Kandungan Dan Fungsi Darah


Darah boleh dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian-bahagian tersebut dikenali sebagai plasma dan sel darah.

(a) Plasma

Ia merupakan bahagian cecair darah. 55% daripada isi padu darah adalah terdiri daripada plasma. Terdapat beberapa komponen di dalam plasma iaitu:
  • Air - 91.0%
  • Protein - 8.0%
  • Garam galian - 0.9%
  • Lain-lain - 0.1%
Lain-lain komponen ini adalah:
  • Zat makanan - Asid amino, vitamin, glukos dan lemak
  • Gas - Oksigen, karbon dioksida
  • Bahan-bahan lain - Urea, hormon , enzim dan antibodi
Plasma bertindak sebagai pengantara untuk menyalurkan makanan, lemak, glukosa, mineral dan asid amino ke tisu badan. Selain daripada itu, plasma juga sebagai pembawa bahan buang seperti urea, asid urik dan beberapa karbon dioksida.

Selain daripada itu, terdapat pelbagai protein di dalam plasma darah. Antara protein-protein tersebut adalah:

i. Albumin
  •  Menyesuaikan tekanan osmosis darah.
  • Menyediakan protein untuk tisu.
  • Membawa zat khusus dalam kombinasi dengan albumin.
ii. Globulin
  • Penghasilan antibodi dan proses pelalian terhadap pelbagai penyakit.  
iii. Fibrinogen
  • Pembekuan darah.
iv. Heparin
  • Mencegah pembekuan darah.
v. Protrombin
  • Pembekuan darah.
(b) Sel Darah

Terdapat tiga jenis darah di dalam sistem badan manusia:

(i) Sel darah merah (Eritrosit)
  • Berbentuk piring dwicekung
  • Terbentuk daripada selaput sel yang mengandungi hemoglobin
  • Hemoglobin mengandungi protein globin dan zat besi (hematin)
  • Sel darah merah boleh hidup antara 90 hingga 100 hari
  • Sel-sel darah merah yang tua akan musnah di dalam limpa di mana zat besi daripada proses ini disimpan untuk pembentukan sel-sel yang baru
  • Sel darah merah berfungsi untuk mengangkut oksigen yang telah bergabung dengan hemoglobin.

Sumber: Pearce, E. C. (2005)

(ii) Sel darah putih (Lukosit)
  • Sel darah putih tidak berwarna dan mempunyai rupa yang jernih
  • Ianya adalah lebih besar daripada sel darah merah, namun mempunyai bilangan yang kecil
  • Sel darah putih terbahagi kepada dua iaitu sel darah putih nukleus aneka bentuk dan sel darah putih limfosit
  • 75% daripada sel darah putih terdiri daripada nukleus aneka bentuk;
  • Sel-sel ini boleh didapati di dalam tulang leper dan di hujung tulang panjang di mana sel darah merah terhasil
  • Limfosit pula adalah 25% daripada jumlah sel darah putih
  • Limfosit dihasilkan di tisu limfatika di seluruh tubuh
  • Limfosit berfungsi untuk menahan dan memelihara badan daripada serangan kuman penyakit-penyakit berjangkit seperti tibi.   
Sumber: Pearce, E. C. (2005)

(iii) Sel pembeku (Platlet)
  • Saiz sel ini hanya daripada saiz sel darah merah
  • Ianya berbentuk cebisan-cebisan sel
  • Bentuk sel ini tidak menentu dan tidak mempunyai nucleus
  • Sel pembeku berfungsi untuk membekukan darah di mana ia akan mengeluarkan trombokinas untuk membekukan darah
  • Pembekuan darah boleh dipercepatkan dan diperlambatkan
  • Proses pembekuan darah boleh dipercepatkan jika;
a) terdapat haba yang lebih tinggi daripada suhu badan
b) sentuhan dengan bahan kasar seperti sel epitelium pembuluh darah yang rosak
  • Pembekuan darah diperlambatkan jika ;
a) kesejukan
b) darah disimpan dalam tabung berlapis lilin
c) kalium sitrat atau natrium sitrat ditambahkan ke dalam darah.

Fungsi Darah
  • Mengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh tubuh
  • Membawa dan memindah bahan kumuh keluar dari tisu tubuh
  • Mengangkut enzim dan hormon tubuh dari satu bahagian badan kebahagian yang lain
  • Bertindak melindungi tubuh daripada serangan kuman penyakit sel darah putih dan penghasilan antibodi
  • Darah dapat dibekukan dan luka dapat disembuhkan melalui sel pembeku dan fibrinogen
  • Mengawal suhu badan melalui pengaliran darah
  • Menjadikan warna kulit tubuh normal. Hempedu, najis dan air kencing diwarnakan melalui pemecahan sel darah merah
  • Mengangkut oksigen ke sel atau tisu dan menyingkirkan sebahagian karbon dioksida daripada sel atau tisu.



sumber: buku sumber sains sukan
Kandungan Dan Fungsi Darah Kandungan Dan Fungsi Darah Reviewed by Coach M on August 09, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.