COVID-19: KENAPA KEMATIAN LEBIH TINGGI DARIPADA PEROKOK?

Berdasarkan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan mengenai risiko kematian dalam kalangan perokok yang mana angka atau peluang untuk dijangkiti COVID19 adalah lebih tinggi berbanding dengan mereka yang bukan prokok.

“Menurut pakar perubatan, tabiat merokok dapat meningkatkan risiko kematian sekiranya dijangkiti COVID19 dan ia bermaksud perokok pasif juga terbabit sama”. -  Dikutip daripada artikel Berita Harian Online.

Mungkin rakyat sampai ke hari ini masih lagi tertanya-tanya bagaimana sebenarnya tabiat merokok dan jangkitan COVID19 ini saling mempunyai kaitan. Hal itu mungkin juga masih samar-samar dalam fikiran mereka. Maka oleh itu, bagi menjelaskan lagi permasalahan itu sila semak dan faham dengan teliti apa yang ingin disampaikan dalam artikel kali ini.

Terdapat beberapa punca yang mungkin boleh menyebabkan golongan perokok ini mempunyi risiko tinggi untuk dijangkiti COVID19. Antaranya:

Pertama, perokok yang menggunakan tembakau (rokok, waterpipes, rokok gulung, produk tembakau)  atau bahkan mereka yang menggunakan rokok elektronik diyakini sangat terdedah dengan cara penyebaran virus COVID19, termasuklah sentuhan pada rokok pada jari kemudian ke mulut. 

Hal ini tanpa anda sedar ia telah pun meningkatkan peluang untuk berlaku pemindahan virus dari tangan ke mulut. Begitu juga dengan mereka yang menggunakan waterpipes (shisha atau hookah) yang mana melibatkan perkongsian sesebuah peralatan dan paipnya itu dengan dua atau lebih penggunanya. Hal ini akan menjadikan satu cara penyebaran virus tanpa anda sedar.

Kedua, merokok dengan apa-apa jenis produk tembakau dapat mengurangkan kapasiti paru-paru dan meningkatkan risiko pada infeksi saluran penafasan yang memboleh membawa kepada penyakit pernafasan. Seperti yang telah di nyatakan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mana virus ini menyerang bahagian paru-paru. 

Merokok melemahkan fungsi paru-paru tanpa anda sedar. Apabila paru-paru menjadi lemah, ia mengalami kesusahan untuk melawan semula corona virus dan pelbagai penyakit dalam saluran pernafasan. Menurut kajian, perokok mempunyai risko paling tinggi untuk menerima virus dan kematian.

Bagaimana dengan anda yang menggunakan rokok elektronik? Adakah masih kurang risiko? Jawapanya, untuk setakat ini apa yang dinyatakan oleh WHO adalah mereka masih tidak mempunyai bukti berkenaan hubungan rokok elektronik dengan COVID19. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian yang dibuat rokok elektronik yang menggunakan penyaluran sistem nikotin (ENDS) dan penyaluran tanpa sistem nikotin (ENNDS), juga  termasuk dalam kategori rokok elektronik adalah berbahaya dan boleh meningkatkan risko penyakit jantung dan paru-paru. 

Virus COVID19 ini seperti yang kita tahu ia masuk melalui ruang pernafasan kita. Maka tindakan tangan ke mulut apabila anda menggunakan rokok elektronik juga menjadi punca peningkatan kepada infeksi.

Itu adalah antara sebab mengapa golongan perokok mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk dijangkiti virus COVID19 berbading dengan bukan perokok. Jadi, anda tidak perlu tertanya-tanya lagi mengapa dan kenapa kerajaan memberikan teguran kepada kita. 

Jika anda ada membaca mana-mana informasi yang mengatakan penggunakan tembakau dan nikotin mampu mencegah diri anda daripada terkena virus ini, lupakan sahaja. Hal ini kerana, WHO sendiri menyatakan bahawa untuk setakat ini belum ada lagi informasi yang kukuh yang dapat mereka kaitkan dengan penggunaan tembakau dan nikotin untuk mencegah virus tersebut.

Bagi anda yang sememangnya sukar untuk berhenti merokok, mahu tidak mahu anda perlu berhenti atau mengurangkan pengambilannya dalam kehidupan seharian. Maklumat ini sangat penting lebih-lebih lagi bagi mereka yang sudah mencapai usia 40 tahun dan ke atas.  Golongan ini mempunyai sistem imun yang rendah, adaptasi tubuh dengan penyakit semakin berkurangan dan boleh membawa kepada masalah penyakit lain. Berhenti merokok dapat membantu jantung dan paru-paru anda untuk bekerja dengan lebih baik.

    🚭 Selepas 20 minit anda tidak merokok, kadar detak jantung dan tekanan darah anda akan menurun.

    🚭 Selepas anda berhenti merokok dalam masa 12 jam, jumlah karbon monoksida dalam saluaran darah   

          anda akan menurun kepada tahap normal.  

    🚭 Dalam masa 2 hingga 12 minggu, peredaran darah dan udara dalam tubuh serta fungsi paru-paru anda  

           akan semakin meningkat.

    🚭 Selepas 1 – 9 bulan, gejala batuk dan nafas yang singkat anda akan beransur-ansur pulih seperti 

           sediakala.


BERHENTI MEROKOK 🚬 DAPAT MEMBANTU MENYELAMATKAN ORANG YANG ANDA SAYANG 👪TERUTAMANYA ANAK-ANAK, IBU BAPA YANG SUDAH BERUSIA DAN ORANG LAIN YANG BERADA DISEKITAR ANDA.  ðŸ’“


sumber: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
COVID-19: KENAPA KEMATIAN LEBIH TINGGI DARIPADA PEROKOK? COVID-19: KENAPA KEMATIAN LEBIH TINGGI DARIPADA PEROKOK? Reviewed by Coach M on June 01, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.