Sukan merupakan segala aktiviti atau kegiatan yang memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga seperti permainan bola sepak, berenang, tenis, lumba lari, badminton dan sebagainya. Sukan dijalankan sebagai acara hiburan iaitu sama ada untuk tujuan pertandingan untuk mendapatkan ganjaran mahupun kegiatan untuk menyihatkan badan. Manakala senaman adalah merupakan latihan gerak badan.
Rekreasi pula adalah suatu kegiatan yang menyeronokkan yang boleh menyegarkan kembali kesihatan badan dan melapangkan fikiran. Sebagai contoh aktiviti perkhemahan, rock climbing, scuba diving, abseiling dan jungle tracking.
Kajian penglibatan belia dan masyarakat dalam sukan telah dilaksanakan ke atas 3,545 orang yang berumur 15 tahun hingga 60 tahun ke atas di seluruh Malaysia. Hasil kajian tersebut mendapati bahawa peritus masyarakat dewasa Malaysia yang aktif melakukan aktiviti fizikal dalam seminggu adalah rendah secara keseluruhan iaitu sebanyak 34%. Selain itu, hanya 22% masyarakat belia remaja aktif melakukan aktiviti fizikal.
Antara lain, dapatan kajian mendapati motif utama golongan remaja bersukan adalah kerana didorong oleh faktor penguasaan kemahiran, sementara penduduk dewasa banyak didorong oleh motif penguasaan kemahiran dan intelektual.
Masa Bersukan di Kalangan Belia dan Masyarakat
Aktiviti Sukan / Senaman Yang Paling diminati Golongan Lelaki
Berdasarkan kajian yang dijalankan, didapati daripada 1,821 responden lelaki, sebanyak 29.9% berminat dengan sukan bola sepak, 15% berminat dalam sukan badminton, sebanyak 5.2% berminat dengan aktiviti futsal dan sebanyak 4.8% berminat dengan aktiviti joging. Selain itu, golongan lelaki juga meminati sukan sepak takraw (3.9%), bola keranjang (3.3%), ping pong 2%, renang 2%, ragbi 1.6%, bola tampar 1.5%, lain-lain aktiviti sukan 14.1% dan sebanyak 16.7% tidak menyatakan jenis aktiviti sukan yang diminati.
Aktiviti Sukan/Senaman Yang Paling Diminati Golongan Perempuan
Berdasarkan kajian yang dijalankan ke atas aktiviti sukan yang paling diminati, didapati daripada 1,724 responden perempuan, sebanyak 25.3% berminat dengan sukan badminton, sebanyak 10.2% berminat dengan bola jaring, sebanyak 6.8% berminat dengan aktiviti jogging, sebanyak 4.2% berminat dengan aktiviti renang. Selain itu sebanyak 3.8% berminat dengan sukan bola tampar, sebanyak 2.9% berminat dengan aktiviti senamrobik, 2.3% berminat dengan aktiviti futsal, sebanyak 2.2% berminat dengan aktiviti berbasikal, 2.1% berminat dengan bowling, 1.8% berminat dengan olahraga dan 13% lain-lain aktiviti sukan. Manakala selebihnya sebanyak 25.4% tidak menyatakan aktiviti sukan yang mana paling diminati.
Lokasi Aktiviti Sukan Berdasarkan Jantina
Lokasi Aktiviti Sukan berdasarkan
Kategori Umur
Lokasi Aktiviti Sukan berdasarkan
Tempat Tinggal
Motif Bersukan Golongan Remaja
Analisa ini telah dijalankan ke atas golongan remaja seramai 464 orang iaitu yang berumur 15 hingga 18 tahun berhubung motif bersukan di kalangan remaja.
Motif Bersukan Golongan Dewasa
Dapatan ini diperolehi melalui analisa yang dijalankan ke atas golongan dewasa seramai 3,081 orang iaitu yang berumur 19 hingga 60 tahun berhubung motif bersukan di kalangan masyarakat dewasa.
Sumber: Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia-UPM
(Kajian Penglibatan Belia dan Masyarakat Dalam Sukan-2009)
Tahap Penglibatan Masyarakat Malaysia Dalam Kegiatan Sukan Dan Rekreasi
Reviewed by Coach M
on
August 21, 2019
Rating:
No comments: