CARA MEMBUAT PERUT SIXPACK CEPAT?


Membentuk otot bahagian perut (six-pack) adalah impian setiap remaja khususnya remaja lelaki. Ia dapat memberi kepuasan fizikal serta minda mereka. Ramai remaja lelaki mahupun perempuan ingin menghilangkan lemak dibahagian perut dan menggantikannya dengan ketulan otot ketara yang dipanggil “six pack”.

Sebenarnya semua orang mempunyai “six pack”. Malangnya kebanyakan “six pack” kita tersembunyi dibawah lapisan isi lemak dan dengan itu tidak kelihatan.

Untuk membuatkan “six pack” kita kelihatan, kita perlu menghilangkan lapisan lemak di atas otot-otot tersebut.
Untuk mencapai ini, kita perlu berusaha dengan konsisten,  dengan melakukan latihan fizikal serta mengamalkan pemakanan yang sihat  dan seimbang. Tidak ada jalan pintas untuk mencapai impian  anda!

Pengambilan makanan kurang lemak amat penting kerana “six pack” anda tidak akan kelihatan sehingga semua lemak yang menyelaputinya hilang.

TIP MEMBENTUK “SIX PACKS”

Ambil kuantiti  makanan yang kecil tetapi kerap. Cara pemakanan ini akan mengurangkan rasa lapar yang keterlaluan. Makan makanan yang seimbang Kurangkan makanan berlemak Makan pelbagai buah-buahan, sayuran, ikan Elakkan makanan berminyak Elakkan minuman berkabonat Elakkan makanan berkalori tinggi Banyakan meminum air kosong Tambah makan berfiber tinggi Elakkan makanan ringan dan makanan yang manis

                                                      Tip utama: Makanan sihat. Kurangkan kalori

Senaman kardiovascular Senaman kardiovaskular membantu mengurangkan lemak dari bahagian perut dan mengurangkan kalori. TETAPI: jangan lakukan secara kerterlaluan. Senaman kardiovascular 20-30 minit sehari adalah  memadai. Selebihnya fokus dengan latihan bebanan, kalistenik atau High Intensity Interval Training (HIIT).


Nutrisi untuk bersenam Nutrisi yang sihat serta senaman yang berpatutan adalah asas untuk mengurangkan pengambilan kalori dan mengurangkan lemak berlebihan. Setengah remaja percaya bahawa pengambilan makanan berprotin serta pil khas berprotin tinggi dapat  mencapai niat mereka dalam masa yang singkat.



TETAPI: Pengambilan protin yang terlalu tinggi atau makanan tambahan yang tidak terbukti keberkesanannya boleh membawa mudharat termasuk menjejaskan fungsi buah pinggang. Oleh itu, ketika anda ingin mengambil makanan tinggi protein anda perlu memperbanyak minum air putih dan pelbagai jenis sayuran bagi menyeimbangkan semula fungsi tubuh agar tidak terlalu membebankan fungsi hati dan buah pinggang.

Pengambilan steroid untuk meningkatkan ketulan otot “six pack” bahaya. JANGAN lakukannya.

Senaman khusus untuk pembentukan “six packs” Senaman untuk perut perlu fokus semua bahagian perut.
Bangun berulang kali dari posisi baring (sit ups) adalah yang terbaik. Senaman ini akan menguatkan bahagian tengah perut dimana terdapatnya otot-otot “six pack”.

Senaman seimbang untuk bahagian perut terdiri dari:

1. “Sit-ups” Sit-ups dan memusing bahagian badan ke kiri dan ke kanan (Russian twist)
2. Lakukan senaman untuk perut sebagai priority. Jangan tunggu hingga penghujung sesi latihan atau senaman untuk melakukan senaman khusus untuk bahagian perut. Anda mungkin berasa terlalu letih untuk melakukannya. Mulakan latihan dengan senaman bahagian perut dahulu.
3. Pakaian yang sesuai Pakailah pakaian senaman yang sesuai dan selesa seperti kasut sukan, Kemeja–T dan seluar.
4. Elakkan pakaian yang terlalu ketat.
5. Kekalkan motivasi diri Sentiasa bermotiovasi tinggi.
CARA MEMBUAT PERUT SIXPACK CEPAT? CARA MEMBUAT PERUT SIXPACK CEPAT? Reviewed by Coach M on July 19, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.