Fungsi Sistem Rangka Yang Anda Perlu Tahu


Sistem rangka adalah amat penting bagi tubuh manusia. Ia dibentuk oleh rawan dan tulang. Ia merupakan rangkaian tulang yang berfungsi untuk menyokong dan melindungi beberapa organ yang lembut pada tubuh terutamanya yang terdapat pada tengkorak dan pelvis. Selain itu, sistem rangka juga bertugas sebagai alat tuas pada pergerakan. Ia juga menyediakan permukaan untuk penyambung otot-otot rangka. Pada sesetengah tempat, rangka dilengkapi dengan tulang rawan. Terdapat beberapa fungsi yang dilakukan oleh sistem rangka. Antara fungsifungsi itu adalah:



(a) Perlindungan

Tulang adalah struktur yang keras dan padat. Oleh kerana itulah ia sangat sesuai dijadikan perlindungan bagi tubuh manusia yang terdiri daripada tisu dan organ-organ penting. Contohnya, tulang tengkorak adalah satu perlindungan yang terbaik kepada otak manusia. Begitu juga dengan tulang rusuk yang melindungi jantung dan paru-paru dan lain-lain organ di bahagian toraks.

(b) Penyokong

Tulang merupakan sokongan pada tubuh badan. Ia boleh menampung berat badan seseorang. Namun begitu, terdapat beberapa bahagian tulang yang mempunyai ligamen untuk menetapkan kedudukannya.

(c) Stor Penyimpanan



Peranan lain yang dilakukan oleh sistem rangka adalah sebagai stor penyimpanan. Tulang berfungsi sebagai tempat menyimpan beberapa mineral seperti kalsium, fosforus dan juga sedikit lemak.

(d) Pergerakan

Kita dapat bergerak dengan adanya otot dan tulang. Otot bersambung ke tulang melalui tendon dan beberapa sambungan membolehkan pergerakan dilakukan.

(e) Penghasilan Sel Darah

Sumsum merah yang terdapat pada beberapa tulang berkebolehan menghasilkan sel darah merah, sel darah putih dan platelet. Proses ini dikenali sebagai hematopoiesis atau hemopoiesis.  

Fungsi Sistem Rangka Yang Anda Perlu Tahu Fungsi Sistem Rangka Yang Anda Perlu Tahu Reviewed by Coach M on August 03, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.