Peredaran Darah Dalam Tubuh Manusia


Peredaran darah adalah penting di dalam tubuh manusia. Jantung merupakan organ yang utama dalam proses pengedaran darah. Terdapat tiga jenis peredaran darah iaitu:



1. Peredaran Sistemik
  • Darah keluar dari ventrikel kiri jantung melalui aorta.
  • Aorta menjadi cabang kecil dipanggil arteri untuk menghantar darah ke pelbagai bahagian tubuh.
  • Dinding arteri berotot untuk mengawal aliran darah.
  • Kapilari pula akan akan bergabung dan membentuk venul.
  • Venul pula akan bergabung semula dan menjadi vena yang berfungsi untuk menghantar semula darah ke jantung.
  • Vena akan bergabung dan menjadi sepasang vena iaitu vena kava inferior dan vena kava superior.
  • Vena kava inferior mengumpulkan darah dari anggota distal bawah badan.
  • Vena kava superior pula mengumpulkan darah dari anggota distal atas badan.
  • Kedua-dua pembuluh darah ini akan menghantar isinya ke dalam atrium jantung kanan.
Sistem peredaran darah sistematik dan sistem peredaran darah pulmonari

2. Peredaran Pulmonari
  • Darah akan masuk ke dalam ventrikel kanan melalui vena.
  • Ventrikel kanan ini akan mengecut dan mengepam darah ke arteri pulmonari.
  • Darah dihantar ke paru-paru kanan dan kiri melalui arteri yang bercabang dua.
  • Semasa di dalam paru-paru, arteri akan berpecah menjadi arterial dan akhirnya akan menjadi kapilari pulmonari.
  • Kapilari pulmonari akan membawa oksigen dan melepaskan karbon dioksida.
  • Darah akan dikembalikan kepada jantung apabila kapilari pulmonari bergabung menjadi vena.
  • Terdapat empat vena pulmonari yang bertugas mengembalikan darah ke jantung dan darah tersebut dimasukkan ke atrium kiri.
  • Darah tersebut akan dimasukkan pula ke ventrikel kiri di mana ia akan mengecut dan mengepam darah ini ke aorta untuk memulakan semula peredaran sistemik.


Ruang-ruang jantung dan pembuluh darah besar
Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid. (2001)
3. Peredaran Portal
  • Vena portal bertanggungjawab untuk mengumpulkan darah dari usus, perut, pankreas dan limpa.
  • Vena portal akan terbahagi apabila berada di dalam hati. Ianya membelah masuk ke dalam sistem kapilari.
  • Sistem kapilari akan bergabung dengan kapilari arteri hepatik yang akan menghantar darah dari aorta ke hati.
  • Vena heparik pula akan menghantar darahnya ke vena kava inferior dan kemudian ke jantung.




sumber: buku sumber sains sukan


Peredaran Darah Dalam Tubuh Manusia Peredaran Darah Dalam Tubuh Manusia Reviewed by Coach M on August 01, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.