Kenapa Pentingnya Peduli Dengan Pengambilan Protein Harian?


Protein merupakan sumber utama perkembangan tubuh badan kita yang mana fungsinya sangat penting untuk pembinaan otot, sendi, organ tubuh dan kulit. Bukan itu sahaja, malah ia berfungsi dalam penghasilan enzim, hormon, neurotransmitters dan banyak lagi molekul kecil yang diperlukan untuk pelbagai fungsi tubuh kita.

Tanpa adanya sumber protein, anda tidak dapat bayangkan bagaimana kehidupan anda dan perkembangan tumbesaran tubuh anda pada masa akan datang.

Protein terhasil daripada molekul-molekul kecil yang dipanggil sebagai asid amino. Gabungan molekul tersebut  membentuk sebuah rantaian panjang  protein yang membentuk menjadi gumpalan yang komplek. 

Terdapat sebahagian asid amino ini boleh dihasilkan oleh tubuh kita dengan sendiri tetapi jumlahnya tidak mencukupi. Oleh kerana itu kita perlu memperolehnya daripada makanan untuk menampung ketidakcukupannya terutamnya sumber haiwan dan tumbuhan. Keperluan daripada protein luar ini dipanggil sebagai asid amino perlu. 

Walaupun begitu, protein bukan hanya dilihat pada jumlahnya tetapi juga kualiti sesebuah protein itu sendiri. 
Umumnya, kebanyakan sumber protein perlu yang berkualti ini diperolah daripada sumber haiwan dengan kadar pengambilan yang bersesuaian dengan keperluan tubuh badan anda agar dapat digunakan dengan sebaiknya. Logiknya mengapa protein daripada sumber haiwan lebih berkualti kepada tubuh badan kita ialah kerana tisu tubuh haiwan mempunyai persamaan dengan tisu tubuh manusia.

Sekiranya kita makan produk daripada sumber haiwan seperti daging, ikan,telur atau produk tenusu, maka anda sudah pun sangat memenuhi keperluan protein tubuh anda dengan sempurna.

Walaupun begitu, sekiranya anda tidak mengemari makanan daripada sumber haiwan (amalan gaya  pemakanan vegetarian / vegan), maka untuk mendapatkan atau memenuhi sumber protein dan asid amino perlu tubuh anda adalah sedikit sukar. Hal ini demikian kerana, anda perlu mendapatkan sumber protein daripada sumber tumbuhan / nabati yang mana jumlah protein dalamnya sedikit rendah berbanding sumber haiwan.  

Makanan daripada sumber haiwan tetap mempunyai kandungan asid amino dan keperluan protein tubuh yang tinggi, yang mana ianya menyediakan semua asid amino yang diperlukan oleh tubuh badan.

Sesetengah orang memerlukan jumlah protein tinggi dengan pengambilan supplement seeprti hydro whey, isolate whey dan sebagainya. Namun, ia hanyalah diperlukan oleh mereka yang terdiri daripada golongan atlet sukan atau bina badan yang menjalani Latihan keras dalam jadual harian mereka. 

Kenapa Pentingnya Peduli Dengan Pengambilan Protein Harian? Kenapa Pentingnya Peduli Dengan Pengambilan Protein Harian? Reviewed by Coach M on April 17, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.