Dan Permasalahan Psikologi Dalam Kalangan Remaja Reviewed by Coach M on August 05, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.