Jenis Pembuluh Darah Dalam Tubuh Manusia


Dalam proses peredaran darah, terdapat banyak pembuluh darah yang terlibat. Pembuluh darah merupakan medium untuk mengepam darah jantung keluar ke tisu dan mengalirkan kembali darah ke jantung. Terdapat beberapa jenis pembuluh darah yang terlibat dan tugasnya secara ringkas dalam tubuh kita.


1. Arteri

Darah yang bertekanan tinggi akan dialirkan oleh arteri, selalunya darah bertekanan tinggi ini adalah dari ventrikal. Sehubungan dengan itu, arteri harus mempunyai dinding yang tebal untuk menampung tekanan darah yang tinggi itu. Arteri mempunyai tiga lapisan iaitu seperti yang telah diringkaskan di bawah;

2. Kapilari

Kapilari merupakan pembuluh-pembuluh darah kecil yang tidak terkira. Ianya adalah cabang daripada arteriol. Kapilari dikenali sebagai pembuluh darah yang paling kecil. Ukuran garis pusatnya hanya besar sedikit sahaja daripada saiz sel darah merah. Lapisan dinding kapilari terbentuk daripada lapisan endotelium. Oleh sebab itu, lapisan dinding kapilari adalah yang paling nipis. Di sinilah bahan-bahan antara darah dan cecair tubuh ditukar. Ketebalan dinding kapilari adalah berdasarkan kepada saiz garis pusatnya. Semakin kecil saiz garis pusat, semakin nipis dinding kapilari. Ada dua hujung pada kapilari. Satu hujung adalah hujung arteri yang bertemu dengan arteriol. Manakala satu hujung lagi adalah hujung vena yang bertemu dengan venul.

3. Venul

Cabang-cabang kapilari akan bercantum di penghujung tisu dan membentuk vena kecil yang dikenali sebagai venul. Saiz venul adalah lebih besar daripada kapilari. Venul mempunyai satu lapis tisu perantara dan beberapa sel otot licin. Otot licin ini berkedudukan mengelilingi endotelium.

4. Vena

Vena adalah gabungan daripada vena-vena kecil. Gabungan vena ini akan membentuk satu tiub yang semakin membesar dan dikenali sebagai vena kecil, vena sedang dan vena besar. Vena-vena ini bertugas untuk membawa darah vena dari tisu ke atrium jantung. Semakin besar saiz vena maka akan bertambah juga ketebalan dindingnya. Namun begitu dinding vena tidak setebal dinding arteri kerana vena mempunyai kurang tisu kenyal dan otot licin.  

Vena terbahagi kepada tiga jenis;

Sumber: buku sumber sains sukan

Jenis Pembuluh Darah Dalam Tubuh Manusia Jenis Pembuluh Darah Dalam Tubuh Manusia Reviewed by Coach M on August 03, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.