Makanan Sahur Kenyang Sampai Petang


Pemilihan makanan pada waktu sahur sangat penting bagi perjalanan menhadapi puasa seharian. Sekiranya jumlah makanan atau minuman yang diambil sangat sedikit atau tidak mempunyai kadar ketahanan untuk membekalkan tenaga yang lama, maka puasa akan akan terasa amat berat pada hari tersebut. 


Oleh itu, selain pengambilan air yang cukup, pemilihan makanan juga perlu dititikberatkan lebih-lebih lagi bagi anda yang jarang melakukan puasa sunat pada bulan-bulan biasa. Hal ini akan berlaku kerana tubuh anda masih tidak boleh beradaptasi dengan sejumlah kalori yang sangat sedikit mahupun makan hanya sekali pada hari tersebut. baca juga kepentingan air semasa berpuasa di sini

Oleh itu, makanan yang dipilih antaranya haruslah yang kaya dengan kandungan cecair bagi memastikan tubuh anda tetap dalam keadaan hidrasi dan tidak terlalu dehidrasi. Selain itu, anda juga perlu mengkonsumsi makanan yang tinggi sumber karbohidrat serta seratnya. 

Pastikan karbohidrat yang anda ambil adalah sumber karbohidrat baik dan bukannya sekadar gula semata-mata. Hal ini penting kerana, kandungan karbohidrat dengan sejumlah serat yang tinggi membolehkan anda berasa kenyang dengan lebih lama pada siang hari bahkan kurang untuk berasa sangat lapar. Ini adalah antara cadangan makanan yang sesuai untuk anda:     

1. Oatmeal
  • ia merupakan makanan yang dihasilkan daripada gandum. Ia sangat sesuai diolah menjadi bubur dengan dicampur sedikit air atau susu. 
  • ia membantu anda untuk berasa kenyang lebih lama ketika berpuasa
  • bagi anda yang ingin menurunkan berat badan, rolled oat adalah pilihan paling baik dan murah
  • kandungan kalori oatmeal juga rendah dan mempunyai kandungan serat yang tinggi

2. Overnight Oatmeal
  • Ia juga biasa dilakukan oleh mereka yang menjalani program diet ingin menurunkan berat badan.
  • oatmeal yang diolah seperti itu mendapat nutrisi tambahan apabila dicampur dengan sedikit buah-buahan segar, kekacang atau biji-bijian.

3. Lempeng
  • lempeng sangat mudah untuk diolah ketika sahur
  • adalah dicadangkan supaya anda memilih bahan yang sihat seperti menggantikan tepung dengan oatmeal, menggantikan gula dengan pisang atau madu dan sedikit coklat kerana ia dapat membantu anda untuk lebih berselera ketikan makan.

4. Nasi
  • nasi bukanlah makanan asing dirumah kita. Nasi juga mampu membantu anda untuk kenyang lebih lama
  • semasa anda memilih untuk mengkonsumsi nasi, pastikan tidak berlebihan kerana ia mengandung gula yang tinggi.
  • makanlah lebih sederhana dan memperbanyak lauk yang sihat seperti telur, sayur-sayuran dan ikan.
  • pilihan lain selain nasi ialah, beras perang dan bihun sup

5. Yogurt
  • yogurt juga menjadi sesuatu pilihan makanan yang baik untuk sahur anda
  • ia membekalkan sejumlah protein, kalsium, iodin dan vitamin B
  • anda boleh mencampurnya dengan overnight oatmeal
  • selain yogurt, produk lain yang serupa juga boleh menjadi pilihan lain contohnya seperti vitagen, yakult, keju dan susu yang dapat membantu meningkatkan sumber probiotik untuk perjalanan usus anda yang lebih sihat.

6. Roti
  • dalam pemilihan roti adalah terdapat dalam pelbagai macam pilihan
  • untuk pilihan yang lebih sihat, roti yang diperbuat daripada gandum adalah yang terbaik
  • sekiranya anda tidak mampu menyediakannya, roti tawar biasa juga boleh dikonsumsi asalkan dengan jumlah yang sederhana (3 - 4 keping)
  • roti sangat mudah disediakan dan dihidangkan bersama bahan lain untuk menjadikannya agar lebih enak seperti sandwich, roti telur, roti bakar, puding roti dan sebagainya
  • selain roti, pasta juga amat sesuai untuk menjadi pilihan sahur anda
Makanan Sahur Kenyang Sampai Petang Makanan Sahur Kenyang Sampai Petang Reviewed by Coach M on May 09, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.