Sekiranya diberi pilihan untuk anda membuat pilihan iaitu memilih untuk makan keseluruhan telur atau cuma putih telur, apakah pilihan anda? Sejujurnya anda lebih pilih putih telur sahaja berbanding memakan keseluruhan telur bukan? Tak kisah lah anda tengah menjalani program diet ataupun ingin menjaga kesihatan.
Sekarang, setelah anda membaca atrikel ini diharap minda anda yang selama ini telah dimomokan dengan keburukan kuning telur itu sudah boleh diubah.
Kedua-dua pilihan ini merupakan sebuah pilihan yang terbaik untuk kesihatan dan memenuhi keperluan protein tubuh kita. Mungkin ada sesetengah orang ada memberitahu anda bahawa memakan kuning telur itu adalah satu keburukan kemudian anda pun terpengaruh dengan kata-kata mereka. Anda terlalu cepat mempercayainya padahal ianya adalah satu fakta yang sangat tidak tepat.
Sebelum anda percaya dengan mitos sedemikian, pernahkah anda tanya diri anda kenapa telur itu diciptakan secara bersamaan dalam satu bentuk yang utuh putih dan kuningnya? Kenapa tidak diasingkan sahaja putih dengan kuningnya sekiranya kuningnya itu buruk untuk kesihatan. Jawapanya ialah, kedua-duanya mempunyai kandungan nutrisi dan fungsi yang lain yang mana apabila kedua-duanya terbentuk maka akan menjadi satu bentuk utuh yang mengandungi nutrisi penuh, lemak baik dan bahkan rasanya jauh yang enak.
Putih telur dalam dunia sains disebut sebagai albumin. Ianya dimasak dengan pelbagai cara. Anda boleh dalam baking, contohnya untuk memastikan roti dalam betuk yang stabil. Putih telur menandungi kurang protein jika dibandingkan dengan kuningnya yang mana mengandungi protein utuh.
Sebiji telur yang utuh mempunyai manfaat nutrisi seperti vitamin D, A, choline dan kolesterol baik. Mitos yang wujud tentang kuning telur berlaku apabila ada sesetengah orang yang mengatakan kuning telur mengandungi tinggi kolesterol dan jumlah kolesterol itu bersamaan dengan 5 batang rokok. Telur merupakan sumber makanan semulajadi bahkan rokok itu bukan. Bagaimana penyataan begitu sangat mudah untuk anda percaya? Mitos begitu perlu dibuang jauh-jauh dalam laut china selatan.
Banyak kajian dan pengujian yang telah dihasilkan oleh pakar yang menunjukkan kandungan kolesterol dalam telur itu cuma teramat sedikit peluangnya untuk memberi impak kepada paras kolesterol darah. Meraka juga menjelaskan bahawa tubuh kita mampu mengawal paras kolesterol dengan sendiri dan sekiranya kita makan agak banyak, maka tubuh akan mengproduksinya dengan lebih sedikit. Kolesterol terdapat dalam setiap bentuk sel dalam tubuh kita dan ia juga termasuklah berfungsi untuk menghasilkan hormon seks manusia.
Untuk meyakinkan penjelasan itu lagi, pakar juga menjelaskan bahawa dalam percubaan klinikal pula tidak ada hubungan dapat diperhatikan antara telur dengan masalah kardiovasular. Cuma mereka menjalaskan lagi mungkin terdapat sesetangah orang yang mempunyai masalah spesifik atau mempunyai risko awal seperti diabetes atau hyperglycemia yang memerlukan pemantauan dan saranan doctor sebelum mengkonsumsinya dalam diet harian.
Walaubagaimanapun, telur adalah sumber protein, lemak baik dan nutrisi lain yang sangat baik. Hubungan antara tinggi kadar kolesterol daripada telur dengan masalah kardiovaskular adalah tidak mempunyai bukti yang kukuh.
Jumlah telur yang dicadangkan dalam diet harian adalah maksimum sebanyak 5 biji. Kesimpulannya, mengkonsumsi telur adalah selamat untuk tubuh badan anda walaupun anda sedang menjalani program diet atau diet yang seimbang.
Mitos Putih Telur dan Kuning Telur Yang Anda Perlu Betulkan
Reviewed by Coach M
on
April 21, 2020
Rating:
No comments: