Kemahiran Demonstrasi Berkesan Untuk Para Jurulatih Dalam Melatih Sesuatu Kemahiran


Mempunyai keupayaan untuk memberikan demonstrasi adalah suatu ciri penting dalam aspek kejurulatihan dan jurulatih juga perlu mempunyai pemahaman yang baik tentang aspek teknikal sukan mereka supaya depat mendemonstrasi sesuatu tindakan dengan berkesan. Walau bagaimanapun, jika jurulatih tidak dapat memberikan demonstrasi dengan diri mereka, mereka harus menggunakan model iaitu pemain yang mahir dan yang mampu melakukan tugas itu atau menggunakan rakaman video berkaitan kemahiran yang dilakukan supaya individu atau pasukan dapat menghasilkan semula kemahiran dengan berkesan. Tidak ada jalan lain yang lebih tepat berbanding tunjuk cara yang betul apabila ia melibatkan latihan. 

Sekiranya demonstrasi tidak diberikan dan kemahiran hanya diberikan dengan kata-kata, maka potensi untuk pemain atau individu itu untuk mengalami kesilapan dari segi mereproduksi kemahiran akan berlaku lebih kerap. Berkomunikasi tentang keperluan teknikal dan kemahiran sahaja tidak mencukupi, kerana ia boleh menyebabkan salah tafsir dan tidak dapat mengembangkan tahap visual individu.

Demonstrasi menyediakan maklumat yang sesuai untuk mengembangkan templat memori berkaitan dengan aspek teknikal yang betul. Ia juga menyediakan maklumat yang tepat tentang apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam batasan tubuh dan peralatan yang digunakan. Demonstrasi juga memberikan maklumat tentang bagaimana suatu pergerakan akan diselaraskan.

Teori Pembelajaran Pemerhatian Bandura (1977) memberikan penjelasan tentang bagaimana kita belajar dengan mengamati demonstrasi dan mencadangkan empat sub-proses yang kritikal iaitu ketara atau penting, memori dan kemahiran menghasilkan, keinginan serta keupayaan motor. Umumya, pelaku harus berhadapan dengan maklumat teknikal yang relevan (penting) dan jurulatih perlu memperkukuhkan kaedah kejurulatihannya agar individu dapat melaksanakan dan melakukan kemahiran tersebut dan seterusnya menjadikan ia sebuah memori (memori dan penghasilan kemahiran). Jurulatih juga perlu menimbangkan samada pelakon itu bermotivasi (keinginan) atau samada mereka mempunyai sifat fizikal (keupayaan motor) untuk melaksanakan sesuatu kemahiran.

Walaupun jurulatih harus memberikan demonstrasi pada saat-saat penting semasa sesi latihan untuk mengukuhkan kejurulatihannya, namun demonstrasi harus diberikan pada awal sesi latihan untuk memberikan gambaran umum. Christina dan Corcos (1988) mencadangkan agar terdapat sekurang-kurangnya tiga kali demonstrasi dilakukan oleh jurulatih untuk menunjukkan sesuatu kemahiran iaitu sebelum atlet melakukan sesuatu kemahiran, sebelum sesuatu teknik dilakukan sepanjang praktis dan pada akhir praktis untuk mengukuhkan tahap kemahiran. Sekiranya kemahiran tersebut itu rumit, jurulatih harus bermula dengan pergerakan asas kemudian menambah unsur-unsur kemahiran sedikit demi sedikit sehingga keseluruhan kemahiran dapat dipraktikkan.


Hardy dan Mawer (1999) mencadangkan bahawa demonstrasi yang berkesan ditentukan oleh ciri-ciri tertentu:
  1. Maklumat lisan hendaklah disertakan sekali untuk menyokong demonstrasi.
  2. Praktis perlu disediakan terlebih dahulu.
  3. Pergerakan atau praktis harus dimasukkan ke dalam konteks prestasi atau permainan.
  4. Demonstrasi harus tepat.
  5. Demonstrasi harus dirancang mengikut turutan agar:
  • Pelaku boleh melihat, mendengar dan memahami.
  • Banyak peluang praktis yang diberikan.
  • Jurulatih dapat melihat, memantau, memberi maklum balas dan mengesan kesilapan.
  • Individu mempraktikan tugas seperti yang ditunjukkan.

Apabila maklumat lisan membentuk elemen demonstrasi, jurulatih juga perlu berhati-hati supaya tidak membebani pelaku dengan terlalu banyak maklumat. Jurulatih harus mempertimbangkan bahawa pelaku mengambil dua maklumat serentak iaitu visual dan maklumat lisan. Oleh itu, adalah dicadangkan supaya sesuatu arahan itu diminimum dalam sesuatu masa. Walau bagaimanapun, Schmidt (1991) mencadangkan bahawa arahan sebagai elemen penting dalam pembelajaran yang menyediakan sesuatu maklumat yang bermakna dan penting serta boleh digunakan untuk memperbetulan kesilapan dalam prestasi.

Maklumat lisan yang diberikan kepada pelaku harus diberikan berdasarkan keupayaan para pelaku (jangan gunakan ungkapan khas atau tertentu yang sukar difahami oleh kanak-kanak dan remaja. Maklumat lisan harus diberikan secara teknikal, tepat dan relevan dengan kemahiran yang ditunjukkan. Walaupun arahan lisan dapat menjimatan masa, namun dalam pada masa yang sama ia sering digunakan dengan berlebihan. Jurulatih sendiri dapat merasakan yang mereka telah memberikan arahan dengan panjang lebar dan terlalu lama tentang keperluan teknikal kemahiran sedangkan pada masa itu atlet perlu melakukan kemahiran.

Satu persoalan yang timbul apabila menyediakan demonstrasi adalah sama ada kemahiran itu harus ditunjukkan dalam pergerakan lambat atau pada kelajuan yang sepatunya ia dilakukan. Terdapat beberapa sukan seperti gabungan teknik menumbuk dalam tinju, beberapa lakuan spesifik dalam rutin gimnastik dan sebagainya. Demonstrasi bagi sukan-sukan ini umumnya dilakukan dengan terlalu cepat hingga menyukarkan atlet untuk melihat dan melakukan semula kemahiran itu dengan berkesan dan tepat. Strategi yang boleh digunakan oleh jurulatih adalah dengan menunjukkan sesuatu kemahiran dalam pergerakan perlahan pada mulanya, tetapi atlet harus dengan secepat mungkin mempraktikan kemahiran itu pada kelajuan pelaksanaan yang betul.

Kemahiran Demonstrasi Berkesan Untuk Para Jurulatih Dalam Melatih Sesuatu Kemahiran Kemahiran Demonstrasi Berkesan Untuk Para Jurulatih Dalam Melatih Sesuatu Kemahiran Reviewed by Coach M on August 19, 2019 Rating: 5

1 comment:

  1. Untuk mempermudah kamu bermain guys www.fanspoker.com menghadirkan 6 permainan hanya dalam 1 ID 1 APLIKASI guys,,,
    dimana lagi kalau bukan di www.fanspoker.com
    WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    ReplyDelete

Powered by Blogger.