SPARK Atau Kaedah Pendidikan Jasmani Yang Sedia Ada Lebih Baik? – Membina Kemahiran Motor Asas


Masa kanak-kanak adalah rentang usia yang paling indah dalam kehidupan. Di bawah keadaan yang normal, zaman kanak-kanak adalah suatu tempoh masa dimana mereka tidak mengalami kesukaran hidup seperti yang dialami oleh orang dewasa dan kanak-kanak yang normal tidak mempunyai rasa bimbangan kecuali punya hasrat untuk bermain. Prestasi fizikal kanak-kanak adalah bergantung kepada umur, jantina, tahap sosioekonomi dan tahap aktiviti sukan di tadika dan sekolah rendah.

Dalam banyak kajian, sememangnya terdapat perhubungan yang terangkum antara aktiviti fizikal dan kemahiran motor pada kanak-kanak. Fisher et al, dalam kajiannya menunjukkan bahawa masa yang diperuntukkan kanak-kanak sedentari ke dalam aktiviti fizikal yang berintensiti rendah mempunyai hubungan secara statistik dengan kemahiran motor asas. Dalam sisi lain pula, menggunakan khidmat pakar dan keperluan untuk tenaga profesional bagi perkembangan kanak-kanak, maka tanggungjawab guru atau jurulatih bagi kanak-kanak dalam Pendidikan Jasmani nampaknya agak rasional.



Istilah “SPARK” (Sports, Play and Active Recreation for Kids) adalah sebuah disiplin Pendidikan Jasmani berasaskan penyelidikan yang direka untuk mempromosikan kesejahteraan sepanjang hayat tanpa mengorbankan keseronokan aktiviti fizikal atau pencapaian akademik.


Kemahiran motor kasar (seperti berjalan, keseimbangan, merangkak) perlu dibangunkan semasa usia kanak-kanak dan ia dianggap sebagai perkara penting dalam perkembangan motor. Kumpulan otot besar terutamanya yang bertanggungjawab untuk pergerakan motor kasar. Kemahiran motor halus berlaku disebabkan oleh koordinasi kumpulan otot yang lebih kecil misalnya bermain piano, menekan suis lampu dan sebagainya. 



Dalam kajian yang sama, pengkaji telah membandingkan antara pendekatan SPARK, Gimnastik dan kaedah Pendidikan Jasmani yang biasa di prasekolah terhadap kanak-kanak berusia 4-6 tahun. Kanak-kanak diukur dari segi ketinggian, bulan kelahiran dan berat badan. Ketiga-tiga komponen ini adalah sama untuk setiap kanak-kanak yang diuji tanpa ada ketara perbezaan dalam mana-mana tiga parameter yang diukur. 

Test of Gross Motor Development‐edition 2 (TGMD-2) adalah ujian pengukuran yang digunakan bagi rujukan norm bagi pembangunan motor kasar. Ujian pengukuran tersebut diperoleh mengikut kriteria prestasi yang telah ditetapkan.

TGMD-2 dibahagikan kepada dua bentuk lokomotor pertama tanpa objek iaitu (berlari, melompat, galopping, hopping, leaping, melompat dan meluncur) dan manakala bagi kawalan objek (memukul bola pegun, menggelecek pegun, menendang dan membaling bola dari atas kepala.



Kelebihan Kaedah SPARK Berbanding Kaedah Pendidikan Jasmani Sedia Ada

ssww.com
  1. Hasil dalam ujian tersebut menunjukkan keputusan yang signifikan hanya dalam SPARK berdasarkan TGMD-2 dan program lain tidak menunjukkan perubahan ketara dalam keputusan TGMD-2.
  2. Program aktiviti fizikal yang dijalankan oleh pengajar aktiviti fizikal taman asuhan kanak-kanak yang terlatih atau program permainan tradisional telah menunjukkan tahap keberkesanan dan praktikal untuk meningkatkan tahap kemahiran pergerakan asas kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah.
  3. Program SPARK mampu menyediakan kanak-kanak prasekolah dan pelajar sekolah dengan disiplin tanpa mengganggu keseronokan aktiviti atau pencapaian akademik. Masa yang dihabiskan dengan program ini adalah setanding dengan masa yang diperuntukkan kepada aktiviti Pendidikan Jasmani yang biasa. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, pencapaian akademik tidak terganggu oleh program ini. 
  4. SPARK sangat berguna untuk meningkatkan program aktiviti fizikal di sekolah rendah khususnya jika guru tidak mempunyai program Pendidikan Jasmani yang spesifik atau terlalu dirancang atau tidak mempunyai latihan spesifik terlalu awal.
  5. Program Gimnastik dan SPARK adalah berkesan untuk meningkatkan tahap lokomotor dan kemahiran kawalan objek dalam kalangan kanak-kanak prasekolah, tetapi kesan SPARK adalah lebih baik daripada program Gimnastik.
  6. SPARK boleh dipertimbangkan bukan sahaja sebagai alternatif kepada program Pendidikan Jasmani yang biasa dijalankan, tetapi juga sebagai pengganti aktiviti Pendidikan Jasmani atau Gimnastik. Ia nampak agak rasional untuk mengkaji semula Kurikulum Pendidikan Jasmani yang terdapat pada masa ini. Pengkaji mengesyorkan SPARK diaplikasikan bagi meningkatkan kemahiran motor serta aktiviti fizikal di sekolah-sekolah rendah terutamanya.






Layari: https://sparkpe.org/
Sumber : ncbi.nlm.nih.gov/PMC3663316
SPARK Atau Kaedah Pendidikan Jasmani Yang Sedia Ada Lebih Baik? – Membina Kemahiran Motor Asas SPARK Atau Kaedah Pendidikan Jasmani Yang Sedia Ada Lebih Baik? – Membina Kemahiran Motor Asas Reviewed by Coach M on August 19, 2019 Rating: 5

1 comment:

  1. Untuk mempermudah kamu bermain guys www.fanspoker.com menghadirkan 6 permainan hanya dalam 1 ID 1 APLIKASI guys,,,
    dimana lagi kalau bukan di www.fanspoker.com
    WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    ReplyDelete

Powered by Blogger.