Kaedah Pemerhatian Jurulatih Yang Tepat Membantu Atlet Berjaya


Dalam sebuah bentuk pemerhatian yang paling mudah adalah berkenaan dengan apa yang perlu dicari dalam susunan logik dan jurulatih perlu mempertimbangkan masalah yang dia teliti itu adalah teknikal atau taktikal, bergantung kepada jenis sukan tersebut (Robertson, 2002). Jurulatih yang berpengalaman dapat melihat dan mengesan dengan mudah akan sesuatu pelaksanaan kemahiran yang betul dan meninggalkannya tanpa perlu membuat arahan lain. Dia juga dapat melihat teknik yang tidak berkesan, mengetahui punca mengapa ia berlaku dan tahu bagaimana untuk membetulkan kesilapan teknikal itu. Pemerhatian adalah kemahiran utama untuk jurulatih supaya dapat terus berkembang. 

1. Terperinci Dan Sentiasa Up-to-date Tentang Aspek Teknikal

Jurulatih dikehendaki mempunyai pengetahuan terperinci dan terkini mengenai aspek teknikal sukan yang dia berikan supaya dapat mengemukakan sebarang kesilapan dalam pelaksanaan kemahiran. Faktor lain yang perlu dipertimbangkan ialah penghasilan kriteria yang jelas untuk melihat dan mengesan prestasi. Sebagai contoh, jurulatih hoki dalam memerhatikan pemain yang bergerak dengan bola akan melihat kepala, badan, kedudukan tangan pada kayu, kaki dan bola dalam turutan kemahiran untuk mengenalpasti samada kemahiran itu dilaksanakan dengan baik atau sebaliknya.

2. Melihat Prestasi Dari Pelbagai Sudut Yang Berbeza

Untuk melakukan pemerhatian dengan berkesan, jurulatih perlu bergerak di sekitar pelaku atau kumpulan untuk melihat prestasi dari pelbagai sudut pandang yang berbeza. Sebagai contoh, jurulatih gimnastik yang memerhatikan atletnya di bar asimetri harus menempatkan dirinya dalam pelbagai posisi iaitu dari bahagian hadapan, belakang, kiri dan kanan untuk memerhatikan bentuk pergerakan yang betul semasa kemahiran sedang dilaksanakan. Jurulatih juga harus berada dalam kedudukan yang baik untuk mengesan putaran dan pendaratan. Jurulatih perlu melihat kemahiran yang dilakukan dengan beberapa kali supaya dapat membuat beberapa pemerhatian yang membawa kepada penilaian objektif tentang pelaksanaan samada ia berkesan atau tidak oleh pelaku.

3. Membina Model Asas Atau Gambar

McMorris dan Hale (2006) mencadangkan bahawa sebagai jurulatih baru, mereka perlu mengembangkan kemahiran pemerhatian dengan membina model asas atau gambaran tentang bagaimana kemahiran itu sepatutnya dilakukan. Apabila jurulatih menjadi lebih pakar dan dapat menyesuaikan dengan terperinci teknikal yang lebih baik dalam sukan mereka serta mengembangkan pemahaman tentang biomekanik pergerakan, maka mereka akan dapat melihat dengan lebih terperinci dalam mana-mana kerumitan pergerakan. Maka dengan itu, mereka dapat memperoleh sebuah maklumat dan objektif berguna untuk menentukan samada kemahiran itu perlu diperbetulkan ataupun tidak.

Sebagai contoh, jurulatih sukan terjun yang memerhati seorang pelaku yang menjatuhkan bahu semasa melakukan teknik front somersault, dia dapat mengenalpasti bahawa ia boleh menjejaskan bentuk kemahiran dari segi badan yang tidak dalam posisi yang betul untuk pelaksanaan rutin yang seterusnya. Mengenalpasti kedudukan bahu adalah pemerhatian diagnostik tahap yang tertinggi dalam kalangan jurulatih yang mana seorang jurulatih yang baru mungkin akan terlepas pandang atau tidak dapat mengesan masalah itu. Tetapi jurulatih yang berpengalaman dan pakar dapat mengesan kesilapan itu kerana pengalaman mereka dalam mengetahui apa yang sepatutnya diperhatikan.

4. Meningkatkan Kemahiran

Meningkatkan kemahiran atau seni dalam membuat pemerhatian adalah perlu dalam mengesan sesuatu masalah kemahiran yang mampu merencatkan prestasi. Dalam banyak situasi, jurulatih adalah satu-satunya orang yang akan melakukan pemerhatian dan ia bukanlah satu-satunya masalah yang akan mereka hadapi. Crisfield et al. (2003) menyatakan bahawa kecepatan sesuatu peristiwa yang berlaku, jumlah maklumat yang boleh diproses oleh jurulatih, persepsi terhadap peristiwa, pemerhatian yang bias dan tindakan yang tidak jelas serta peristiwa utama yang menyimpang kebolehpercayaan maklumatnya merupakan antara faktor yang menghadkan proses pemerhatian.

Banyak sukan yang memerlukan pergerakan pantas, maka jumlah maklumat yang akan diperolehi oleh jurulatih untuk dicatat, disimpan dan diingat semula adalah begitu besar. Untuk mengingat semula apa-apa maklumat dalam 90 minit sepenuh masa sukan bola sepak adalah mustahil. Franks dan Miller (1986) mendapati bahawa jurulatih bola sepak kurang daripada 45% betul dalam penilaian pasca permainan 45 minit pertama permainan bola sepak.

5. Melihat Sesuatu Yang Berlainan

Selain itu, jurulatih perlu melihat sesuatu perkara yang berlainan, yang wujud disebabkan oleh persepsi dan tafsiran yang berlainan mengenai mana-mana peristiwa yang berlaku dan selalunya penilaian bias itu wujud pada saat jurulatih tidak sedar tentangnya. Hal itu juga akan mengurangkan tahap ketepatan pemerhatian. Contohnya dalam kalangan jurulatih, oleh kerana dia telah melihat pemain tertentu sangat mahir dalam sesuatu kemahiran, dia mungkin terlepas pandang pada pemain lain yang dapat melakukan asas-asas kemahiran dengan baik. Peristiwa dalam sukan berlaku dengan cepat dan tindakan yang tidak jelas ini boleh menyebabkan kekeliruan dan tanggapan palsu serta peristiwa penting dapat memutarbelitkan kebolehpercayaan dan realiti sebenar apa yang sebenarnya berlaku.


Pada masa kini, para jurulatih sebenarnya sangat beruntung sekiranya dapat memanfaatkan teknologi yang sedia ada. Teknologi kini sudah cukup untuk membantu para jurulatih dalam mengembangkan kemahiran pemerhatiannya. Jurulatih kini mempunyai pelbagai alat bantuan yang mudah digunakan seperti penggunaan video, DVD, kamera telefon pintar dan kamera digital yang membolehkan mereka memutarkan semula aksi prestasi berulang-ulang kali untuk memerhatikan dengan lebih berkesan untuk menganalisis prestasi sebenar.


sumber: Foundations Of Sports Coaching
Kaedah Pemerhatian Jurulatih Yang Tepat Membantu Atlet Berjaya Kaedah Pemerhatian Jurulatih Yang Tepat Membantu Atlet Berjaya Reviewed by Coach M on August 20, 2019 Rating: 5

1 comment:

  1. Untuk mempermudah kamu bermain guys www.fanspoker.com menghadirkan 6 permainan hanya dalam 1 ID 1 APLIKASI guys,,,
    dimana lagi kalau bukan di www.fanspoker.com
    WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    ReplyDelete

Powered by Blogger.