Kepentingan Air Yang Cukup Ketika Berpuasa

Minum air kosong atau mengkonsumi makanan yang tinggi kandungan air seperti buah-buahan, sayaur-sayuran, yogurt, sup atau rebusan adalah sangat penting bagi menggantikan kehilangan cecair pada siang hari ketika berpuasa dan mampu bertahan untuk hari keesokannya supaya tahap hidrasi tubuh ketika puasa dalam keadaan baik.

Anda dicadangkan untuk mengurangkan pegambilan makanan yang tinggi gara ketika sahur kerana garam dikatakan dapat menstimulasikan rasa haus dengan cepat. Ketika sahur, kadar cecair dan makanan yang mampu membekalkan tenaga yang baik sepanjang hari perlulah diambil. Maka, dengan mengkonsumsi makanan yang sihat dan tinggi karbohidrat dan serat membantu anda untuk bertahan lebih lama tanpa rasa lapar yang begitu teruk ketika berpuasa.



Pada waktu berbuka pula, adalah penting untuk tidak makan dengan berlebihan. Makan berlebihan sejurus berbuka puasa dengan makanan yang bergoreng, berkrim atau tinggi gula boleh menyebabkan anda bertambah berat badan dalam bulan puasa. Padahal bulan puasa adalah masa yang terbaik untuk anda menurunkan berat badan dan meningkatkan keseimbangan dalam diet pemakanan yang mana nanti ia menjadi suatu kebiasaan dalam hidup anda bagi jangka masa panjang. Untuk banyak info tentang kesihatan klik sini



Kekurangan pengambilan cecair dan serat semasa berpuasa mampu menyebabkan masalah sembelit terhadap sesetengah orang. Apabila anda makan dan minum, mengkonsumsi makanan yang tinggi kadar serat  seperti bijirin gandum, oat meal, buah-buahan dan sayur-sayuran, kekacang, biji-bijian dan air kosong mampu mengatasi masalah tersebut dengan melakukan sedikit aktiviti fizikal mudah seperti berjalan-jalan dan membuat kerja rumah setelah berbuka.


Kepentingan Air Yang Cukup Ketika Berpuasa Kepentingan Air Yang Cukup Ketika Berpuasa Reviewed by Coach M on May 08, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.